Monday, February 9, 2009

PCS Parokhi Sikuati Bagi Kemuliaan Mu...Yesus...

Salam kasih di dalam nama Tuhan Yesus Kristus...bertemu sekali lagi di dalam blog ini. Harap maaf kerana terlalu lama menyepi dan inilah posting pertama saya dalam blog ini pada tahun 2009 ini.

Puji dan syukur kepada Tuhan kerana kami sekeluarga telah pun berada di Stesen PCS Parokhi Sikuati dan sudah pun mula berkenalan dengan para pemimpin jemaat dan anggota jemaat seluruh Parokhi Sikuati.

Parokhi Sikuati sebagai Pilot Project untuk pelaksanaan penstrukturan baru PCS kian rancak dilaksanakan. Namun pada 31hb.Januari yang lalu Presiden telah datang di dalam Seminar Kepimpinan Parokhi Sikuati telah menyampaikan keputusan EXCO bahawa pelaksanaannya telah dibekukan buat sementara waktu untuk menunggu satu garis panduan yang dikeluarkan oleh EXCO.

Saya sangat perlu memahami perjalanan program pelaksanaan penstrukturan baru ini. Saya juga sangat minat untuk melihat pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar. Saya juga berasa walaupun bukan 100% Jemaah-Jemaah di Parokhi Sikuati telah bersedia dan telah mengikuti segala peraturan dan ssyarat-syarat penstrukturan ini namun semua jemaah nampaknya menerima rencana dan pelaksanaannya dengan baik sekali. Namun masa yang sama saya boleh katakan semua peringkat tidak dapat bersedia dengan baik, hanya mahu melaksanakan tetapi belum cukup tertib dan lengkap pelaksanaannya. Satu yang jelas dari kerumitan adalah kos pelaksanaan Pilot Projek ini tidak dapat dipastikan dengan tepat dan saya juga berasa PROSES/PROGRAM PELAKSANAANNYA BELUM CUKUP MATANG. Hanya ini saja yang kekuranganya tetapi secara keseluruhannya masih sangat baik dan memberangsangkan dan kekurangan ini pun tidaklah terlalu rumit untuk dibincangkan bersama dengan EXCO dan Majlis Parokhi Sikuati. Persefahaman dan komunikasi yang tulus, jujur dan terbuka sangat-sangatlah penting bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar untuk kemajuan pelayanan PCS dan bagi kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus.

Untuk masa akan datang ini bila ada garis panduan yang baru dari EXCO, lebih baik EXCO bersama dengan Majlis Parokhi mendalaminya lebih dahulu dan dalam masa yang sama melaksanakannya. Untuk beberapa ketika ini EXCO boleh menjadi monitoring pelaksanaan ini dan dalam masa yang sama Majlis Parokhi adalah pelaksana di lapangan. Harus ada saluran komunikasi yang jelas dan tempat perkongsian pendapat yang konsisten bagi membincangkan isu-isu semasa yang timbul dari pelaksanaan struktur baru ini. Kita tidak dapat berpandukan 100% kepada orang-perseorangan malah ini akan merumitkan lagi pelaksanaannya, apa pun jenis struktur yang kita implementasikan nanti harus ada meja bulat bersama EXCO dan Parokhi berkenaan.

Tuhan memberkati kita semua. Amin

Pengendali Blog