Tuesday, June 12, 2012

AHLI EXCO PCS BAGI PERIOD 2012 - 2016

CARTA ORGANISASI DAN TUGAS-TUGAS EXCO PCS 2012 - 2016.




1. Sturktur Organisasi.

Corak pentadbiran gereja ada beberapa jenis, di antaranya Presbyteries, Episcopal, Congregational, Independent Chruch dan sebagainya. Inilah yang mencorakkan sesebuah denominasi dalam mengatur pemerintahannya. Dalam pada itu PCS telah menetapkan bahwa System Presbeterial Sinodal adalah suatu system yang membolehkan PCS dapat terus berdiri sebagai satu organisasi yang berpusat dan mengamalkan corak pengambilan keputusan secara ‘bottom-up’. Gereja PCS akan mengambil segala kaedah-kaedah perkhidmatan yang lebih mengarah kepada pemberian kuasa dan keputusan berdasarkan kepada suara Jemaah, setelah itu apa yang diputuskan oleh Majlis Jemaah akan disampaikan kepada persidangan Parokhi dan seterusnya ke PCS Pusat dan ke dalam Persidangan Synod. Dengan ini, organisasi kita adalah TETAP BERPUSAT namun memberikan KUASA OTONOMI kepada semua Bidang-bidang, parokhi dan jemaah unutk dapat menjadikan gereja mencapai visi dan misi kita iaitu "GEREJA MANDIRI DAN MISIONAR.

2. Sturktur Pentadbiran PCS Pusat.

Dalam struktur PCS, EXCO adalah penanggungjawab kepada semua keputusan-keputusan yang diputuskan oleh wakil-wakil dari parokhi dan Jemaah di dalam Persidangan Synod. Dalam struktur organisasi ini tanggungjawab tersebut tidak diabaikan, namun masa yang sama EXCO ini adalah sebagai pengawas untuk semua program PCS. EXCO harus mempastikan bahwa semua keputusan-keputusan synod telah dilaksanakan melalui BPH PCS Pusat, Bidang-Bidang di dalam EXCO, Pelayanan Wanita, Belia dan Sekolah Minggu. Dalam mesyuarat EXCO, BPH, semua ketua bidang dan ketua pelayanan akan hadir bersama dan akan mengevaluasi, melihat dan menilai bersama keberkesanan pelaksanaan dan memperbaiki mana-mana program yang masih diperlukan tetapi tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Juga membuang mana-mana program yang tidak sesuai lagi atau tidak sesuai dengan tujuannya. Oleh sebab itu untuk struktur ini, EXCO memberikan kuasa otonomi kepada semua BPH, bidang-bidang dan pelayanan wanita, belia dan sekolah minggu, untuk buat keputusan dan melaksanakannya sendiri dan perlu melaporkannya kepada EXCO untuk EXCO dapat memikirkan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkenaan sebelum menyerahkannya kembali kepada pelaksana program.

3. The Member of BPH PCS.

EXCO PCS adalah terdiri daripada 15 ahli anggota. Mereka ini sebagian besar dipilih oleh sidang synod dan 4 daripadanya dilantik. Untuk period 2012 – 2016 kedudukan EXCO PCS adalah seperti berikut;

Full time worker:

President: Rev.Jensey Mojuin
Deputy President: Rev. Christiopher H. Ogodong
General Secretary: Rev. Daniel Oduhau
Assistant G. Secretary: Rev.Efejus Rudin
Treasurer: Rev. Noriah Majaman (dilantik)
4. The Member of PCS EXCO.

1. Rev.Jastin Jiran

2. Rev.Justin Sansalu

3. Rev.Torido Rumanggong

4. Dr. Paul Porodong

5. Dr.Samuel Mopun 6. Tn.Thomas Arinjamal

7. Tn.Mathius Alok

8. Mdm. Inobunga Bidin (dilantik)

9. Mdm.Rosiah Dayou (dilantik)

10. Mr. Jasman J. Abui (dilantik)


PEMBAGIAN TUGAS AHLI BPH DAN EXCO PCS.

Presiden: Rev. Jensey Mojuin (Ketua Denominasi & Ketua Oikumeni: Kerohanian)

Tim.Presiden: Rev.Christhoper H. Ogodong (Pendeta Parokhi: Ketua Pembinaan Warga Gereja)

Setiausaha Umum: Rev.Daniel Oduhau (Ketua Pentadbiran: Pejabat Pusat)

Pen.Setiauahsa: Rev.Efejus Rudin (Pendeta Parokhi: Ketua Kesaksian Dan Pelayanan)

Bendahari Umum: Tpk.Noriah Majaman (Pengurusan Kewangan)

Ahli EXCO:

1. Rev. Torido Rumanggong (Pendeta Jemaah: Ekonomi & Kewangan)

2. Rev.Jastin Jiran (Pendeta Jemaah: Pembinaan Warga Gereja)

3. Rev.Justin Sansalu (Pendeta Jemaah: Intergrasi Komuniti)

4. Dr.Paul Porodong (Ketua Bidang: Penyelidikan dan Pembangunan)

5. Dr.Samuel Mopun (Ketua Bidang: Ekonomi dan Kewangan)

6. Tn.Thomas Arinjamal Monginjal (Ketua Bidang: Integrasi Komuniti)

7. Tn.Mathius Alok (Ketua Bidang: Keprihatinan Sosial)

Dilantik:

8. Pn. Rosiah Dayou (Pengarah: Sekolah Minggu)

9. Pn.Inobunga Bidin (Pengarah: Wanita)

10. Ev.Jasman A. Adsi (Pengarah: Belia)

A. Tugas-tugas Badan Pelaksana Harian (BPH) Synod.

Tugas Umum.

1. Melaksanakan keputusan-keputusan Sidang Synod.

2. Bertanggungjawab menangani dan menyelesaikan masalah-masalah dan perkara-perkara yang muncul di luar keputusan sidang synod, dalam dan luar gereja, hubungan dengan agama lain, masyarakat, kerajaan dan swasta yang memerlukan pertimbangan segera.

3. Menjadi wakil dari Synod (PCS Pusat), baik di dalam mahu pun di dalam gereja dan di dalam dan di luar Negara.

4. Menyediakan Rencana Strategi PCS Pusat untuk dibentangkan ke Persidangan Synod akan datang.

5. Mempersiapkan struktur organisasi EXCO untuk dibentangkan dalam Sidang Synod akan datang, itu pun jika perlu ada perubahan dalam struktur sedia ada.

6. Menyediakan laporan EXCO bagi perkembangan keseluruhan PCS untuk dua tahun sebelum Sidang Synod terkini. Laporan hendalah meliputi pelaksanaan dan keberhasilan; BPH, Bidang-bidang dan Pelayanan Belia, Wanita dan Sekolah Minggu. Juga laporan-laporan lain yang dikira sangat perlu seperti kewangan yang telah diaudit, projek-projek tertentu yang diluar mana-mana bidang dan laporan atas permintaan ahli-ahli sidang perwakilan synod.

Tugas Khusus.

1. Presiden/Tim.Presiden.

a. Ketua Denominasi, Bishop/Ketua Pendeta, Oikumeni dan Penaung segala Bidang dan Program Pelayanan PCS di peringkat PCS Pusat.

b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan segala keputusan Synode dan EXCO.

c. Mengatur dan menyelia tugas-tugas EXCO.

d. Bertanggungjawab dalam mengambil keputusan yang mendesak dan melaksanakan tugas-tugas khusus yang muncul ditengah-tengah perjalanan pelayanan.

e. Mengatur, menyelia dan mempastikan penyusunan laporan oleh EXCO ke persidangan Synod dapat dilaksanakan dengan baik.

f. Menjadi wakil EXCO PCS ke mesyuarat-mesyuarat, pertemuan-pertemuan dan acara-acara di dalam mahu pun diluar Negara, yang berkaitan dengan gereja mahu pun masyarakat.

g. Menerima laporan dan mempastikan semua tugas-tugas EXCO dan bidang-bidang di dalam EXCO dapat dilaksanakan dengan baik.

2. Setiausaha dan Pen.Setiausaha.

a. Ketua Pentadbiran Ibu Pejabat PCS Pusat.

b. Bersama dengan Presiden dalam bertanggungjawab melaksanakan segala keputusan Synode dan EXCO.

c. Merencanakan, mengatur dan menyelia tugas-tugas di Ibu Pejabat PCS sebagai Ketua Pentadbiran Ibu Pejabat.

d. Mencatat, menyimpan dan mempastikan Minit Mesyuarat EXCO dan BPH dapat diproses sesuai keperluannya.

e. Mengurus, menjaga, menyimpan dan memproses dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pentadbiran PCS keseluruhan dan EXCO PCS. Ini termasuklah Dokumen Program, Dokumen Organisasi, Dokumen Pelaksana Tugas EXCO, Dokumen Evaluasi Program PCS Pusat, Dokumen Laporan EXCO dan Dokumen yang ada kaitan dengan PCS.

f. Bersama-sama dengan Presiden dalam bertanggungjawab dalam mengambil keputusan yang mendesak dan melaksanakan tugas-tugas khusus yang muncul ditengah-tengah perjalanan pelayanan.

g. Bersama-sama dengan Presiden, melakukan tugas-tugas kesetiausahaan di pejabat Pusat yang berkaitan dengan administrasi umum dan kewangan.

h. Melaksanakan dan mempastikan penyusunan laporan oleh EXCO ke persidangan Synod dapat disediakan dengan baik.

i. Menjadi wakil EXCO PCS ke mesyuarat-mesyuarat, pertemuan-pertemuan dan acara-acara di dalam mahu pun diluar Negara, yang berkaitan dengan gereja mahu pun kemasyarakatan.

3. Bendahari.

a. Pengurus Kewangan PCS Pusat.

b. Perencanaan sumber, bajet dan evaluasi kewangan.

c. Bersama-sama dengan Task Force Kemandirian Jemaah diperingkat PCS Pusat dalam mengelalo dan mengembangkan kewangan Jemaah dalam usaha mencapai kemandiriannya.

d. Melaporkan pelaksanaan tugas dan kedudukan terkini kewangan Pusat kepada Presiden dan EXCO.

B. Program-program dan tugas-tugas yang termasuk di dalam setiap bidang di dalam EXCO.

1. Bidang Pembinaan Warga Gereja.

a. Pengerusi Badan Pendeta PCS.

b. Pengambilan dan Latihan Kependetaan PCS.

c. Penyediaan Material Ajaran-Ajaran PCS; Pokok-pokok ajaran PCS, Pengajaran Baptisan, Kaunseling Pra-nikah, Liturgi PCS dan Pembimbing Pengkhutbah PCS.

d. Merencanakan dan melaksanakan kegiatan-kegiatan PWG; Penyegaran Iman, Seminar/Bengkel Penggembalaan, Kursus Kaunseling Pra-nikah, Bengkel Pembimbing Pengkhutbah PCS, dsb yang berkaitan dengan meningkatkan kualiti para Pendeta PCS dan Iman anggota Jemaah.

e. Membuat laporan kepada Presiden dan EXCO.



2. Bidang Kesaksian dan pelayanan.

a. Pengurus Pusat Pendidikan Teologi (PPT)/Pusat Latihan Alkitab (PLA).

b. Pengerusi Biasiswa Teologi PCS.

c. Penyelia Sekolah-sekolah PCS; SRK Tinangol, SRK Lodung, SRK Lajung.

d. Membuat laporan kepada Presiden dan EXCO.



3. Bidang Penyelidikan dan Pembangunan

a. Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia.

b. Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Daya Manusia, Ekonomi dan Teologi.

c. Berkerjasama dengan bidang-bidang yang lain dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan.

d. Pengurusan Biasiswa Akademik PCS.

e. Menyediakan Proposal dan Laporan PCS Pusat yang berkaitan dengan R&D PCS.

f. Membuat laporan kepada Presiden dan EXCO.



4. Bidang Ekonomi dan Kewangan

a. Pengerusi Yayasan/Koperasi Pembangunan PCS

b. Mempastikan sumber dan kedudukan kewangan PCS dalam keadaan yang stabil.

c. Mencari dan menyediakan sumber kewangan bagi PCS.

d. Mengurus dan mengusahakan segala asset PCS untuk tujuan komersial;

1. Tanah dan Pertanian

2. Bangunan dan Sewaan

3. Perniagaan; Petronas, Nizuw Industri di Sikuati dan Yayasan atau Koperasi.

e. Membuat laporan kepada Presiden dan EXCO.



5. Bidang Integrasi Komuniti

a. Membuat dan memelihara hubungan dengan PCS dan pihak Kerajaan; Daerah, negeri dan persekutuan, persatuan-persatuan dan agensi-agensi kerajaan mahu pun swasta.

b. Hubungan dengan masyarakat di dalam dan luar gereja; pengerusi JKKK, Ketua Kampung dan anggota masyarakat.

c. Program bersama Gereja dan masyarakat.

d. Membuat laporan kepada Presiden dan EXCO.



6. Bidang Keprihatinan Sosial

a. Pengerusi Asrama-Asrama PCS

b. Bertanggungjawab dalam menangani bagi pihak gereja seperti, pengurusan bantuan bencana alam, derma darah dan organ, dan yang ada kaitan dengan kerja-kerja social; kaunseling kekeluargaan, keganasan rumahtangga dan pemulihan dalam komuniti.

c. Wakil EXCO bagi pengurusan, pembangunan dan penyelenggaraan Asrama-asrama PCS.

d. Program pemuliharaan alam sekitar.

e. HIV AIDS

f. Orang Kelainan Upaya (OKU)

g. Kebajikan

h. Melaporkan kepada Presiden dan EXCO.



7. Pengarah Sekolah Minggu PCS

a. Pengerusi Tadika PCS.

b. Tugas-tugasnya merangkumi penyeliaan dan penyelenggaraan program dan aktiviti yang ada hubungan langsung dengan pelaksanaan pelayanan sekolah minggu di PCS.

c. Mempastikan peraturan, kurikulum pelajaran disediakan dan diedarkan kepada semua gereja-gereja untuk dilaksanakan. Mempastikan juga semua aktiviti kelas sekolah minggu di seluruh PCS dapat berjalan dengan baik.

d. Bekerjasama dengan AJK Pelayanan Sekolah Minggu Pusat dalam merancang program Pelayanan Sekolah Minggu, mentadbir dan melaksanakan program Pelayanan Sekolah Minggu PCS.

e. Menyampaikan laporan kepada Presiden dan EXCO PCS Pusat.

8. Pengarah Wanita PCS

a. Pengerusi Pusat Pembangunan Wanita PCS (PPW)

b. Tugas-tugasnya merangkumi penyeliaan dan penyelenggaraan program dan aktiviti yang ada hubungan langsung dengan pelaksanaan pelayanan wanita di PCS.

c. Mempastikan peraturan, juga semua aktiviti wanita di seluruh PCS dapat berjalan dengan baik.

d. Bekerjasama dengan AJK Wanita Pusat dalam merancang program Wanita PCS, mentadbir dan melaksanakan program tersebut sesuai keputusan Wanita PCS Pusat.

e. Menyampaikan laporan kepada Presiden dan EXCO PCS Pusat.

9. Pengarah Belia PCS.

a. Pengerusi Pusat Retreat PCS.

b. Tugas-tugasnya merangkumi penyeliaan dan penyelenggaraan program dan aktiviti yang ada hubungan langsung dengan pelaksanaan pelayanan Persekutuan Belia PCS.

c. Mempastikan peraturan, susunan kurikulum pelajaran disediakan dan diedarkan kepada semua gereja-gereja untuk dilaksanakan. Mempastikan juga semua aktiviti Persekutuan Belia di seluruh PCS dapat berjalan dengan baik.

d. Bekerjasama dengan AJK Persekutuan Belia PCS Pusat dalam merancang program Pelayanan Belia, mentadbir dan melaksanakan program Pelayanan Persekutuan Belia PCS.

e. Menyampaikan laporan kepada Presiden dan EXCO PCS Pusat.

10. Tugas dan Peranan Juru Audit

a. Terkandung di dalam Perlembaggan PCS 1967 (Pindaan 1992) Fasal 55 (1 – 4).

b. Melaporkan semua hasil audit kepada Presiden dan EXCO.

11. Badan Penasihat/Tatatertib PCS.

a. Terkandung di dalam Perlembagaan PCS 1967 Pindaan 1992 fasal 56 (1 – 4).

b. Melaporkan semua perkara yang dipertanggungjawabkan kepada Presiden dan EXCO.

12. Lembaga Pemegang Amanah.

a. Pemilihan dan tanggungjawabnya diputuskan dalam persidangan synod umum PCS.

b. Hal-hal LPA PCS dan tugas keseluruhanya diterangkan di dalam Perlembagaan PCS 1967 pindaan 1992 fasal 54 (1 – 4).

Penutup.

Semoga dengan adanya penjelasan singkat dan struktur pentadbiran dan orangisasi PCS Pusat dan EXCO akan dapat membantu pelayanan PCS berjalan dengan lancer sehingga mencdapai objektif pelayanan PCS keseluruhannya.

Sekian dan terimakasih.

Pengendali Blog