Wednesday, December 17, 2008

Kasih Memulihkan Segalanya

Saudara, Anonymous yang dikasihi Tuhan..saya sedar dan tahu mengenainya. Saya secara peribadi tidak dapat mengatakan satu kenyataan yang lebih penting dan menyenangkan semua pihak hanya mohon maaf dan pastinya ada rencana Tuhan yang indah yang tidak terjangkau oleh fikiran dan rencana manusia sedang terjadi ditengah-tengah kita. Saya juga rasa bersalah kerana telah menyebabkan hati sesama saya terguris, doakanlah agar bilur-bilur Yesus dapat memulihkan segala-galanya. Saya tidak terlalu gembira dengan perkara ini..kalau orang lain mungkin gembira, saya tetap bersedih dengan menyedari bahawa tanggungjawab pelayanan bukan hanya satu parokhi sahaja, tetapi setiap jiwa yang hancur dan berasa dipinggirkan. Semoga KASIH YESUS tidak kurang kuasa menjangkau setiap pelayan dan anggota PCS di mana pun berada. Doakanlah supaya saya tidak pentingkan diri sendiri termasuk di dalam cara dan pelaksanaan pelayanan. Tuhan Memberakti mu..

Sunday, December 14, 2008

Pindah Tempat Melayani

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terimakasih kepada EXCO PCS yang telah dipakai Tuhan untuk menghantar kami melayani di PCS Labuan selama 2 tahun (2007 - 2008). Semasa di PCS Labuan banyak pelajaran yang telah saya perolehi dan berkat Tuhan telah menyertai kami sekeluarga.

Pada tahun depan 2009, saya baru diberitahu oleh PCS Pusat bahawa saya akan melayani bukan seperti yang terkandung di dalam Syrat Perlantikan saya sebelum ini. Mereka memberitahu saya bahawa tempat pelayanan yang akan saya layani pada tahun 2009 ini ialah di Parokhi Sikuati. Doakan saya dan keluarga kerana Parokhi Sikuati adalah sebuah Parokhi yang besar dan merupakan "Pilot Project" untuk usaha gereja PCS mengujudnyatakan pelayanan yang berteraskan 'satu jemaah, satu gembala'. Ini juga sebagai satu titik tolak bahawa PCS akan mandiri sepenuhnya pada tahun 2010 ini.

Teman-teman semua, kebanyakan jemaat yang telah disoal selidiki oleh Parokhi, menyatakan rasa terbeban untuk mengambil seorang gembala sidang penuh masa tetapi masalahnya ialah kewangan. Gembala Parokhi bagi Sikuati tidak menerima tunjangan hidup (gaji) dari Parokhi tetapi dari jemaat di mana dia ditempatkan. Jadi Gembala Parokhi adalah juga sebagai Gembala Jemaah di sebuah Jemaah Induk dalam Parokhi Sikuati.

Saya pasti bahawa jemaah sangat tertekan dengan struktur baru dalam pelayanan gereja seperti ini. Mungkin kerana belum biasa atau belum menjiwai sistem pelayanan seperti yang demikian. Namun tidak ada alasan lagi bagi gereja untuk lari dari kaedah yang difikirkan perlu dalam pelaksanaan struktur baru bagi kemandirian jemaat ini di keseluruhan PCS.

Kami sekarang berada di Kampung Marabau sudah dan sedang bersiap untuk pindah ke tempat pelayanan yang baru. Doakan semua proses perpindahan agar dapat berjalan lancar. Tuhan memberkati.

Thursday, November 6, 2008

Belia Pemacu Kemandirian Gereja PCS




Dasar Firman Tuhan Teks: Hakim-Hakim 6:1- 40
TEMA:BELIA PEMACU KEMANDIRIAN GEREJA PCS


Masa tidak pernah Menunggu kita, masa juga tidak pernah berundur ke belakang. Demikian juga dengan masa hidup kita, tidak pernah berulang. Malah MASA menyebabkan kita semakin tua dan terus tua dan akhirnya….pergi menghadap Bapa disyurga. Oleh sebab itu pergunakanlah setiap kesempatan yang masih ada PADA MASA MUDA INI untuk melakukan segala jenis kebaikan dari, bersama dan untuk Tuhan kepada semua orang, kepada gereja, bangsa dan negara, bagi kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus.

A. Mengapa Belia Merupakan Pemacu Kemandirian Gereja?

1. Kekuatan yang diberikan Tuhan luarbiasa pada masa muda
Pada masa muda belia, tenaga, pemikiran, kecekapan dan segala kemampuannya yang dikurniakan Tuhan berada pada tahap maksimum dan tahap kecergasan yang tertinggi dari segala graft masa hidup seseorang.

2. Kemahirannya yang dimiliki generasi muda dapat memenuhi tuntutan dan keperluan pelayanan gereja masa kini..

Walauapa pun bidang yang ada, ahli-ahli profesional di arena pendidikan akademik, perniagaan, perkhidmatan di sektor awam dan swasta, politik dan pertubuhan/badan bukan Kerajaan (NGO), mempunyai potensi yang tinggi sebagai pelayan/tenaga sokongan kepada pelayanan gereja secara langsung mahu pun tidak secara langsung yang dapat memenuhi keperluan pelayanan dalam gereja.

3. Golongan yang terbesar di dalam Gereja

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan belia atau generasi muda ini merupakan golongan yang terbesar dalam gereja kita. Hampir 70% anggota PCS adalah golongan muda dan yang berpendidikan dan berpekerjaan tetap dalam PCS adalah 90% darinya adalah dari golongan muda juga.

4. Mampu Merealisasikan Misi dan Visi Gerejanya

Visi dan Misi Allah yang merupakan inti dari keberadaan-Nya sendiri iaitu KASIH, yang mahu menyelamatkan manusia dari segala sudut fizikal mahupun secara jiwanya malah segala isi dunia ini berada dalam misi dan visi penyelamatan Tuhan sendiri. Gereja menjadi alat Tuhan dalam melaksanakan perkara ini dan itu yang utama (Mat. 6:33) dan PCS dipanggil juga oleh Allah untuk merealisasikan misi dan visi-Nya ini. Oleh itu jika dianalisis dari segi statistik tersebut diatas kita boleh katakan jatuh bangunnya pelayanan gereja PCS berada di tangan generasi muda dalam gereja. Kita mampu dan dimampukan oleh Tuhan menjadi alat bagi-Nya untuk PCS mencapai visi dan misi-Nya ini.

5. Pemimpin Pelapis dan Penerus Pelayanan bagi Gereja Tuhan.

Kalau bukan generasi muda yang ada sekarang siapa lagi yang akan meneruskan pelayanan dan kepimpinan gereja PCS. Generasi muda sekarang memiliki potensi yang besar untuk menggalas/memikul tanggungjawab dan panggilan Tuhan yang dimandatkan Tuhan untuk Gereja PCS ini.

B. Bagaimana Belia Yang Dapat Menjadi Pemacu Kemandirian Gereja?

• Belia yang telah lahir baru –Yoh. 3: 3 & 5; Tit. 3: 4-5.
• Belia yang setia kepada panggilannya –Why.17:14; 2 Ptr. 1: 10; Maz 31: 24;
• Belia yang memiliki komitmen yang tinggi di dalam pelayanan -2Tim. 2: 3 & 10; Kol. 3:23.
• Belia yang hidupnya rela dipakai Tuhan –Ef. 6:13-15; 1 Taw. 28:9;
• Belia yang memiliki visi dan misi bagi Tuhan di dalam Gereja –Mat.28: 18-20; Kis. 13: 47.


B.1 Belia Yang Lahir Baru
Yoh. 3: 3 & 5; Tit. 3: 4-5.

• Percaya dan Mengaku menerima Yesus dalam hidupnya –Rom 10:9-10; Yoh. 1:12.
• Sikap yang memiliki iman, pengharapan dan kasih -1Kor.13: 13; Ibr. 11: 6;
• Memiliki usaha dan ketekunan yang tinggi –Fil. 3:12; Ibrani 12: 1-2;
• Mampu mempertahankan iman dan panggilannya –Kol.1:23; Why. 2: 10;
• Belia yang berasa dipanggil untuk membantu pelayanan di gereja –Pkh.12: 13;
• Belia yang bersahsia tinggi dan rendah hati dalam mempelajari sesuatu yang perlu dalam gereja –Kol. 3: 12-17; 1Pet. 5: 5-7; 2Pet. 1:5-7.
• Rela mengakui kesilapan dan rela mengampuni orang lain -1Yoh.1: 9; Kol. 3: 13.

B.2 Belia yang setia kepada panggilannya
Why.17:14; 2 Ptr. 1: 10; Maz 31: 24; Why. 2: 4-5 & 10.

• Hidupnya telah didekasikan untuk berbakti kepada Tuhan dan gerejanya
• Dalam hatinya senantiasa ingat akan firman Tuhan yang telah memanggil-Nya untuk hidup dalam keadaan dimana dan pada masa ia dipanggil Tuhan
• Belia yang setia kepada perkara kecil untuk mempersiapkan diri kepada perkara-perkara yang lebih besar –Luk. 19: 17.
• Belia yang memiliki komitmen yang konsisten dan jitu dalam gerejanya, tanpa dipengaruhi oleh ganjaran yang bercorak keduniawian atau sementara
• Kesetiaannya kepada Tuhan digambarkan dengan kesetiaannya kepada gereja dimana ia telah dipanggil keluar dari kuasa dosa kepada penyelamatan di dalam Yesus Kristus
• Hidupnya terus-menerus dapat mempermuliakan nama Tuhan Yesus Kristus

B.3 Belia yang memiliki komitmen yang tinggi di dalam pelayanan
2Tim. 2: 3 & 10; Kol. 3:23; 1Tim. 4:7-8; Yak. 2:14.

• Mengutamakan Tuhan dalam segala perkara
• Melakukan ibadah sebagai sesuatu yang sangat utama untuk melatih imannya bagi mendapat berkat di dunia dan di syurga
• Mengerti dan tahu segala sesuatu dimulakan, diteruskan dan diakhiri, kerana dengan izin dan kehendak Tuhan sendiri.
• Selalu senang memberikan sumbangan tenaga, idea dan kewangan gereja
• Susah senangnya gereja, dia tetap bersama-sama dan terus menjadi anggota gerejanya.
• Kesaksiannya dimateraikan dengan perbuatan dan kesungguhan dalam pelayanan

B.4 Belia yang hidupnya rela dipakai Tuhan
–Ef. 6:13-15; 1 Taw. 28:9;

• Hidup yang tertuju hanya kepada Yesus Kristus
• Rela hati dan taat kepada semua perintah dan kehendak Tuhan dalam hidupnya
• Melangkah bersama dengan rakan-rakan seiman di dalam pelayanan gerejanya
• Memiliki sukacita dalam pelayanan dan mengerti karunia yang Tuhan anugerahkan kepadanya
• Tidak pernah berasa putus asa dan patah semangat dalam melakukan yang terbaik bagi Tuhan dalam gerejanya
• Memiliki hidup yang dihormati dan dikenali baik di kalangan rakan-rakannya mahu pun teman sekerja yang lain.
• Kesaksiannya dimateraikan dengan perbuatan dan kesungguhan dalam pelayanan
• Dalam hidupnya senantiasa ingin dan rela dipakai Tuhan dalam gerejanya

B.5 Belia yang memiliki visi dan misi bagi Tuhan di dalam Gereja
Mat.28: 18-20; Kis. 13: 47.

• Menjadi saluran berkat penyelamatan kepada semua orang
• Ingin menjadi pemacu kepada kemandirian gereja
• Ingin melihat gerejanya maju dalam pelayanan dan segala bentuk prasarana gereja
• Senantiasa memandang ke hadapan bagi memenuhi keperluan pelayanan gerejanya

C. Cabaran Belia Dalam Menjadi Pemacu Kemandirian Gereja

1. Lebih dari 50% adalah belia yang masih menuntut di berbagai peringkat institusi pendidikan tinggi.

Tuntutan pelayanan untuk PCS sangat tinggi untuk ini, hampir 100% para pelajar PCS yang menuntut di Kolej, Univeristi dan institusi perguruan belum ada pelayanan PCS yang khusus di tempat-tempat tersebut. Kebanyakan anggota PCS yang merupakan pelajar di situ dilayani oleh gereja lain dan hampir 60-80% dari mereka bila selesai belajar akan menjadi anggota gereja berkenaan.

2. Sebahagian daripada belia kita mengalami krisis kerohanian, identiti dan kewargagerejaan

Kebanyakan generasi muda mempunyai pemikiran dan pandangan bahawa di mana pun dia berbakti ianya menyembah Tuhan yang sama, itu betul juga tetapi panggilan Tuhan yang pertama adalah kita merupakan anak/umat Tuhan di dalam PCS. Tanggungjawab yang diamanatkan Tuhan kepada kita adalah dalam PCS, walau pun mungkin kita dibangunkan oleh Tuhan dalam gereja lain, itu tidak bererti alasan kita untuk membelakangkan panggilan Tuhan yang semula.

3. Rasa kasih dan cintanya kepada Tuhan masih dipisahkan dengan semangat patriotiknya kepada gerejanya

Kita tahu bahawa tidak ada sesuatu dalam hidup malah dalam dunia ini yang diluar daripada kuasa dan pengetahuan Tuhan sendiri. Seharusnya dalam hidup kita, kita persembahkan kepada Tuhan, sesuatu dari dalam gereja yang dipakai-Nya untuk bangsa-bangsa kita diselamatkan, sesuatu yang dapat memuliakan dan meninggikan Tuhan dan menyenangkan hati Tuhan, pasti Tuhan bangga dengan kita, bila itu terjadi.

4. Masih dihalang oleh kekurangan dan kelemahan pelayanan gereja dan pemimpinnya

Perkara ini tidak seharusnya terjadi. Menurut pandangan kita sekarang, apa yang mereka lakukan itu sudah ketinggalan dan tidak membangun malah kita anggap merosakkan iman. Tetapi cubalah kita renungkan seketika, apakah Tuhan tidak memakai kelemahan-kelemahan itu untuk mendewasakan kita semua, kalau tidak ada biji benih, masakan ada tunas yang tumbuh?. Siapakah kita yang dapat menolak pimpinan Tuhan pada waktu pemimpin kita dan ibubapa kita yang mungkin tidak pandai menulis, berkhutbah malah kita anggap mereka sekarang ini sebagai najis kerana minum dan mabuk. Walaubagaimana pun Tuhan tetap menyertai mereka dan memberkati kita semua, sehingga ke hari ini. Generasi muda sekarang harus menjadi saluran berkat pertumbuhan dan pelayanan kasih di dalam gereja PCS ini dihadapan Tuhan. Firman Tuhan berkata, “Ingatlah bahawa kamu pun dahulunya jahil tetapi hanya oleh kasih anugerah Tuhan kita diselamatkan…jadi berusahalah untuk melakukan perbuatan yang baik dan berguna bagi semua orang… (Titus 3: 1 - 10).

5. Berpindah ke denominasi lain.

Ada kes perpindahan yang tidak dapat dielakkan dan PCS tidak pernah menghalang keadaan demikian, tetapi paling kurang kita ada kesungguhan dalam menggalas tanggungjawab dan amanat Tuhan di dalam hidup kita. Pindah denominasi bukanlah cara terbaik untuk kita membangunkan, mendewasakan dan memartabatkan Gereja PCS. Apa lagi membuka gereja baru di antara jemaat-jemaat PCS. Saya kira setiap denominasi ada saja masalah yang dihadapi, tapi saya bersyukur bila ada anggota PCS yang sudah berbakti ke denominasi lain, kita sudah bertekun dan menjadi penyembah Tuhan yang setia. Namun satu perkara perlu kita renungkan. Gereja PCS adalah amanat Tuhan kepada kita sejak dari semula, oleh itu kemungkinan besar sebagian kesukaran bertumbuh dan berdikari kerana kita yang ‘melarikan diri’ dari tanggunjawab dan panggilan Tuhan yang semula itu…(Why. 2: 4-5 & 10) kita sama-sama berdoa agar ada pertaubatan yang menyeluruh di dalam Gereja PCS ini sendiri. Tidak ada yang mustahil, bila Roh Allah turut bekerja…nantikanlah Tuhan..

D. Bagaimana Gereja Bersama dengan Belia Menghadapi Cabaran Masa kini?.

1. Pelayanan Misi atau sepertinya perlu segera diwujudkan bagi melayani Pelajar-pelajar di semua peringkat institusi pendidikan tinggi di seluruh negara.

2. Kekerapan kebangunan rohani, seminar pembinaan warga gereja dan membuka pelayanan-pelayanan tertentu sesuai dengan keperluan generasi muda/belia perlu ditingkatkan. Sekali dalam satu tahun adakan Konvensyen Umum Penyegaran Iman PCS.

3. Gereja perlu mesra dan menjadi pembimbing kepada kreativiti pelayanan
generasi muda/belia dan memberi motivasi dan informasi pelayanan yang benar kepada para pelayan dan anggota PCS tentang pelayanan belia.

4. Anggota PCS dan generasi muda/belia PCS seharusnya menjadi rakan dan wakil kepada gerejanya, di mana pun dia berbakti atau melayani semasa ditempat dimana tidak ada gereja PCS dan namun masa yang sama masih tetap anggota PCS.

5. Semangat Ekumenikal yang tinggi…dan masa yang sama tetap memelihara gerejanya sendiri didalam ketaatan kepada imannya di dalam Yesus Kristus.

Kesimpulan

1. Belia pastinya menjadi pemacu bagi kemandirian gereja dalam berbagai sudut, tenaga pelayan, kerohanian/ keimanan, kewangan dan pembangunan pengurusan gereja. Kita sangat optimistik mengenai penyataan ini sebab golongan belia dalam gereja sudah banyak yang telah lahir baru, setia kepada panggilan Tuhan kepadanya, memiliki komitmen yang tinggi di dalam pelayanan dan rela dipakai Tuhan untuk mengujudnyatakan visi dan misi bagi Tuhan di dalam Gereja yang tercinta ini.

2. Mengasihi Tuhan tidak dapat dipisahkan dengan mengasihi sesama, mengasihi semua orang dan juga mengasihi gereja dimana kita telah dipanggil Tuhan menjadi anggota dari gereja tersebut, Mengasihi semua itu adalah menefestasi kepada suatu kenyataan, bahawa kita benar-benar mangasihi dan mencintai Tuhan kita Yesus Kristus.

3. Doa Yesus bahawa semua umat-Nya bersatu, sama seperti Dia dan Bapa dan Roh Kudus adalah satu… Yoh. 17: 21.

Doa

1. Tuhan akan melakukan mukzijat yang besar dengan terjadinya kebangunan rohani di dalam Gereja PCS

2. Tuhan akan memanggil dan memeteraikan dengan kasih-Nya setiap jiwa-jiwa yang berserah dan rela dipakai Tuhan dalam membangunkan Gereja PCS sama seperti gereja-gereja Tuhan di mana saja.

3. Tuhan kirimkan roh pengampunan, roh kesatuan dan roh saling mengasihi kepada semua anggota PCS di mana pun berada di seluruh Malaysia/dunia.

4. Tuhan membangkitkan generasi muda belia yang berkomitmen tinggi di dalam Gereja PCS ini, yang Tuhan mahu pakai untuk dapat merealisasikan visi dan misi gerejanya terutama untuk penyelamatan bangsa-bangsa, kemandirian gereja dari segi tenaga pelayan, pembangunan kerohanian dan kewangan.

5. Tuhan akan mengangkat Gereja PCS ini untuk dapat bersama-sama dengan gereja-gereja lain dalam terus dapat mengambil berat tentang pelayanan pertumbuhan kerajaan Allah di dunia ini, sebagai rakan dan satu keluarga di dalam Tuhan Yesus.


TUHAN MEMBERKATI. AMIN

Sunday, October 26, 2008

Beribadahlah Selagi Ada Kesempatan

Selagi Ada Kesempatan Beribadahlah!!!.

“Jika kamu menyembah (beribadah) Aku Tuhan, Allah kamu, Aku akan memberkati kamu dengan makanan dan minuman serta menghapuskan segala penyakit kamu” Keluaran 23:25. Allah dengan kasih-Nya yang besar bekerja dalam kehidupan kita senantiasa. Allah melihat kita di mana pun kita berada. Bila kita beribadah kepada Tuhan. Allah mengira itu sebagai suatu persembahan kita kepada-Nya dan Tuhan sangat senang sekali bila seorang anak-Nya datang kepada-Nya. Sebab itulah kehendak Tuhan agar kita yang letih lesu dan berbeban berat datang kepada-Nya dengan sungguh-sungguh. Matius 11: 28-29.

Ingatlah bahawa Ibadah kita itu berguna di dunia ini untuk menuntun dan membimbing kita lebih dapat memuliakan dan mengagungkan nama Tuhan Yesus dan berkat Tuhan sentiasa menyertai kita. Ibadah juga berguna untuk kita mendapat berkat syurgawi dengan dapat bersama-sama orang beriman yang lain menghadap Tuhan Allah yang penuh kuasa itu. Jadi ibadah kita didunia adalah latihan kita untuk kita dapat sentiasa memuji Allah dalam kerajaan Allah yang kekal itu. Timotius 4: 7-8.

Allahlah yang berkuasa menyempurnakan hidup kita, oleh sebab itu kita datang kepada-Nya walaupun kita selalu menyakiti hati Tuhan dengan tidak melakukan perintah dan kehendak-Nya dalam kehidupan kita. Namun Allah tetap memelihara kita, Dia tidak membiarkan kita sehingga tidak memiliki harapan lagi, tetapi Dia akan mengangkat kita kembali malah mendukung kita seperti anak kecil sehingga kita merasa aman dalam pangkuan-Nya Ulangan 1:31; Yesaya 46:3; 1 Yohanes 3: 9. Ingatlah bahawa Tuhan Allah akan menyempurnakan kita dan menyucikan pada akhirnya. Allah akan mengusir segala perbuatan jahat dalam hidup kita dan segala ibadah kita akan menjadi sempurna dan kita memiliki hidup sejati dan kekal. Filipi 3: 20 -21.

Oleh itu selagi ada kesempatan semasa hidup di dunia ini, walau macam mana sulit pun kita jangan tinggalkan ibadah kita dihadapan Tuhan. Tuhan mengerti dan memahami kita juga dan semasa pada hari penghakiman, Tuhan Yesus akan menyempurnakan kita semua untuk layak dihadapan Allah kita Yesus Kristus sendiri dengan menyingkirkan segala kelemahan dan kekurangan kita dan mengenakan hidup yang kudus dan berkenaan dihadapan Tuhan. Ibrani 12: 2; 2 Tesalonika 1: 11-12.

Jadi marilah beribadah bersama-sama selagi ada kesempatan. Tuhan menyertai dan memberkati ibadah dan hidup kita selama-lama-Nya. Amin.

Saturday, October 25, 2008

Sejarah Membentuk Jati Diri

Sejarah Bangsa Yang Berpotensi untuk Pupus di Muka Bumi.

Saya belum begitu pasti apakah cukup jelas atau memadai bagi kita memahami, jika saya hanya mengambil sedikit dari kedudukan sejarah yang telah membawa kewujudan The Protestant Church in Sabah (PCS). Walaubagaimana pun saya kira ada beberapa buku sejarah yang ditulis oleh anggota PCS mahu pun para misionari yang telah membuka pelayanan PCS itu sendiri. Saya telah mendapat tahu dari Seminari Teologi Sabah melalui Dr.Daniel Gloor (Pensyarah PL&PB) bahawa baru-baru ini Sejarah PCS telah difilemkan oleh Basel Mission/Mission 21 dan sebuah buku Sejarah PCS yang ditulis oleh Pdt.Dilger telah diterbitkan. PCS sedang dalam usaha untuk mendapatkan filem dan buku berkenaan. Dari pihak BCCM juga, Pdt.Dr.Tsen Lip Siong telah menulis sejarah singkat permulaan PCS dan hubungannya dengan BCCM. Walaubagaimanapun ada beberapa catatan awal yang mendorong kepada kewujudan PCS pada akhirnya, yang telah ditulis oleh Pdt.Hans Bens sendiri di dalam diarinya dan dipetik oleh beberapa penulis kajian ilmiah bagian pendidikan teologia anggota PCS.

Pada awal tahun 1952 Pdt.Hans Bens bersama seorang kawannya seorang berbangsa Cina, yang sedang dalam perjalanan melawat keluarga-keluarga Kristian Cina di sebelah Tamalang. Pada masa itu Pdt.Hans Bens telah melihat beberapa orang Rungus yang bekerja di kebun kelapa suku Cina. Pdt.Hans Bens tidak dapat menahan diri dari tidak bertanya kepada temannya itu, mengenai orang-orang yang ditemuinya itu. Dari mana asal mereka dan bangsa apakah mereka itu?. Teman Pdt.Benz, memberitahu bahawa itu adalah bangsa yang belum dikenali, disebut sebagai ‘orang hutan’ (menurut beberapa orang Rungus yang lebih awal, orang-orang Cina memanggil mereka sebagai ‘orang yang hampir sama dengan orang utan’ –maaf mungkin ini keterlaluan tapi seperti itulah, malah lebih teruk dari itu). Menurut tulisan Pdt.Benz, ‘orang-orang hutan’ ini dikatakan oleh teman cina itu sebagai suku yang akan pupus lebih kurang 10 tahun lagi di dunia ini. Tapi Pdt.Benz mengajukan pertanyaan kepada temannya, apakah mereka boleh diberitakan Kabar Baik (Injil)? Temannya katakan, “Mereka suku yang tidak tahu membaca dan tidak tahu mengerti dan memahami, apa lagi dalam bahasa asing(bahasa cina, melayu mahu pun bahasa Inggeris), jadi lebih baiklah mereka jangan diberitahukan tentang Injil”. Tapi Pdt.Hans Benz tidak pernah berputus asa mendekati ‘orang-orang hutan’ itu. Pada suatu hari dia pergi ke suatu kampong iaitu Kg.Masangkung dan bertemu dengan sebuah keluarga Rungus di kampong tersebut dan itulah keluarga Amai OT Tuorong Sobunal. Kebetulan OT Tuorong faham sedikit bahasa Cina dan dia tahu berbahasa Melayu. Jadi apa yang dikatakan oleh teman Pdt.Benz dan Pdt.Benz boleh difahami oleh Amai OT Tuorong waktu itu. Hal itu juga memudahkan mereka untuk memberitahukan maksud dan tujuan sebenar mereka datang ke kampong tersebut. Setelah mereka berbincang dan memberitahu tujuan kehadiran mereka, Amai OT Tuorong sangat gembira dan berjanji untuk mahu bertemu mereka sekali lagi. Dari pertemuan itu Pdt.Benz telah diberitahu bahawa ‘orang-orang hutan’ itu sebenarnya adalah ‘Suku Rungus’ penduduk asal di kawasan tersebut. Bermula dari situlah Injil diberitakan di kalangan suku Rungus. Pdt.Benz telah mengajak mereka (Keluarga Amai OT Tuorong) untuk mengikuti Kebaktian Krismas Eve di Gereja BCCM Tamalang pada 24hb.Disember 1952 dan inilah tarikh yang diambil sebagai permulaan Gereja PCS. Inilah pertama kalinya dari suku Rungus masuk ke gereja dan berbakti bersama dengan suku-suku Cina. Sehingga misionari yang pertama khusus untuk orang Rungus datang iaitu Pdt.Honegger dan isterinya yang diutus oleh Basel Mission.

Saya rasa cukup sampai di sini sahaja untuk kali ini, jika ada yang ingin tahu lebih lanjut dan secara lengkap carilah buku-buku yang saya katakan diatas, mungkin diantaranya adalah dalam bahasa Malaysia dan bahasa Jerman.

PCS didaftarkan selepas perlembagaan dibuat dan diluluskan oleh dua pendaftaran iaitu Trustee dan ROS. Untuk Trustee, sijilnya dikeluarkan pada 15hb. Nov. 1967 dan untuk Trustee dibawah tiga nama, iaitu Pdt.Masandu Majupi, Pdt.Majimil Tuorong dan Pdt.Poong Shong Khon yang didaftarkan pada 11hb. October 1976.

Hubungan PCS dan BCCM.

Pada tahun 1881 Suku Cina telah mula bertapak di Lau San Kudat. Di situ mereka telah memulakan gereja BCCM. Di manakah Rungus pada masa itu?. Hampir 71 tahun barulah orang Rungus dapat dijangkau oleh Injil Yesus Kristus, pada hal Injil sebenarnya sudah ada didekat mereka pada waktu itu, mengapa begitu lama? Kalau bukan Pdt.Hans Benz memulakan pelayanan di antara suku Rungus mungkin benar apa yang orang-orang Cina katakan pada waktu itu bahawa, suku Rungus adalah bangsa yang akan pupus tidak lama lagi pada masa itu.

Selepas suku Rungus menerima Injil, mereka yang menerima Kristian masa itu mengikuti ibadah di Gereja-gereja BCCM pada masa itu. Tetapi entah bagaimana para misionari pada masa itu melihat bahawa soal bahasa merupakan kesulitan yang besar. Namun pada sisi yang lain soal kepimpinan juga dan kemajuan suku Rungus itu sendiri. Para misionari melihat selagi orang Rungus berada dibawah BCCM mereka tidak mempunyai peluang yang lebih besar untuk memajukan diri mereka. Namun kenyataan ini disangkal oleh beberapa pemimpin BCCM pada masa itu, tapi kebanyakan pemimpin BCCM menyokong perpisahan itu dengan alasan masalah soal bahasa. Oleh itu Pdt.Forshner dan Pdt.Dilger bertanggungjawab membuat peraturan dan perlembagan penubuhan PCS dan menghantarnya kepada ROS yang baru dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia pada masa itu untuk mendaftarkan semua organisasi termasuk pertubuhan keagamaan dibawah ROS. Perpisahan dengan BCCM terjadi secara rasmi pada 1967 mungkin lebih awal dari itu, dan The Protestant Church In Sabah mula berdiri di atas kaki sendiri dibawah kendalian para misionari pada masa itu yang mana Presiden Pertama PCS adalah Pdt.T.Forschner dan Presiden Pertama dari suku Rungus adalah Amai Presiden Patrick M. Madalag dari Tiga Papan.

Sebagian pemimpin BCCM terutamanya Pdt.Thu En Yu yang tidak setuju orang-orang Rungus terpisah dari BCCM telah memulakan pemberitaan Injil kepada orang-orang bumiputera di Sabah terutama kepada suku Dusun dan Murut di sekitar tahun 1976 sehinggalah sekarang. Ini juga menyebabkan hubungan semakin baik diantara PCS dan BCCM dan masa yang sama ditubuhkanlah satu joint-committee PCS-BCCM. Joint-committee ini telah berfungsi untuk membantu PCS untuk dapat mengurus pelayanan dan pentadbiran pada masa itu. Hasil dari kesepakatan joint-committee PCS-BCCM adalah Asrama Basel Kudat, Asrama Geneva Kota Marudu dan BCCM Camp Ranau. Tapi joint-committee ini telah tidak berfungsi lagi pada tahun 2000 sehingga sekarang.

Jadi boleh dikatakan BCCM adalah abang kepada PCS dimana dilahirkan dalam satu bumbung yang sama (Basel Mision) namun sekarang ‘adik’(PCS) ini telah pun memiliki rumahtangganya sendiri yang perlu dipelihara, diasuh dan diteruskan hidup keluarganya sendiri. Namun masa yang sama hubungan yang baik dengan abangnya perlu diteruskan agar kekeluargaan di dalam Tuhan dan pelayanan terus terjalin untuk kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Kristus. Masa yang sama marilah kita saling mengampuni antara satu dengan yang lain tidak kira apa pun bangsa dan keturunan, kerana kita sama-sama telah diselamatkan oleh Tuhan yang sama iaitu Yesus Kristus.

Sekarang ini PCS telah hampir mencapai 35,000.00 anggotanya diseluruh Malaysia dan telah bertapak dikebanyakan kampong di seluruh daerah Banggi, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Beluran, dan di bandar-bandar utama di Sabah iaitu Keningau, Kota Kinabalu, W.P. Labuan dan beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Suku-suku yang ada di dalam PCS adalah suku Rungus, Kimaragang, Tobilung, Tombonuvo, Sonsogon, Banggi, Sino-Rungus, dan beberapa dari bangsa-bangsa yang lain.

Siapakah yang dipanggil Tuhan untuk memartabatkan, mengurus dan meneruskan pelayanan dan kehidupan gereja yang baru lahir setahun jagung ini berbanding dengan gereja-gereja lain di Sabah? Marilah kita bersama-sama merenungkan perkara ini untuk kemuliaan nama Tuhan. Saya pasti PCS dibentuk bukan secara kebetulan sahaja tetapi diberikan oleh Tuhan kepada bangsa-bangsa yang ada dalamnya.

Terimakasih Tuhan kerana cinta kasih Mu telah Engkau salurkan kepada mereka-mereka yang sangat mengasihi Engkau sehingga rela berkorban meninggalkan negara mereka yang cukup senang semata-mata untuk bangsa-bangsa kami yang daif ini. Tuhan Yesus ampuni kami jika selama ini kami tidak tahu berterimakasih kepada Mu, malah selalu meninggikan hati, angku dan sombong terhadap gereja dan bangsa kami sendiri. Ampuni kami Tuhan!!! Berilah kepada kami kerendahan hati untuk dapat mengingat akan pengorbanan orang-orang yang Engkau pakai dalam membangun gereja yang Engkau pakai untuk menyelamatkan bangsa-bangsa kami. Siapakah kami Tuhan sehingga Engkau mengingat kami bangsa yang dianggap akan pupus…KASIH MU mengubah segalanya, jadikanlah kami anak-anak Tuhan yang setia dalam gereja ini, anak-anak yang dapat menyenangkan hati-Mu dan menjadi kebanggaan Mu, Tuhan…Terimakasih Tuhan..curahkanlah Roh Kudus Mu dan bekerjalah sesuai rencana dan kehendak Mu dalam Gereja PCS yang lemah dan penuh kekurangan ini. Bangkitkanlah jiwa-jiwa yang haus dan rindukan hadirat Mu sehingga gereja ini Engkau mampukan meninggikan dan mempermuliakan Engkau…Dalam nama Yesus hamba Mu berdoa..semua yang beriman bersama katakan..Amin..

Kemuliaan dan hormat hanya bagi Tuhan Yesus yang bersemayam ditempat yang tinggi!!

Tuesday, October 14, 2008

Mandat Persidangan Synode Umum PCS Ke-33 Kepada EXCO PCS 2008-2012

Shallom!!! Salam sejahtera kepada semua saudara-saudari ku di dalam Tuhan Yesus Kristus.

Semua perkara yang saya kemukakan ini adalah suatu pandangan dan tanggapan saya secara peribadi dan di dorong oleh keinginan untuk bersama-sama membangun gereja PCS ke arah yang lebih baik dari segi pentadbiran dan pelayanan. Saya memang bukan EXCO dan bukan seorang pemimpin gereja, saya hanyalah seorang Pastor PCS yang senantiasa berdoa agar PCS yang kita cintai ini betul-betul dapat maju di dalam pelayanan bagi kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Kristus. Jadi kalau ada kelemahan harap maklum. Saya bukan dan tidak mahu campur tangan dalam pentadbiran Pusat, oleh itu ini hanyalah pendapat saya secara peribadi untuk cadangan atau luahan peribadi semata-mata didalam berjuang bersama memartabatkan gereja kita.

1. Pelaksanaan Penstrukturan Semula (Struktur Baru) PCS

Pada 12hb. April 2008 telah diadakan mesyuarat pembentukan EXCO yang baru mengikut acuan penstrukturan semula pentadbiran PCS sesuai dengan kelulusan Persidangan Synode ke-33 yang telah berlangsung pada 3 – 5hb. April 2008 yang lalu. Kita percaya Allahlah yang telah memilih mereka dan sudah tentu dengan pemilihan itu akan memampukan mereka untuk dapat melayani Tuhan dengan baik menurut rencana dan kehendak Tuhan sendiri.

Sekarang mereka sudah bergumul dengan struktur baru PCS selama 6 bulan. Sudah tentu dalam waktu jangka masa yang demikian belum mencukupi untuk EXCO baru ini menjiwai apa lagi untuk melaksanakan struktur ini di peringkat Parokhi dan Jemaat. Badan Pelaksana Synode yang hanya terdiri dari lapan orang sahaja adalah sangat terhad dan ditambah lagi dengan setiap ahli tersebut mempunyai pelayanannya masing-masing. Walaubagaimana pun mereka sudah tentu dapat mempersiapkan diri dalam semua perkara yang mendesak untuk dilaksanakan dalam pelayanan PCS pada tahun 2009 ini. Memadailah bagi EXCO tahun 2008 ini diambil sebagai masa penyesuaian dan penyusunan semua program atau aktivitinya untuk tahun 2009 nanti.

Kita tidak boleh lagi untuk ragu-ragu bagi melaksanakan struktur baru ini. Kita harus melangkah dengan sebaik mungkin melalui penstrukturan yang baru ini. EXCO perlu memusatkan semua fikiran dan tumpuan kearah yang sama iaitu, melaksanakan mandate yang diberikan oleh Persidangan Synode ke-33 termasuklah dalam melaksanakan struktur baru ini. Dengan itu EXCO haruslah berpegang teguh kepada keputusan Persidangan Synode Umum dan mengisi period ini 2008 – 2012 dengan program-program yang menjurus kearah pelaksanaan penstrukturan semula PCS yang menjadi elemen penting dalam usaha gereja mencapai kemandirian yang bermula pada tahun 2010.

2. Visi dan Misi PCS.

Visi dan misi PCS dirangkumi di dalam tiga bidang utama yang harus mandiri di dalam pelayanan gereja iaitu mandiri dari segi Teologi, Tenaga/Daya dan Kewangan/Dana (Kemandirian Teologi, Tenaga dan Kewangan (KTTK)). Untuk mempastikan ketiga-tiga bidang ini dapat mandiri bersama maka ianya disokong oleh beberapa lagi bidang pelayanan gereja untuk dilaksanakan oleh lima anggota EXCO yang ada; Bidang Keesaan(Pdt. Joseph S. Daang), Bidang Kesaksian dan Pelayanan (Pdt.Janios Masingkai), Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (Pst.Christopher H. Ogodong), Bidang Ekonomi dan Kewangan (Ibu Inungkili Magantung), Bidang Pembinaan Warga Gereja (Pdt.Makansim Sikawal).

Untuk ini Presiden, Setiausaha Umum dan Bendahari Umum akan memantau dan mempastikan ketiga-tiga sasaran kemandirian iaitu Teologi (Presiden), Tenaga (Setiausaha Umum) dan Kewangan (Bendahari) akan dapat dicapai di dalam setiap bidang pelayanan yang dilaksanakan oleh gereja. Saya kira tidak ada pertindihan kuasa mahu pun pertindihan pembuat keputusan dalam struktur baru ini. Hanya yang sangat penting adalah EXCO mempastikan tidak ada satu pelayanan pun yang tercicir di dalam pelaksanaan pelayanan di dalam EXCO dan gereja keseluruhannya. Dalam masa yang sama semua ahli EXCO haruslah berganding bahu untuk melaksanakan tugas masing-masing dan tidak salah satu pun dari bidang-bidang dalam EXCO tidak berfungsi atau diabaikan kerana ini akan mencacatkan usaha gereja ke arah mencapai kemandirian yang sesuai dengan visi dan misi PCS.

3. Badan Pengawas Synode

Badan Pengawas Synode juga adalah terdiri dari tujuh anggota sesuai dengan keperluan dalam Badan Pelaksana Synode. Badan Pengawas ini terdiri dari seorang Ketua (En.Matius Alok), Setiausaha (Puan Inobunga Bidin) dan lima anggota yang lain yang masing-masing menjadi pengawas untuk Bidang Keesaan (Tn.Thomas Arinjamal M), Bidang Kesaksian dan Pelayanan (Pst. Efejus Rudin), Bidang Penyelidikan dan Pembangunan ( En.Maklin Mosiou), Bidang Ekonomi dan Kewangan (En.Jota Magain) dan Bidang Pembinaan Warga Gereja (Tpk.Mopilin Injin).

Badan Pengawas mempunyai kuasa dan tanggungjawabnya sendiri yang diluar daripada bidang kuasa EXCO. Badan Pengawas hendaklah mempunyai mesyuaratnya tersendiri dan memiliki tanggungjawab untuk memberikan pandangan dan saranan serta komen yang membina kepada EXCO ke atas bidang masing-masing. Minit Mesyuarat EXCO menjadi tali pengukur kepada Badan Pengawas untuk menilai setakat mana EXCO telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan apakah strategi pelayanan yang dibuat oleh EXCO masih relevan dengan keputusan Persidangan Synode PCS atau sebaliknya.

Badan Pengawas melaksanakan tugasnya dengan berpaksikan kepada Keputusan Persidangan Synode Umum PCS yang lalu. Badan Pengawas juga perlu mendorong dan memberi sokongan kepada EXCO untuk dapat mempastikan EXCO melakukan segala pelayanan sesuai dengan keputusan-keputusan Persidangan Synode Umum PCS ke-33. Badan Pengawas merupakan pendamping dan rakan pelayanan yang rapat dengan EXCO PCS Pusat. Mereka harus tahu perkembangan terkini segala keputusan-keputusan mesyuarat EXCO dan memberikan respon yang positif/membina untuk kelancaran pelayanan EXCO dan gereja keseluruhannya. Walaubagaimana pun mereka berhak untuk menjelaskan kepada EXCO jika ada sebarang keputusan yang meragukan atau yang berpotensi untuk suatu penyelewengan akan terjadi atau suatu aktiviti yang tidak menjurus kepada pelaksanaan keputusan-keputusan Persidangan Synode Umum PCS.

4. Struktur Pengurusan dan Bajet Kewangan PCS di Era Kemandirian 2010

1. Peraturan kewangan dan staff kewangan diperlukan di peringkat Parokhi dan Jemaat.

Peraturan kewangan untuk peringkat Parokhi dan Jemaat haruslah dikuatkuasakan. Jika mana-mana Parokhi yang belum memiliki peraturan kewangan yang konsisten dan meyakinkan semua pihak, PCS Pusat melalui Pejabat Bendahari Umum dan Bidang Ekonomi dan Kewangan haruslah mempastikan kelancaran program kewangan ke arah kemandirian gereja yang bermula sepenuhnya pada tahun 2010. Peraturan pengurusan kewangan boleh didapati di Ibu Pejabat PCS melalui Bendahari Umum PCS Pusat. Peraturan tersebut bolehlah diubahsuai selaras dengan keputusan Majlis Gereja Parokhi dan Majlis Gereja Jemaat. Selepas pengubahsuaian dilakukan hendaklah menyerahkan satu salinan kepada Pejabat Bendahari Umum dan hendaklah diluluskan pelaksanaannya oleh PCS Pusat (Presiden atau Setiausaha Umum dan Bendahari Umum).

Pada masa kini Pendeta Parokhi yang bertugas mempunyai kelonggaran dalam membabitkan diri dalam pengurusan kewangan Parokhi. Namun dalam masa yang sama Pendeta harus melaksanakan semua program penggembalaannya di seluruh jemaat di dalam Parokhinya. Oleh sebab itu tumpuan untuk pengurusan kewangan sebenarnya tidak berada dalam keadaan yang tepat dan berkesan. Malah kadang-kadang Pendeta Parokhi menjadi sasaran kepada penyelewengan kewangan dan ini sudah tentu akan merosakan karakter seorang hamba Tuhan. Dalam perkara ini sudah tentu pengurusan kewangan Parokhi juga turut bertanggungjawab atas kelonggaran dan kelemahan pengurusan kewangannya dan bukan kesalahan atau kesilapan Pendeta Parokhi satu-satunya. Oleh itu untuk mengurangkan keadaan ini berlaku, lebih wajar jika seorang petugas penuh masa atau separuh masa dilantik untuk mengendalikan pengurusan kewangan Parokhi. Ianya hendaklah ditawarkan oleh Majlis Parokhi kepada sesiapa pun yang difikirkan layak untuk mengisi jawatan tersebut. Jika dilantik secara penuh masa maka surat perlantikan hendaklah dikeluarkan oleh PCS Pusat untuk jawatan tersebut dan system penggajiannya diserahkan kepada PCS Pusat sama seperti mana system penggajian Pendeta Parokhi. Tugas-tugas Pengurus Kewangan tersebut hendaklah dibuat oleh Majlis Parokhi itu sendiri.

2. Bajet Kewangan PCS 2009 & 2010

Struktur bajet kewangan gereja yang ada sekarang ini akan hanya bertahan sehingga 2008 sahaja untuk ianya dilaksanakan. Ini kerana bajet untuk tahun 2009 & 2010 adalah suatu bajet persediakan menghadapi arus kemandirian pada tahun-tahun selepas tahun 2010. Oleh sebab itu struktur bajet 2009 dan 2010 haruslah mengarah kepada kemandirian gereja sepenuhnya. Bila penstrukturan semula ini mencorakan pentadbiran dan pelayanan PCS kesleuruhannya maka termasuk struktur bajet kewangan harus berubah menurut penstrukturan semula gereja ini.

Sumber kewangan yang utama untuk PCS Pusat boleh dikategorikan seperti berikut;

1. PCS Pusat
Pendapatan PCS Pusat adalah seperti, Rumah/Tanah Sewa, Ladang Kelapa Sawit, PLKW, PLA, Asrama dan sebagainya, yang ditadbir secara langsung oleh EXCO.

2. Parokhi
Pendapatan Pusat dari parokhi adalah gaji staff dari Parokhi berkenaan, bajet pelayanan di Pusat (pelayanan EXCO dan Staff PCS Pusat, yuran keahliaan/keanggotaan, dan Persidangan/Mesyuarat/Kursus/Seminar) dan penyerahan 10% dari pendapatan parokhi berkenaan(tabung pelayanan Pusat)

3. Jemaat
Pendapatan Pusat dari Jemaat berkenaan adalah gaji staff dari jemaat berkenaan dan penyerahan 10% dari pendapatan tahunan jemaat(tabung pelayanan Pusat).

4. Sumbangan dari Luar & Kerajaan
Pendapatan ini adalah dari Mission 21, penyumbang dari luar Negara dan sumbangan Kerajaan Negeri.

5. Sumbangan Khas & Kebajikan
Sumbangan semasa yang diterima oleh Pusat daripada Parokhi mahu pun jemaat seperti derma becana, projek khusus dan sebagainya yang mempunyai tujuan khusus bagi keperluan kewangan yang dianjurkan oleh PCS Pusat.

Semua ini hanyalah dasar-dasar yang perlu diberikan perhatian oleh pejabat Bendahari Umum PCS Pusat dalam merangkah bajet PCS 2009-2010. Walaupun demikian ini bukanlah saranan yang semestinya diambil bulat-bulat tetapi paling tidak kita boleh bersedia melangkah dalam masa transisi ini menuju kepada struktur baru dan kemandirian gereja kita dengan lebih bersedia lagi.

Manakala untuk bajet perbelanjaan tidak akan banyak berubah ianya hampir sama seperti sedia ada, itemize dan relevan keperluan pelayanan semasa gereja.

Untuk masa akan datang kita akan mengupas sedikit mengenai Pentadbiran dan Pelayanan Parokhi dan Jemaat dalam era transisi dalam penstrukturan semula dan kemandirian gereja 2010.

Thursday, September 25, 2008

Hari Belia dan Konvensyen PCS Labuan

Pada 20-21hb. September 2008, sekali lagi Belia PCS Labuan telah mengadakan Hari Belia dan Konvensyennya. Kita bersyukur kepada TUhan kerana dengan anugerah-Nya kita dapat mengadakan aktiviti ini dengan baik pada tahun ini. Di dalam pengisian bagi aktiviti ini adalah;

1. Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR)
2. Ceramah tema: Belia Pemacu Kemandirian Gereja
3. Pembubaran dan pembentukan Ahli Jawatankuasa Belia sesi 2008-2010

Pada malam dan keesokkannya kita telah mengadakan KKR dengan Kebaktian di pimpin oleh Jastin G. dan Pengkhutbah oleh Ps Daniel Oduhau sendiri. Semuanya terjadi atas kehendak dan pimpinan Tuhan yang maha pengasihi dan penyelamat manusia iaitu Yesus Kristus. Sukacita surga meliputi ibadah kami semua sehingga nama Tuhan dimuliakan.

Dalam pemilihan AJK Belia PCS Labuan sesi 2008-2010, kita telah mendapat hasilnya dan kita percaya Tuhanlah yang telah memilih mereka sehingga mereka dapat melayani dengan baik dan mendatangkan kemuliaan bagi nama Tuhan kita Yesus Kristus. AJK yang dipilih adalah terdiri daripada yang berikut;

Pengerusi: Ev.Jastin G.
Tim.Pengerusi: En.Poloi Jeffery
Setiausaha: Cik.Alvina Wandak
Pen.Setiausaha: Cik.Christyl Noliam
Bendahari: Ev.Samon Majimil

Kita terus doakan AJK Belia PCS Labuan yang baru dipilih ini agar dapat menjadi berkat bagi belia-belia yang lain di dalam jemaah ini. Kasih karunia Tuhan menyertai mereka sehingga mereka dimampukan dan dikuatkan oleh Tuhan untuk dapat memiliki hikmat dan kebijaksanaan dari Tuhan sendiri bagi terus setia melayani Tuhan melalui pelayanan belia di PCS Labuan.

Nota: Maaf gambar-gambar tidak dapat diproses pada masa artikel ini di posting. Sila bersabar!!!

Thursday, September 11, 2008

Pelayanan PCS Di Kalangan Pelajar IPTA dan IPTS

Pada Januari 2007 saya dihantar oleh Pusat untuk melayani di PCS Labuan. Saya mengakui kelemahan saya dan menerima hakikat itu dengan hati terbuka kerana saya mengakui itu sebagai ketentuan Tuhan dan itu panggilannya bagi saya dan keluarga. Saya bertekad untuk melakukan yang terbaik bagi Tuhan dan bukan untuk manusia semata-mata di PCS Labuan...Tuhanlah yang menyertai saya dan keluarga selama pelayanan kami di PCS Labuan. Walau pun dengan berbagai cabaran dan godaan yang terpaksa dilalui, tapi Tuhan saya, Yesus Kristus adalah Tuhan yang sangat-sangat baik buat kami sekeluarga...persekutuan dan kerjasama yang indah dikalangan anggota jemaah di sini sangat meyakinkan saya untuk tetap setia melayani Tuhan secara fulltime. Saya terfikir untuk berubah kerjaya, kerana saya yakin mampu melakukannya untuk keluarga saya. Dalam masa yang sama ada juga pendapat-pendapat lain dari kalangan rakan-rakan sepelayanan saya, yang menganggap bahawa adalah mustahil saya keluar dari pelayanan sebagai fulltime, kerana sukar dan tidak mendapat kerja ditempat lain dan kesukaran untuk menyara keluarga yang memiliki banyak anak (tanggungan yang tinggi). Pendapat lain, "Biarkanlah dia berhenti, banyak juga pelayan yang akan ganti tempatnya".

Saya masih ingat lagi semasa saya berpindah ke Labuan, isteri saya waktu itu sedang terlantar di hospital Queen Elizabeth dan dia hanya keluar dari wad beberapa minggu selepas saya sudah ada di Labuan waktu itu. Selepas itu kami dikehendaki berulang alik dari Labuan ke KK untuk berjumpa doktor pakar, paling kurang dua kali sebulan. Waktu itu dia dirawat di Othopedik (bahagian rawatan tulang). Selepas itu setelah setahun dirawat di orthopedik kami dipindahkan ke bahagian neurologi(bahagian saraf) sehingga sekarang ini. Bulan Ogos 2008 ini dan mungkin seterusnya kami terpaksa berulang alik seminggu sekali ke Queen untuk pemeriksaan lanjut. Doktor sedar kos perjalanan dan rawatan yang kami tanggung bukan ringan bagi golongan berpendapatan seperti kami. Doktor mengadakan soal selidik mengenai keluarga kami dan dia sudah tahu pendapatan dan tanggungan keluarga saya, "Pastor, kalau begini, lebih baik saya rujuk kamu ke kebajikan hospital", katanya. "Ok, kalau itu saranan doktor, saya menurut saja", saya menanggapi saranan doktor itu. Tapi dalam hati saya, saya sangat terkilan dan terharu sekali, hampir saya menangis tetapi tidak di depan doktor, di tandas awam saya tidak tahan lagi, saya menangis dan berdoa, "Tuhan betulkah ini terjadi kepada hamba Mu". Tetapi saya berterimakasih kepada gereja PCS(Presiden, Setiuausaha dan Bendahari) sebagai majikan saya meluluskan permohonan kebajikan kami untuk membolehkan isteri saya boleh diperiksa darah yang menelan kos RM227.50. Terimakasih juga kepada anggota PCS Kota Kinabalu, Pst. Christopher, Tuan James Tahanji, Pdt.Jensey dan banyak lagi yang menyediakan kenderaan dan tempat tinggal semasa kami di KK. Sehingga sekarang kami dapat melayani seperti biasa tanpa banyak gangguan pelayanan, dan berpuas hati dan bersyukur serta hidup dengan apa yang ada.

Saya bukan menyatakan ini kerana meminta simpati atau sebarang unsur tuntutan atau ketidakpuasan hati..tidak sama sekali. Percayalah...Tuhan tahu hati saya. Hanya menyatakan dengan ikhlas, keadaan hamba-hamba Tuhan dalam PCS, bukan hanya saya seorang sahaja, mungkin. Tapi masa yang sama, saya mengoreksi pelayanan saya secara peribadi, mungkin masih ada yang Tuhan tuntut, yang tidak dapat saya jalankan atau turuti perintah-Nya selama ini dalam pelayanan. Memang ada pun, tetapi saya sendiri tidak atau belum mengerti kehendak Tuhan itu. Tanggungjawab dalam pelayanan semakin saya rasakan bilamana sedang melalui keadaan-keadaan seperti ini.

Saya sedar juga ini mengundang saya lebih bertanggungjawab terhadap pelayanan yang lebih gigih lagi di dalam jemaah yang semakin mencabar tuntutan dan keperluannya. Saya mendahului coretan dalam blog ini dengan keadaan hidup kami sekeluarga sebagai hamba Tuhan dalam Gereja PCS dan masa yang sama masih segar dalam ingatan saya rakan-rakan sepelayanan saya yang sudah lebih awal ambil cuti tanpa gaji atau yang langsung berhenti melayani secara penuh masa; Pdt. Aloi, Pdt. Sintom, Pdt. Francis, Pdt. Justin, P.Tpk.Jaikop, Pst. Joning, Pst. Maslinah, Pst. Noriah, Pst.Firton, dsb. Mereka mungkin ada alasan sendiri mengapa harus berundur dari pelayanan dan saya tidak berhak mencampuri urusan mereka. Tetapi saya harap, saya mampu bertahan sehingga pencen, doakanlah.

Belia yang merupakan pelajar-pelajar kita yang berada di unversiti hari ini adalah pemimpin masa depan dan penggerak hala tuju PCS keseluruhannya. Jadi pelayanan sangat perlu diperhatikan sebaik-baik mungkin. Terimakasih kepada beberapa pelajar PCS yang ada di beberapa universiti tempatan yang kebelakangan ini menghantar sms mahu email kepada saya. Saya menerima beberapa SMS dan e-mail dari para anggota PCS yang merupakan pelajar universiti dan kolej tempatan, mengenai beberapa perkara di antaranya; 1. Dari UMS. "Bagaimanakah bentuk berpuasa itu sebenarnya, sekarang ini saya berbakti di Hope Church dan diadakan hari berpuasa, apakah yang perlu saya buat, sebab saya tidak di ajar sebelumnya? 2. Dari UKM, "Pastor, saya bertemu dengan seorang doktor perubatan kerana saya sakit dan doktor bertanyakan tentang iman saya dan seterusnya dia bersoal jawab tentang agama. Saya jawap apa yang saya tahu, tetapi saya masih kurang yakin tentang jawapan saya, berikan saya nasihat tentang perkara itu". 3. Dari UPM, "Pastor, bagaimana pendapat Pastor bagi kami ini yang berbakti dan melayani di Gereja lain, sebab PCS Shah Alam itu jauh bagi kami? 4. Dari UUM, "Pastor kami di sini pergi ke gereja kharismatik yang ada di sekitar Universiti". Ada beberapa lagi pertanyaan dan laporan yang diterima dari berbagai tempat. Kebanyakan mereka ini yang pernah saya layani sebagai belia semasa sedang belajar di Koleh Matrikulasi Labuan (KML). Saya pasti banyak lagi pelajar-pelajar dari denominasi PCS yang berada di universiti tempatan dan mungkin diluar negara yang perlu sokongan moral, pertumbuhan iman dan layanan dari pihak Pastor dan Gereja PCS. Saya sebenarnya berasa cemburu dengan gereja-gereja lain yang berada disekitar universiti, yang dapat melayani anggota-anggotanya tanpa banyak cabaran dan kekangan ekonomi. Tapi PCS belum dapat melakukannya setakat ini, bukan tidak memperhatikan pelajar-pelajar ini tetapi kekangan tenaga dan ekonomi gereja. Saya berpendapat untuk pelajar PCS yang ada diuniversiti, tidak perlu menunggu PCS ada pelayanan atau gereja disekitar kolej atau universiti di mana mereka belajar barulah beribadah. Pelajar-pelajar PCS bolehlah beribadah digereja lain, jangan saja gereja yang sesat. Kalau di situ ada Gereja Basel, SIB, RC, Hope, Anglikan, berbakti sajalah di situ (saya katakan ini dengan hati yang berat tetapi pasrah dengan keadaan). Tetapi janganlah sampai bila sudah tamat pengajian di universiti lalu menetap di gereja itu sebagai anggota, saya merayu kembalilah ke PCS, ini gereja asal kita dan ini sangat penting bila kamu kembali. Tetapi kalau ada Gereja PCS berdekatan di sekitar universiti kamu, berbaktilah di gereja sendiri, itu lebih baik. Ini yang saya dapat sarankan sebagai Pastor PCS. Sekali lagi jangan tinggalkan PCS, gereja yang sudah dipakai Tuhan untuk menyelamatkan bangsa kita dari terus ketinggalan dan ditinggalkan oleh bangsa-bangsa yang lain.

Kepada pelajar-pelajar yang saya kasihi di dalam Tuhan Yesus, dimana pun kamu berada, Pastor harap kamu belajarlah baik-baik. Lakukan dan berikan yang terbaik untuk Tuhan, keluarga, bangsa, negara dan gereja kita PCS. Mencintai dan mengasihi Tuhan itu bererti juga, kita mengasihi diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita dan gereja kita di dalam Tuhan kita Yesus Kristus. Jayakanlah persahabatan kita di dalam Tuhan, selagi masih ada kesempatan, marilah bersahabat, marilah serikan hidup kita dengan kasih persahabatan dari Tuhan Yesus, kerana persahabatan di dalam Yesus kekal selamanya sehingga di syurga. Tuhan Memberkati kamu semua. Amin

Friday, September 5, 2008

Wednesday, September 3, 2008

Kebahagian Suami-isteri bersama anak kekasih mereka

Kami bersyukur kepada Tuhan atas anugerahnya kepada pasangan suami-isteri ini yang juga merupakan Penginjil di Gereja PCS Labuan, orang yang dimaksudkan ialah Ev.Samon Majimil dan Cikgu Rosmarie Jalanon. Mereka telah dikaruniakan seorang anak lelaki yang comel dan bergaya...nikmatilah gambar-gambar terkini mereka.....



Wanita PCS Saluran Berkat Bagi Bangsa Ini...

Shallom!!! Bertemu lagi...Tuhan mengasihi dan menyertai kamu. Amin

Pada 30-31/08/ - 1/9/2008 sekumpulan wanita yang berjiwa rohani, yang cinta kasihnya kepada Tuhan sangat mendalam telah melawat PCS Labuan. Kami sangat-sangat diberkati dengan kunjungan ini. Tuhan menyertai kunjungan mereka dan memberkati mereka sehingga secara peribadi saya yang terharu atas lawatan yang singkat ini. Kumpulan tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Wanita Pusat Yang di Ketuai oleh Ibu Cikgu Nobunga Bidin Pengerusi Wanita Pusat. Wanita-wanita PCS Pusat tersebut adalah terdiri dari Pn.Soliat M, Tim.Pengerusi, Pn. Sinaraling Dawai, Tim.Setiausaha, P.Tpk.Juraya Masandu, Bendahari dan Jawatankuasa yang lain, Pn.Dohomoi Aloi, Pn. Ren Jod, Pn. Jalimah Majimil, Pn. Lisnah Jaikop turut bersama ialah Ibu Mogulizo M. Mereka juga ditemani oleh beberapa lelaki, iaitu Tn.Joniun Atajau dan En.Jostin Mojulou. Keluarga Tn.Joniun ada membawa bersama dengan mereka dua anak perempuannya, Terry dan Timothy.


Pada hari pertama kumpulan wanita ini sampai ke Pulau Labuan pada sekitar jam 7.15pm. Melihat saja mereka sudah terbayang suatu keletihan yang amat sangat. Walaubagaimana pun selepas saja mereka makan malam di Restauran, langsung ke hotel dan mengadakan Mesyuarat Wanita Pusat di hotel berkenaan.

Keesokan harinya jam 10.00am mereka sudah sampai di Gereja PCS Labuan di Kg.Bt. Arang, Jln. Kolam. Mereka menyampaikan kuaya yang sungguh baik yang dipimpin oleh Pn.Jalimah Ronny dan dalam ucapan oleh Pengerusi Wanita Pusat, Ibu Inobunga Bidin, beliau menyatakan rasa syukurnya kepada Tuhan kerana dapat melawat PCS Labuan akhirnya. Dia juga menyatakan rasa terimakasihnya kepada rakan-rakan yang turut serta dalam lawatan ini dan juga kepada rakan-rakan yang belum sempat melawat bersama pada kali ini kerana tetap terus menerus menyokong pelayanan wanita. PCS Labuan yang mempunyai Persekutuan Wanita PCS juga merupakan ladang pelayanan untuk wanita PCS yang harus dikunjungi dan dilayani, tambahnya lagi.

Pada malamnya hari yang kedua, mereka bersama-sama dengan jemaah PCS Labuan telah diundang bersama ke rumah Amai Johnny K. Sokuroh untuk mengadakan Kebaktian Kesyukuran dirumahnya bagi merayakan harijadi Sister Maria M. Bersyukur kepada Tuhan dan terimakasih kepada keluarga Amai Johnny K. Sokuroh atas undangan kepada jemaat PCS Labuan dan para pelawat dari AJK Wanita PCS Pusat. Kebaktian kesyukuran tersebut dikendalikan oleh Ibu Inobunga sebagai pemimpin dan P.Tpk.Juraya Masandu pembawa renungan dari Persekutuan Wanita PCS Pusat sesuai permintaan Keluarga Amai Johnny dan Sister Maria M. Tuhan memberkati persekutuan yang indah pada malam itu dan terjalin begitu mesra di setiap peribadi. Tuhan memberkati dan menyertai keluarga Amai Johnny K. Sokuroh dan juga keluarga Sister Maria M. Semoga mereka terus berjaya dalam perniagaan dan kerjaya masing-masing.

Sebelum pelawat kami pulang mereka sempat bersama-sama dengan kami dalam persekutuan Hari Keluarga PCS Labuan di pantai, di kawasan Mazium Laut Dan Pusat Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Hari Keluarga PCS Labuan ini adalah kali yang ke-2 pada tahun 2008 ini. Aktiviti-aktiviti yang kami adakan sangat ringkas, doa, makan bersama dan sukanika bersama. Tuhan kiranya ditinggikan lewat persekutuan seumpama ini.

Kepada para pelawat kami Persekutuan Wanita PCS Pusat, kami sangat diberkati atas lawatan anda semua. Kami pasti wanita adalah insan yang istimewa yang diciptakan Tuhan di muka bumi ini. Wanita diciptakan dan diberikan Tuhan kepada pasangannya lelaki untuk menunjukan bahawa persekutuan yang terjalin itu adalah gambaran kesatuan kita dengan Allah, Bapa kita di syurga di dalam Yesus Kristus dengan persekutuan Roh Kudus. Pelayanan Wanita PCS telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan wanita-wanita seluruh PCS, bagi semua bangsa yang ada di dalam gereja kita PCS yang kita cintai ini. Menjadikan wanita-wanita PCS terus dapat bersama-sama dengan gereja dan masyarakat keseluruhannya dalam mendidik dan membekalkan nilai-nilai wanita yang rohani dan dapat mengikuti dan memenuhi tuntutan pelayanan di dalam masyarakat, gereja dan keluargnya. Kita terus berdoa bahawa Wanita PCS menjadi saluran berkat kesatuan, kemesraan dan kerohanian yang tinggi nilainya kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam gereja kita PCS.

Kami juga ambil kesempatan ini untuk menyatakan permohonan maaf kami kepada semua terutama kepada para pelawat iaitu Wanita PCS Pusat atas segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam pengurusan dan pengendalian kelancaran lawatan tersebut. Kami mohon, semua kekurangan dan kelemahan itu bukan penghalang Wanita PCS Pusat untuk melawat kami pada masa-masa yang akan datang. Terimakasih atas segala sesuatu dan Tuhan memberkati persekutuan kita. Terimakasih kepada semua pelawat khususnya kepada Ibu Inobunga Bidin, Tn.Joniun Atajau, Pengerusi Wanita PCS Labuan Pn.Christina Rasrim, Pengerusi PCS Labuan Ev.Mosibin Makabun, Tn.Patrick Majatig, Amai Johnny K. Sokuroh dan keluarga, Cikgu Jetol Bolongkikik, En.Simon Mosunud, En. Rastim Wahui dan semua anggota jemaah yang lain, pelajar-pelajar ILP dan anggota jemaah PCS Labuan Bandar. Tuhan memberkati pelayanan kamu semua. Jumpa lagi. Amin

Friday, August 15, 2008

Kekangan Yang Menjadi Pemacu Semangat Jemaat PCS Labuan Bandar

Kita amat bertuah berada di negara yagn harmonis dan penuh toleransi. Setiap masalah ditangani dengan penuh pertimbangan yang waras dan masa yang sama dapat mengekalkan keamanan negara. Kita percaya setiap pekerjaan Tuhan yang dimulakan-Nya pasti akan disertai-Nya sehingga sampai bila-bila pun. Kita selalu berpegang pada satu kepercayaan iaitu, yang baik semuanya dari Tuhan tetapi semua yang buruk, berunsurkan kejahatan adalah dari iblis. Tetapi pernahkah kita bertanya dari mana pula asalnya jika perkara itu baik pun tidak, buruk pun tidak? Namun pada akhirnya manusia berusaha memilih yang dikiranya lebih baik, walaupun tetap mengharungi berbagai kesukaran...Rasul Paulus pernah menulis kepada jemaat Titus, "walau pun saya mengalami berbagai cabaran, hinaan dan pukulan secara fizikal mahupun jiwa, saya tetap melihat kehadapan dengan mata yang tertuju hanya kepada Yesus, sebab itu saya melupakan apa yang dibelakang dan mengarahkan kepada apa yang dihadapan yang menjanjikan suatu pengharapan yang pasti yang dijanjikan oleh Allah sendiri kepada mereka yang setia kepada-Nya..".



Inilah sebagaian jemaat Labuan Bandar yang sedang menunggu kebaktian dimulakan.
Kunjungan PCS Pusat ke Jemaat ini pada 27hb Julai 2008. Pdt.Sopirid Masandu sedang menyampaikan ucapan. Turut kelihatan dalam gambar Penasihat Jemaah PCS Labuan Bandar Tn.Patrick Majatig, Pengerusi Majlis Gereja PCS Labuan Ev.Mosibin Makabun, Inai Inongkian Mondorusun Tim.Pengerusi Wanita PCS Labuan, Pdt.Janios Masingkai, Penolong Setiausaha Umum PCS.

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana walaupun Jemaat Labuan Bandar baru sahaja bermula dengan penuh penyerahan kepada kehendak dan rencana Tuhan dapat melalui cabaran demi cabaran yang dihadapainya. Ini telah menjadikan jemaat ini boleh bertahan, dapat berkembang dan menjadi saksi bagi Tuhan ditengah-tengah Bandar yang semakin maju ini.

Pada 17hb. Ogos 2008 ini Jemaat ini tidak lagi berbakti tempat yang sama. Dan kesempatan ini pihak PCS Labuan mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada Amai Johnny K. Sokuroh yang menyokong permulaan jemaat ini untuk menggunakan tempatnya sendiri buat sementara waktu sahaja. Oleh kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan maka Jemaat PCS Labuan Bandar harus berpindah tempat beribadah. Dengan ini Jemaat muda ini bergumul lagi untuk mencari tempat beribadah yang lebih dapat menyenangkan semua pihak, yang terbaik dan sah. Kita juga mohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan yang menyebabkan beberapa perkara yang mungkin tidak menyenangkan terjadi, segala kesilapan amatlah dikesali dan diucapkan ribuan terimakasih atas pertimbangan yang telah diberikan.
Dalam pada itu, kita bersyukur atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Penasihat Jemaat ini Tn.Patrick Majatig dalam meneruskan usahanya untuk mencari tempat beribadah di tengah-tengah Bandar Labuan ini dan usaha ini masih tetap diteruskan sehingga mendapat tempat yang boleh digunakan untuk sementara waktu, sehingga jemaah mampu menyewa permis yang sah di tengah-tengah Bandar Labuan.
Kehadiran jemaat sekarang ini sudah pun mencapai 25 anggota jemaat berbanding pada permulaannya hanya 15 anggota sahaja. Kita doakan agar jemaat ini tabah mengharungi segala cabaran yang dihadapinya dan tentunya sokongan dari semua pihak amatlah diperlukan, iaitu dari PCS Pusat, Majlis Gereja PCS Labuan dan anggota-anggota jemaah Labuan Bandar sendiri. Kita ucapkan terimakasih kepada Pengerusi Jemaat PCS Labuan Bandar En. Jasli Majimbok, yang dengan sabar dan terus melangkah dengan iman dalam membawa jemaat muda ini bertumbuh dalam iman kepada Tuhan Yesus Kristus. Marilah kita terus sokong jemaat ini di dalam doa dan moral, semoga nama Tuhan diagungkan dan dimuliakan melalui pelayanan ini. Tuhan Memberakti.

Saturday, August 9, 2008

Para Penderma Kos Pengubahsuaian Bangunan Gereja PCS Labuan

Projek Pengubahsuaian Bangunan Gereja PCS Labuan oleh Jawatankuasa Pembangunan Gereja PCS Labuan.



Gambar-gambar ini menunujukkan keadaan bangunan gereja PCS Labuan pada masa sekarang ini.

Satu lagi Badan yang telah dilantik oleh Majilis Gereja yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Gereja PCS Labuan. Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada;

Pengerusi: Tn.Patrick Majatig
Tim.Pengerusi: Srjn.Simon Mosunud
Setiausaha: Cikgu Jetol Bolongkikit
Pen.Setiausaha: Cikgu Jastin Gapas
Bendahari: En.Mosibin Makabun

Akaun Bank;
Nama: Tabung Pembangunan Gereja PCS Labuan
No.Akaun: 11501400038888
Firma Bank: RHB Bank, Cawangan W.P. Labuan.

Sumbangan khas Dana Pembangunan Gereja PCS Labuan. Ahli Jawatankuasa ini dengan kelulusan Majlis Gereja telah menetapkan tahun ini dengan sumbangan dari 16 anggota berkeluarga dan bekerja tetap itu akan memberi sumbangan RM 350.00 setahun untuk tahun 2007 ini. Dana ini akan dimasukkan ke Akaun Simpanan Pembangunan Gereja PCS Labuan dan ianya digunakan untuk maintenan dan pengubahsuaian serta equipment dalam gereja.

Tahun ini Jawatankuasa ini telah merencanakan untuk mengubahsuai bangunan gereja yang ada kerana;
1. Keadaan yang sudah bertambah uzur dan sempit.
2. Peningkatan jemaah yang hadir menyebabkan tempat tidak mencukupi dan tidak selesa.
3. Untuk dapat mempersiapkan tempat bagi pelawat-pelawat yang datang Gereja PCS
Labuan.

Jawatankuasa sudah pun memulakan proses mencari dana bagi tujuan tersebut. Kita doakan agar semuanya ini terjadi atas berkat penyertaan Tuhan sendiri. Anggaran kasar, bagi kos pengubahsuaian ini adalah RM32,000.00. Namun jumlah anggaran ini telah ditingkatkan berikutan kenaikan harga barangan termasuk material binaan baru-baru ini kepada kos keseluruhan yang baru iaitu RM35,000.00.

Berikut adalah senarai para penyumbang yang telah memberikan sumbangan bagi tujuan tersebut;

Bil. Nama Penderma dan Jumlah
1. PCS Pusat 1,000.00
2. En.Jetol B. Bolongkikik 500.00
3. En.Johnny Kololong Sokuroh 1,904.00
4. Tn.Mosikong Muluk 1,000.00
5. DC Niaga Kontraktor 500.00
6. Luswin Enterprise 1,000.00
7. Is Enterprise 500.00
8. Satria Murni Sdn. Bhd. 1,000.00
9. Berjaya Enterprise 1,000.00
10. Estimewa Enterprise 1,000.00
11. Sancom Logistic Sdn.Bhd 1,000.00
12. BCCM W.P Labuan 1,000.00
13. Anglikan W.P Labuan 1,000.00
14. En.Pitolo Lamibai 1,000.00
15. En.Jastin Gapas 250.00
16. En.Simon Mosunud 500.00
17. En.Alfred @ Fredi Hirtz 9,401.00
18. Pdt.Poong Shong Khon 500.00
19. Jemaat PCS Labuan (Bazaar) 1,198.45
20.En.Mosibin Makabun 1,000.00
21. En.Samuel Poong 1,000.00
22. Ismawan Enterprise 500.00
23. Pemborong Sri Tudin 1,000.00
24. Tn.Patrick Majatig 1,000.00

Jumlah 29,752.95

Dengan doa dan kerja keras dari Pengerusi dan ahli-ahlinya serta kerjasama yang sangat menggalakkan dari PCS Pusat, seluruh warga jemaah PCS Labuan dan anggota PCS keseluruhannya kita sudah hampir mencapai budget yang telah ditetapkan, hanya kekurangan RM 5,247.05. Jadi sesiapa di antara saudara-saudari yang ingin menyumbang bagi bersama-sama dengan kami menjayakan pelayanan ini, kita sangat-sangat mengalu-alukan.

Untuk masa sekarang pengubahsuaian belum dapat dilaksanakan atas beberapa sebab;
1. Majlis Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan belum meluluskan pelan pengubahsuaian yang telah kita serahkan kepada mereka.
2. Tanah yang kita telah beli dengan harga yang telah lunas dibayar belum lagi dipindahkan status kepemilikannya dari tuan tanah yang asal kepada Gereja PCS.
3. Kita masih lagi berdoa untuk mendapatkan dana pembangunan tersebut kerana masih kurang RM 5,247.05. Mengikut anggaran bajet semasa kerana harga barang binaan sudah melambung naik.

Jerih payah saudara-saudari tidak akan sia-sia, Tuhan menyertai kita dan memberkati kamu. Amin

Tuesday, July 29, 2008

Komitment Pelayanan Yang Tinggi dari PCS Pusat

Doa bersama untuk Hari Kanak-kanak PCS Labuan 2008.


Persembahan Kuaya dari Belia PCS Labuan ( Pelajar KML, ILP dan UMSKAL)

Cikgu Jastin Gapas, Tim.Pengerusi Belia PCS Labuan dan Sdra. Terry H. Madatang, pemain muzik yang mengiringi puji-pujian Kebaktian Kesyukuran Hari Ulang Tahun PCS Labuan 2008.
Wakil Presdien PCS, Pdt.Sopirid Masandu, Setiausaha Umum sedang mendoakan pelajar-pelajar baru Matrikulasi Labuan, ILP dan UMSKAL semasa kunjungan ke Jemaah PCS Labuan.

Belia PCS Labuan di Gereja PCS Kg.Bt. Arang , Jln. Kolam semasa Hari Ulang Tahun PCS Labuan ke- 8 pada 27hb. Julai 2008.


Pada 27hb. Julai 2008 sekali lagi PCS Labuan telah merayakan Hari Ulang Tahun yang ke-8. Dalam perayaan ini Majlis Gereja telah mengundang Presiden dan beberapa rakan-rakan sepelayanan di Pusat untuk melaksanakan beberapa pelayanan di PCS Labuan. Namun pada hari itu Presiden PCS Pdt.Jimmy O. Asam tidak dapat hadir kerana ada tugas pelayanan yang harus dihadirinya di Seminari Teologi Sabah (STS), walaubagaimana pun dia menitipkan salam hangat dan berjanji pada masa akan datang, jika tidak ada halangan beliau akan melawat PCS Labuan. Wakil Presiden ialah Setiausaha Umum PCS, Pdt.Sopirid Masandu, P.Tpk.Janios Masingkai dan P.Tpk.Torido Rumanggong yang telah datang ke PCS Labuan, memenuhi undangan PCS Labuan pada kali ini.

Rombongan Pdt.Sopirid Masandu, Setiausaha Umum PCS Pusat telah melawat atau mengunjungi Jemaah PCS Labuan Bandar selain dari pada menghadiri dan melaksanakan pelayanan perasmian HUT dan Pentahbisan Pendeta kepada Ps Daniel Oduhau di Jemaah PCS Labuan, Kg. Bt. Arang. Manakala Pdt.Janios Masingkai pula melayani kita dengan Firman Tuhan pada minggu ini. Acara-acara lain yang telah dilaksanakan sempena HUT PCS Labuan kali ini ialah, Hari Jadi Bersama untuk mereka yang lahir pada bulan Jun dan Julai, Hari Kanak-kanak PCS Labuan yang didoakan oleh P.Tpk.Torido Rumanggong Bendahari PCS Pusat dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pelajar-Pelajar KML 2007-2008 yang diampaikan oleh Pdt. Sopirid M.. Semua acara berjalan lancar, walau pun pertemuan khusus Majlis Gereja dan rombongan PCS Pusat tidak dapat dijalankan atas sebab kesuntukan masa.

Pada kesempatan ini kita ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pdt.Sopirid Masandu, Pdt.Janios Masingkai dan Pdt.Torido Rumanggong kerana sudi bersama-sama dengan kita untuk melaksanakan beberapa pelayanan yang penting untuk PCS Labuan pada kali ini. Tuhan memberkati mereka dan menyertai pelayanan mereka di Ibu Pejabat PCS Pusat.

Tuhan Melawat Umat-Nya Dalam KKR PCS Labuan

Tn.Patrick dan Ps Vincent bersama para jemaah PCS Labuan dalam KKR tahun 2008 ini.
Ps Vincent M, sedang menyampaikan firman Tuhan dalam KKR PCS Labuan.
Sdri.Alvina Wandak sebagai pemimpin Pujian dan Penyembahan semasa KKR. Tuhan memberkati pelayanan kamu Alvina, kiranya Tuhan ditinggikan dan diagungkan lewat pelayanan dan kehidupan kamu.



Pada malam 26hb.Julai 2008, PCS Labuan telah mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR)/Penyegaran Iman. Kami bersyukur kerana Tuhan telah mengirim hamba-Nya untuk melayani kami pada malam itu iaitu Ps Vincent Mishu. Dengan kehadiran jemaat dan para belia yang begitu sederhana kami benar-benar berasa lawatan Tuhan dalam ibadah tersebut. Tuhan juga membuka beberapa pintu hati para belia untuk menerima Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka secara peribadi. Tuhan kiranya terus memimpin mereka yang sudah menerima Yesus dan dikuatkan imannya melalui KKR pada kali ini. Bertemu lagi di KKR akan datang. Tuhan memberkati. Amin

Tuesday, July 22, 2008

Yang Lama Sudah Berlalu, Sesungguhnya Yang Baru Sudah Datang!!!

Gambar menunjukkan simbolik penyerahan tugas pelayanan dari EXCO Lama kepada EXCO baru; Pdt.Jimmy O. Asam Presiden PCS yang baru menerima Alkitab daripada Pdt.Sopirid Masandu mantan Presiden PCS sebagai simbolik penyerahan tugas dan kuasa.

Barisan EXCO yang baru dan yang lama semasa hand-over tugas di Taman Gereja PCS Pusat.

Kita mengucapkan tahniah kepada pelayan-pelayan gereja PCS yang telah di pilih Tuhan dalam menjadi pemimpin dalam gereja PCS ini. Pemilihan mereka telah dijalankan pada 5hb. April 2008 semasa Persidangan Synod PCS ke-33 di Taman Gereja Protestan, Kudat. Keputusan pemilihan tersebut adalah seperti berikut;

Ahli EXCO; Pelaksana Synod(BPH) dan Ahli EXCO.

Presiden: Pdt.Jimmy O. Asam
Tim.Presiden: Pdt.Joseph S. Daang
Setiausaha: Pdt.Sopirid Masandu
Pen.Setiausaha: Pdt.Janios Masingkai
Bendahari: Tpk.Torido Rumanggong

Ahli Exco;

Pdt.Makasnim Sikawal
Pastor Christopher H. Ogodong
Ibu Inungkili Magantung

Badan Pengawas EXCO;

Cikgu Matius Alok
Cikgu Inobunga Bidin
Tpk.Mopilin Enjin
Cikgu Jota Magain
Cikgu Maklin Masiou
Pastor Efejus Rudin
Tuan Thomas Arinjamal

Tuhan kiranya terus memimpin dan memberkati pemimpin-pemimpin ini sehingga dapat menjadi saluran berkat bagi seluruh jemaah PCS di Malasyia. Kasih karunia Tuhan, hikmat dan kebijaksanaan dari Tuhan menyertai mereka semua dalam pelayanan.

Monday, July 21, 2008

Hari Yang Istimewa Bagi Sebuah Keluarga Tuhan

Pada pagi 18hb.Julai 2008, saya menerima satu SMS yang bernada gembira dan kesyukuran yang amat sangat. Lebih kurang bunyinya, "Puji Tuhan, kami dapat anak lelaki Ryan Davone, beratnya 2.8 kg, praise the Lord.." datangnya dari Pengerusi Belia PCS Labuan. Bertambah lagi anggota PCS Labuan dengan kehadiran Baby yang comel Ryan...

Biodata Anak;

Nama: Ryan Davone
Nama Bapa: Samon Majimil
Nama Ibu: Rosmarie Jalanon
Tarikh Lahir: 16hb. Julai 2008
Tempat Lahir: Hospital Labuan

Kami telah mengadakan kebaktian penyerahan anak di rumah Amai Johnny K. Sokuroh di mana Sdra. Samon dan Rosmarie tinggal untuk sementara waktu pada malam 20hb.Julai 2008. Semua berjalan dengan lancar..saya belum dapat foto baby mereka, harap-harap dalam masa terdekat saya akan tunjukan gambar baby yang comel itu bersama ibu dan bapanya sekali.

Tuhan terus memelihara baby ini dan keluarganya terus bahagia di dalam kehidupan dan pelayanan mereka. Amin

Hari Ulang Tahun PCS Labuan Ke 8, 2008

Sempena Hari Ulang Tahun PCS Labuan yang ke-8 pada 26-27hb.Julai 2008 Majlis Gereja telah mengadakan beberapa aktiviti untuk merayakannya sebagai tanda ucapan syukur kepada Tuhan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut;

1. Kebaktian Kebangunan Rohani/Penyegaran Iman.

Tarikh: 26hb.Julai 2008
Masa: Jam 7.30 pm

Tema: Engkaulah Mesias Anak Allah yang Maha Tinggi.
Pengkhutbah: Ps. Vincent Mishu

Diharapkan semua belia dan pelajar-pelajar PCS di Labuan akan turut serta dalam Kebaktian ini bagi kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Kristus.

2. Kebaktian Ulang Tahun ke-8, 2008.

Tarikh: 27hb. Julai 2008
Masa : Jam 10.00 am
Tema: Gereja Mandiri Tanggungjawab Kita
Pengkhutbah: Pdt.Jimmy O. Asam
Presiden PCS
Di dalam kebaktian pengucapan syukur ini akan diselitkan juga, beberapa acara-acara seperti berikut;

a. Perjamuan Kudus
b. Hari Jadi Bersama bagi anggota jemaah yang lahir pada bulan Jun dan Julai
c. Hari Penghargaan

Kita doakan agar KKR dan HUT ini dapat berjalan lancar dan semua tetamu-tetamu dari PCS Pusat terutamanya dapat datang dalam Majlis yang penting ini bagi PCS Labuan. Jumpa nanti...Gbu.

Tuesday, July 15, 2008

Jemaat PCS Labuan Bandar

Sdra.Peter Chong sedang menyampaikan kesaksian peribadinya; Jemaat PCS Labuan Bandar.




Kita bersyukur kepada Tuhan kerana Jemaat yang sangat muda ini menampakkan perkembangan yang positif dari masa ke semasa. Terus berdoa untuk jemaat ini agar dapat berkembang sesuai kehendak Tuhan sendiri.

Saturday, July 12, 2008

Pelayanan PCS Labuan Khusus untuk Pelajar KML, UMS-KAL dan ILP Labuan

Inilah wajah Pengerusi Pelajar KML sesi 2008/09; Sdra. Josnee Thomas
Pelajar yang telah berpindah ke Maktab Perguruan Kota Kinabalu; Sdri.LORENICIA FRENILA MASUNDIM

Pelajar KML Batch 2008/9: Sdri. Norlin and Hamy


JAWATANKUASA PELAJAR PCS DI MATRIKULASI LABUAN (KML) 2008/9

PENGERUSI: JOSNE THOMAS

TIM.PENGERUSI: TRACY PRECILLA JASTIN
SETIAUSAHA: RICKSON MAILIN
BENDAHARI: STACY JELNIS

AJK:
1. TERRY H. MADATANG
2. ANJUNRON MAJUNING
3. JACKLIE APIN
4. JUKEPLI AHAU
5. FRISNAH MARANDAN
6. HAMY JOTING
7. NORLIN BUNAWAU
8. BETSY GALAMPAS
9. LORENICIA FRENILA MASUNDIM
10. MIRNAH MAJIDUN


Pelayanan Sekolah Minggu diketuai oleh Sdri. Stacy Jelnis
Kebersihan diketuai oleh Sdra.Josne Thomas
Pelayanan yang dilaksanakan oleh Pelajar-pelajar KML di PCS Labuan adalah seperti berikut;

Pemimpin Kebaktian Belia dan Umum
Persekutuan Doa
Pemahaman Alkitab
Kelas Konfirmasi
Kursus Pemimpin Ibadah dan Penyampaian Khutbah.

PCS Labuan mengucapkan tahniah kepada Cik. LORENICIA FRENILA MASUNDIM
yang telah lulus masuk ke Maktab Perguruan Kota Kinabalu dan masa yang sama kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih atas pelayanan yang telah dilakukannya selama beberapa minggu berbakti di PCS Labuan. Walau pun pada hakikatnya kami memerlukannya dan kami berasa kehilangannya di PCS Labuan tetapi Tuhan tetap menyertainya dan kami doakan semoga kesetiaan dan ketelusannya dalam pelayanan terus diberkati Tuhan. Tuhan juga memelihara dan memberkati pembelajarannya senantiasa.

Monday, July 7, 2008

PCS di bumi dan di syurga

Hari Keluarga PCS Labuan

Kepada Saudara/i ku dalam Kristus Yesus, yang dikasihi dan di hormati.


Silalah membaca Yeremia 1: 2-10;

Saya senang membaca tulisan-tulisan dalam web site PCS dan juga di mana-mana blog anggota PCS. Namun dari sekian banyak mesej satu hal yang saya sangat-sangat tertarik, sehingga saya berdoa untuk itu dan malam selepas saya membacanya saya masih berdoa dan tidak dapat tidur. Apa yang Tuhan mahu saya jawap persoalan itu. This question is touching my heart; I realize that so many friends facing the same case. Bagaimana keanggotaan dan pelayanan kita; bolehkah dua keanggotaan dan pelayanan? Sebelum itu, saya sangat-sangat mohon maaf jika apa yang saya katakan ini mungkin tidak sesuai sama sekali apa lagi menurut kehendak dan rencana Tuhan sendiri, tetapi ini pendapat saya semata-mata, berdasarkan iman saya kepada Tuhan kita Yesus Kristus.

Semasa PCS baru dilahirkan dan memulakan pelayanan pada tahun 1952, saya dan yang seangkatan dengan saya belum dilahirkan. Waktu itu pelayanan PCS bermula di sekitar daerah Kudat yang majoriti anggotanya adalah suku Rungus. Kemudian tahun demi tahun PCS semakin diterima oleh hampir semua suku bumiputera di bahagian Langkon,Bengkoka, Pitas dan Beluran Sandakan. Pada hari ini suku-suku yang ada di dalam gereja kita adalah seperti berikut; Suku Rungus, Tobilung, Kimarangang, Tombonuvo, Sonsogon, Bonggi dan suku-suku campuran. Walau pun PCS adalah gereja yang masih muda pada tahun 1975 tetapi sudah mencapai keanggotaan lebih daripada 20,000 anggota. Pelayanan yang ada pada masa itu dipakai Tuhan luarbiasa sekali. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Allah membuka pelayanan itu ditengah-tengah suku-suku yang menurut dairi Hans Benz akan hanya menunggu masa untuk pupus kerana penyakit bermaharajalela dan kesihatan tidak terurus, banyak yang meninggal begitu saja. Hans Benz kemudian melebarkan sayap pelayanannya kepada suku ini dengan memohon kepada Basel Mission (sekarang mission 21) untuk menghantar misionari bagi suku-suku tersebut dan permohonannya itu diluluskan oleh Basel Mission dan menghantar Honnegger dan isterinya untuk melayani diantara suku-suku tersebut. Mereka inilah yang menyebarkan dan mengistyharkan berita baik kepada orang-orang Rungus, Tobilung, Kimarangang dan Tombonuvo. Mereka mendirikan rumah sakit di Pantai, Sikuati, Dandun dan Tinangol. Juga asrama bagi anak-anak dari kampung tanpa memilih apakah anak itu PCS, SDA atau masih pagan, mereka diterima untuk masuk asrama, yang penting mereka ada peluang untuk belajar.


Saudara/i yang dihormati, pemimpin dahulu sudah memainkan peranan mereka dengan berkesan dihadapan Tuhan, OLEH SEBAB ITU KITA HARUS MENGHORMATI ORANG TUA, ini salah salah satu hukum yang utama dalam hukum sepuluh. Kalau kita menghormati pemimpin; ibubapa, orang lebih tua dan pelopor kita, kita akan panjang umur kita di dunia ini. Sekarang tiba masanya para generasi baru sekarang dipanggil Tuhan untuk memainkan peranannya dalam gereja PCS supaya PCS, yang didirikan Tuhan untuk kita akan panjang umurnya di bumi ini. Saya pasti PCS bukan ditubuhkan oleh Allah untuk sementara waktu sahaja. Jadi mainkan peranan kita dalam PCS untuk kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Kristus.


Pada tahun sekitar 1998/9 semasa kami menghadiri kursus pelayan, banyak yang saya dengar bahawa PCS sudah ada anggota yang bergelar doctor. Kami sangat gembira sekali mengenai perkara itu dan berdoa agar semua akan berjalan dengan baik. Saya tidak begitu ingat tahun bila itu terjadi tetapi peristiwa itu saya ingat dan banyak mengucapkan tahniah kepada keluarga tersebut. Saya ingin katakan disini bahawa, ibu bapa kita, menurut kemampuan, apa yang Tuhan berikan kepada mereka, mereka sudah gunakan semata-mata untuk anak-anaknya, sampai ke akhir hayat mereka. Mereka persembahkan itu dihadapan Tuhan, mereka tidak tahu bagaimana anaknya kemudian, hanya berserah kepada Tuhan; “Tuhan, ini anak kami, perbuatlah menurut kehendak Mu”. Ini doa mereka. Saya berasa keterlaluan saya katakan ini, tetapi kata orang, sejarah itu penting, kerana ia membentuk jati diri. Sekarang dalam hampir semua sektor awam dan swasta sudah ada anggota-anggota PCS yang menjawat jawatan-jawatan dari yang tertinggi sampai ke pengawai rendah...saya imani bahawa Allah tidak membiarkan kita pupus...PCS dipakai Tuhan untuk kelangsungan hidup bangsa-bangsa yang ada dalam PCS ini dibumi hingga sampai ke syurga...


Sekarang saya boleh terus terang mangatakan bahawa semua generasi dalam PCS yang dilahirkan dalam keluarga Kristian denominasi PCS adalah anggota tulin PCS kerana kita dilahirkan dalam PCS, inilah gereja kita, dimana ibu bapa kita membawa kita ke sekolah minggu semasa kecil dulu, pada masa belia dan remaja. Sekarang kita sudah dewasa, tiba masa kita memainkan peranan membawa keluarga sendiri dan anak-anak kita ke gereja kita sendiri PCS. Yang masih ragu-ragu teruskan berdoa, jadi menurut saya jawapan atas pertanyaan, apakah boleh kalau seorang ada dua keanggotaan gereja dan pelayanan. Jawapan untuk keanggotaan; Kita coba bayangkan satu orang menaiki dua perahu, bagaimana susahnya keadaan itu dan apa yang bakal akan terjadi? Saya berpendapat begini, kita melayani boleh dimana-mana gereja tetapi ambillah keputusan untuk menjadi anggota gereja di satu denominasi. Di gereja itulah kita menjadi anggotanya dan kepada gereja itulah kita berbakti. Ini hakiki. Mungkin kita ada persoalan; Tapi bukan gereja asal saya ini yang membawa saya kepada Yesus atau membuka mata rohani saya untuk kenal Yesus dan menerima-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat. Saudara/i, bersyukurlah kepada Tuhan kerana Tuhan memakai gereja lain untuk membangunkan rohani kita dan itu masih wajar, gereja itu telah melaksanakan kehendak Tuhan dalam hidup kita. Meski pun demikian gereja di mana kita dilahirkan itulah gereja yang Tuhan tetapkan bagi kita. Dia memanggil kita untuk lahir, membesar, dan menjadi pelayan Tuhan dalam gereja yang ditentukannya dari semula. Tuhan nanti datang tanya kita, “Aku menetapkan kamu dalam gereja PCS untuk dapat membangunkan gereja Ku ini, tetapi mengapa sekarang kamu lari dari panggilan mu yang asal?”. Jawapannya terpulang kepada individu, mungkin, “Oh, kerana saya kahwin dengan anggota gereja ini” (mungkin jika pihak PCS adalah perempuan sebab wajar mengikuti suami tetapi bagaimana dengan suami yang PCS sebagai Ketua dalam Keluarga?) atau “Ya, kerana tidak ada gereja asal saya ditempat ini”( Apakah mungkin Tuhan menempatkan kamu ditempat yang tidak ada PCS untuk kamu boleh dipakai Tuhan membuka pelayanan PCS ditempat itu?).


Dalam gereja PCS, SIB, BCCM, Anglikan, Pentakosta, Roman Khatolik dan sebagainya, ada masyarakat, bangsa-bangsa dan orang-orang yang dipanggil oleh Tuhan khusus untuk masing-masing gereja tersebut menjadi anggotanya. Kandang kita PCS, kita yang dipanggil Tuhan untuk menjadi domba-domba dalam PCS, kita punya padang ragut sendiri yang ditetapkan oleh Tuhan sebagai Gembala Agung kita, mengapa kita meragut ditempat lain atau masuk ke kandang yang bukan kita ditempatkan pada mulanya, kecoh kita nanti..selagi kita di dalam dunia fana ini kita takluk kepada peraturan dan panggilan Tuhan ini untuk kita. Di Syurga lainlah, sebab di sana kita sudah disempurnakan oleh Allah dan Allah sendiri yang menjadi raja bagi kita.


Jadi ini pendapat saya menurut iman percaya saya melalui Yeremia 1: 2 - 10. Saya sekali lagi minta ampun dan maaf kalau ini menyakitkan atau menyinggung perasaan hati sesiapa sahaja secara peribadi mahu pun seisi keluarga. Tetapi itu bukan maksud kita, jauh dilubuk hati saya, kita ingin melihat anak-anak Tuhan dalam PCS tidak kira dari mana sukunya, apa pun latarbelakang pendidikan dan hidupnya, mari kita tampil di hadapan Tuhan dan bersama-samalah kita merawat, memelihara dan membangunkan gereja yang diamanatkan oleh Tuhan ini kepada kita semua. Akhir sekali PCS tetap membebaskan kita untuk terus berdoa, keputusan ada di tangan kita, apakah kita setia kepada PCS atau sebaliknya. Tetapi Tuhan memerlukan kita berada terus dan melayani dalam PCS dan saya tetap merayu sekali lagi jangan tinggalkan gereja ini dengan kekurangan-kekuranganya dan kelemahan-kelemahannya, janganlah tuntut yang lemah atau yang kurang sempurna itu, mengubah dirinya sendiri tetapi marilah kita bersama-sama menjadi alat Tuhan bagi pemangkin perubahan, pembaharuan dan pembangunan PCS. Bagaimana pun alasan kita jangan tinggalkan PCS, tetapi marilah setia kepada Tuhan dalam membawa gereja ini bagi kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus.…Tuhan memberkati kamu. Amin.

Pengendali Blog