Friday, September 23, 2011

Penyediaan Profile Jemaat Mandiri dan Pos Jemaat Parokhi Sikuati

FORMAT PENYEDIAAN PROFIL GEREJA

01.

PENDAHULUAN

-menyentuh tentang sedikit perkembangan gereja secara keseluruhan.

-perkembangan pelayanan di Parokhi Sikuati

-perkembangan pelayanan di Gereja setempat.

-kegunaan profail ini kepada gereja.

2.

SEJARAH PENUBUHAN / PERMULAAN GEREJA (SEJARAH SINGKAT)

-Menerangkan secara ringkat sejarah penubuhan gereja

-tahun bila dimulakan dan siapa orang/keluarga terawal menerima kemasukan Kristian.

-siapa pemimpin dan penginjil terawal di Gereja

-apakah jenis-jenis pelayanan yang terawal dilaksanakan.

3.

VISI DAN MISI GEREJA

- apakah visi gereja ini; apakah yang ingin dicapai oleh AJKG untuk beberapa tahun ini 2009-2012.

- apakah misi dalam gereja ini; apa yang harus ada di dalam gereja ini untuk mecapai visi gereja ini.

4.

OBJEKTIF

-apakah yang diharapkan dapat terjadi jika visi dan misi ini dapat dicapai.

-siapakah kelompok sasaran bagi pelayanan gereja ini; kanak-kanak, dewasa, lelaki dan perempuan.

5.

CARTA ORGANISASI

i. AJKG

ii. AJK BAPA

iii. WANITA

iv. BELIA

v. PSM

6.

SENARAI ANGGOTA JEMAAT / GEREJA (Terkini).

-setiap keluarga; ibubapa, anak-anak, yang sudah dan belum dibaptis; tahap pendidikan dan jenis kelulusan akademik/teologi dan pekerjaan serta apa jawatan di dalam kerajaan/swasta dan gereja.

7.

SEJARAH KEWANGAN DAN PERKEMBANGAN (Terkini)

-apakah jenis sumber-sumber kewangan gereja dahulu dan sekarang ini.

-bagaimana pengurusan kewangan dahulu dan sekarang.

-Laporan Kewangan 2008 dan Bajet Kewangan 2010 (2 Tahun)

8.

PROGRAM PEMBANGUNAN, PELAYANAN DAN KEMANDIRIAN JEMAAT

-apakah pelayanan-pelayanan yang dilaksanakan sekarang dan dua tahun akan datang ini.

-Apakah langkah-langkah atau usaha-usaha gereja untuk mencapai kemandiriannya.

-Apakah yang diharapkan ada dalam Jemaatnya, bila menjadi Jemaat Mandiri

9.

PENUTUP.

-ucapan terimakasih dan penghargaan.

10.

LAMPIRAN

i. Peta kedudukan gereja dan kampung berkenaan

ii. Gambar-gambar Ahli Jawatankuasa Gereja, Wanita, Belia dan PSM.

iii. Salinan Akaun Gereja; depan dan muka surat transaksi terakhir.

iv. Salinan Harta Gerja

v. Lain-lain

Disediakan Oleh Pejabat Parokhi Sikuati

16hb.Ogos 2009

Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Parokhi Sikuati 2011-2013

Ahli Jawatankuasa Parokhi Sikuati untuk Sesi 2009 -2011

Gembala/Ketua Pendeta Parokhi: Pdt.Daniel Oduhau

Pengerusi: Tpk.Asoi Ondong

Tim. Pengerusi: En.Au Vun Phau Amansai

Setiausaha : Pn.Wellin Esada

Pen.Setiausaha: En.Joffin Oningkak

Bendahari : En.Radzin Mosingkan

Ahli:

Pdt. Jastin @ Justin Jiran -Pembinaan Warga Gereja

P.Tpk. Onius Tamaki -Kesaksian dan Pelayanan

En.Manuel Akiun -Penyelidikan dan Pembangunan

En.Joniun Atajau -Ekonomi dan Kewangan

Pdt.Edward Modirim Mongurug -Intergrasi Komuniti

En.Charles Osingko -Sukan dan Rekreasi

En.Jainal Amambing -Tugas-tugas khas

En.Jominit Kenzin -Tugas-tugas khas

En.Stephen Yaranli -Tugas-tugas khas

En.Mojuning Bidin -Tugas-tugas khas

Penjelasan Tugas;

Tugas Umum AJK Parokhi;

  1. Melaksanakan segala keputusan Mesyuarat Agung Parokhi berdasarkan Perlembagaan dan Tata Gereja PCS.
  2. Menangani masalah-masalah yang muncul di luar amanat persidangan Parokhi, baik di dalam AJK Parokhi itu sendiri mahu pun di jemaah-jemaah serta di masyarakat umumnya yang ada kaitan dengan agama lain dan juga kerajaan.
  3. Menjadi wakil di dalam Persidangan Sinode Umum PCS
  4. Mempersiapkan program atau perencanaan, dan agenda Parokhi untuk dibawah dan diluluskan di dalam satu-satu persidangan atau mesyuarat Agung Parokhi.
  5. Mengatur segala bentuk keperluan, AJK Pelaksana dan sebagainya dalam menganjurkan Mesyuarat Agung khas atau tergempar mahu pun yang dilaksanakan secara rutin.
  6. Melaporkan semua kegiatan yang ditangani oleh AJK Parokhi kepada Mesyuarat Agung Parokhi dan ke Persidangan Sinode.

  1. Pendeta Parokhi;
    1. Melaksanakan segala bentuk pelayanan penggembalaan dengan dibantu oleh Jawatankuasa Parokhi, Gembala Sidang, Pembantu-pembantu gembala dan Jawatankuasa Jemaat masing-masing.
    2. Mempengerusikan mesyuarat Pendeta-Pendeta Jemaat Penuh Masa.
    3. Melaksanakan program yang diarahkan oleh PCS Pusat dan Persidangan Parokhi.
    4. Melaporkan kegiatan pelayanan penggembalaan kepada PCS Pusat.
    5. Melaksanakan tugas pentadbiran dan pengurusan harian Parokhi di Pejabat Parokhi Sikuati.
    6. Menjadi wakil Parokhi ke Sidang Sinode dan pertemuan-pertemuan di dalam mahu pun di luar Parokhi Sikuati.

  1. Pengerusi dan Tim.Pengerusi

    1. Bertanggungjawab membawa Ahli Jawatankuasa Parokhi untuk melaksanakan tugas yang diputuskan dalam Persidangan Parokhi.
    2. Mengatur tugas-tugas AJK Parokhi yang meliputi perencanaan, pengorganisasian, pelaksanaan aktiviti, evalusai dan membuat laporan.
    3. Mengatur tugas-tugas dan aktiviti-aktiviti yang dikira mendesak untuk dilaksanakan oleh AJK Parokhi di dalam pelayanan Parokhi.
    4. Mempastikan penyusunan laporan ke Mesyuarat Agung Parokhi dan Sidang Sinode dapat dilaksanakan.
    5. Menjadi wakil Parokhi ke pertemuan-pertemuan gereja di dalam mahu pun di luar gereja.

  1. Setiausaha dan Penolong Setiausaha
    1. Membantu Pengerusi dan Jawatankuasa dalam menyiapkan kertas kerja-kertas kerja dan pelaksanaan aktiviti Ahli Jawatankuasa Parokhi
    2. Melaksanakan tugas-tugas pejabat Parokhi yang berkaitan dengan AJK Parokhi dan Pentadbiran Parokhi Sikuati.
    3. Merumuskan, menyiapkan dan menyimpan data-data Mesyuarat Agung Parokhi yang ada kaitannya dengan pengorganisasian, pelaksanaan keputusan dan penyusunan fail atau system file yang teratur dan menyenangkan data-data/minit-minit dan surat-menyurat disimpan dan dapat dicari dengan mudah.
    4. Menyimpan dan menyusun dokumen-dokumen AJK Parokhi yang meliputi dokumen perencanaan, Dokumen Pengorganisasian, Dokumen Pelaksanaan Tugas AJK Parokhi, Dokumen Evaluasi Kegiatan dan Dokumen Laporan Parokhi ke Sidang Sinode.
    5. Menangani perencanaan, meningkatkan keupayaan, melatih dan memperhatikan kelancaran kerja-kerja di Pejabat Parokhi.
    6. Dibantu oleh Pendeta dan Pengerusi Parokhi dalam melaksanakan tugas-tugas kesetiausahan yang berkaitan dengan administrasi keseluruhan dan administrasi kewangan Parokhi.

  1. Bendahari
    1. Mengelola kewangan Parokhi dengan mencari dan merencanakan peningkatan kewangan dan sumber yang lain yang sesuai dengan pelayanan gereja.
    2. Menetapkan peraturan-peraturan kewangan yang terbaik dan menyusun pengorganisasian kewangan, mempastikan ketepatan penerimaan dan perbelanjaan kewangan dan mengevaluasi kewangan Parokhi.
    3. Membimbing dan memberikan pandangan atau saranan kepada Bidang Ekonomi dan Kewangan Parokhi dalam mengelola dan mengembangkan usaha-usaha Parokhi dalam memantapkan Kewangan Parokhi.
    4. Melaporkan pelaksanaan tugas kewangan kepada Pendeta Parokhi jika diperlukan.
    5. Membuat laporan kewangan kepada Ahli Jawatankuasa Parokhi bilamana diperlukan semasa mesyuarat diadakan.
    6. Bertanggungjawab dalam melaksanakan peraturan pengurusan kewangan di peringkat Parokhi dan jemaat di seluruh Parokhi.

  1. Bidang Pembinaan Warga Gereja (PWG)
    1. Membuat program bagi latihan, kursus dan seminar para pemimpin, penginjil, Pendeta dan Tumpuk, Belia, Wanita dan Pelayanan Sekolah Minggu.
    2. Melaksanakan pelajaran pembinaan warga gereja; Katekisasi (Pelajaran Baptisan) dan Peneguhan (Konfirmasi).
    3. Menganjurkan Seminar Kepimpinan, Penyegaran Iman atau Kebaktian Kebangunan Rohani dan Kelas Pemuridan/Pemahaman Alkitab.
    4. Bekerjasama dengan bidang-bidang pelayanan yang lain dalam segala pengendalian yang berkaitan dengan pembinaan warga gereja di peringkat Parokhi dan jemaat.
    5. Membuat laporan, evaluasi dan penambahbaikan pelaksanaan tugasnya kepada AJK Parokhi.

  1. Bidang Kesaksian dan Pelayanan Misi
    1. Membuat perencanaan dan tindakan-lanjut dalam semua bentuk-bentuk buah-buah pemberitaan penyelamatan Allah.
    2. Bekerjasama dalam meningkatkan tahap kesihatan, kebersihan dan menangani masalah sosial dan alam sekitar.
    3. Mendorong dan membimbing serta menghantar belia-belia yang berasa terpanggil untuk belajar secara separuh masa mahu pun penuh masa di Pusat Latihan Alkitab dan Seminari-seminari yang diiktiraf oleh gereja.
    4. Mempastikan kebajikan dan keperluan para pelajar teologi dapat dipenuhi oleh jemaat yang menghantarnya ke PLA mahu pun seminari.
    5. Melibatkan diri dan menganjurkan kempen derma darah, kebersihan bandar dan gotong-royong kemasyarakatan.
    6. Membuat laporan, evaluasi dan penambahbaikan tugasnya kepada AJK Parokhi.

  1. Bidang Ekonomi dan Kewangan
    1. Membuat perencanaan dan melaksanakan segala bentuk menetapkan sumber-sumber kewangan parokhi.
    2. Bekerjasama dengan Bendahari Parokhi dalam mengelola sumber-sumber kewangan Parokhi.
    3. Mendorong dan membimbing jemaat-jemaat dan gereja-gereja agar tanah-tanah dan rumah-rumah milik gereja di kawasan Parokhi untuk diusahakan dengan baik.
    4. Mengusahakan tanah-tanah milik PCS di Parokhi Sikuati untuk tanaman yang dapat menghasilkan kewangan untuk Parokhi.
    5. Membuat laporan, evaluasi dan cadangan penambahbaikan kepada AJK Parokhi.

  1. Bidang Penyelidikan dan Pembangunan
    1. Mendapatkan dan mendokumentasikan data-data setiap jemaat untuk kegunaan keseluruhan bidang-bidang di Parokhi Sikuati dan oleh jemaat-jemaat dan gereja-gereja yang berkenaan.
    2. Menyelidiki satu-satu peraturan yang akan dilaksanakan di dalam gereja Tuhan di seluruh Parokhi Sikuati
    3. Menyelidiki dan melaksanakan kaedah-kaedah pelayanan penggembalaan, penstrukturan dan pengurusan pentadbiran dan kewangan yang baru.
    4. Pelayanan melalui internet dan yang berkaitan dengannya.
    5. Melaporkan, evaluasi dan mencadangkan penambahbaikan tugasnya kepada AJK Parokhi.

  1. Bidang Intergrasi Komuniti
    1. Menangani masalah-masalah kebersamaan dan hubungan kerjasama, baik di dalam gereja mahu pun di luar gereja.
    2. Bekerjasama dengan denominasi atau gereja-gereja lain dalam menangani masalah bersama.
    3. Mempunyai kerjasama dengan ketua-ketua kampung atau pun institusi masyarakat yang ada kaitan dengan gereja.
    4. Menjaga keharmonian kehidupan beragama.
    5. Bekerjasama dengan bidang-bidang yang lain dalam melaksanakan pelayanannya.
    6. Membuat laporan, evaluasi dan penambahbaikan pelaksanaan tugasnya kepada AJK Parokhi.

  1. Bidang Sukan dan Rekreasi
    1. Membuat perencanaan dan melaksanakan segala aktiviti riadah, sukan dan rekreasi di peringkat Parokhi dan Pusat.
    2. Menggalakan perkembangan sukan dan rekreasi di peringkat Parokhi dengan mendorong penglibatan keseluruhan peringkat umur anggota jemaah di Parokhi.
    3. Bekerjsama dengan semua bidang-bidang bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang ada kaitan dengan sukan dan rekreasi.
    4. Melaporkan evaluasi dan penambahbaikan tugasnya kepada AJK Parokhi.

  1. Tugas-tugas Khas
    1. Diberikan mandate oleh AJK Parokhi untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang dikira perlu dalam segala bentuk aktiviti yang diselenggarakan oleh AJK Parokhi.
    2. Merupakan satu AJK bertindak bagi pihak Parokhi yang akan menjadi AJK Kecil yang bertanggungjawab dalam memantau dan menyelia proses kemandirian dan pelaksanaan pelayanan di setiap jemaah.
    3. Membantu AJK Parokhi dalam membuat perencanaan, kertas kerja dan pelaksanaan untuk satu-satu kegiatan Parokhi.
    4. Membantu AJK Parokhi dalam membuat laporan pemantauan yang telah dibuat secara rutin mahu pun yang dilakukan secara khusus.
    5. Bekerjsama dengan Pendeta dan Pengerusi Parokhi, dan Ketua-ketua bidang yang lain dalam melaksanakan sesuatu pelayanan atau aktiviti diperingkat parokhi dan Pusat.
    6. Membuat laporan, evaluasi dan penambahbaikan tugasnya kepada AJK Parokhi.

Penutup;

Tugas-tugas yang ada boleh sahaja dikembangkan dan mengikut keperluan semasa. Apa yang kita pentingkan adalah kemajuan pelayanan kita di semua peringkat, Jemaat, Parokhi dan Pusat. Selamat Bertugas, ingatlah bahawa Tuhan tetap menyertai dan mempukan kita untuk melakukan yang terbaik bagi kemuliaan dan hormat bagi Allah, Bapa kita Yesus Kristus dan persekutuan Roh Kudus. Amin

Thursday, September 30, 2010

Pelajar-Pelajar STS dari Parokhi Sikuati.

Pada tahun 2010 ini PCS Pusat telah menghantar beberapa pelajar ke Seminari Teologi Sabah (STS) di Kota Kinabalu dari Parokhi Sikuati. Mereka adalah terdiri daripada seperti berikut;

1. Gem.Madeos Angkangon BD
2. Ev.Johani Masilun BD
3. Ev.Dasrin Motiun Bth
4. Ev.Hairie Ally Dip.th
5. Ev.Conrad O. Vun Phau Bth.

Mereka ini akan dijangka tamat pengajian di STS pada 2014..

Doakan agar segala keperluan untuk para pelajar ini akan dapat diperolehi sehingga semuanya berjalan dalam rencana Tuhan sendiri. Selamat melayani dan belajarlah firman Tuhan bukan sahaja melalui fikiran tetapi lebih melalui iman kepada Yesus Kristus. Allah menyertai kamu semua. Tuhan memberkati.

Tuesday, September 14, 2010

Aktiviti Pelayanan Parokhi Sikuati

Gereja PCS Kg.Dampirit, Jemaat Sikuati A.
Kanak-kanak Sekolah Minggu Gereja PCS Sungai Karang Laut.


Hari Keluarga 2010 Gereja PCS Kg.Marabau bertempat di Pantai Kimihang. Di pimpin oleh Pengerusi Gereja Ev.Repin Kolong.

Monday, September 13, 2010

Belia Parokhi Sikuati yang masih menuntut di SMK Sikuati 1(SEMEKSI 1) dan tinggal di Asrama Bantaran Joy Center (ABJC) di Sikuati. Tuhan Memberkati kalian. Amin.
Pelayanan Khutbah semasa Kebaktian Doa antara Gereja-Gereja yang dianjurkan oleh Majlis Gereja-Gereja Kudat (KCC) sempena hari Paskah 2010.
Pdt.Efejus R., Pdt.Daniel O. dan Pdt.Juraya M..semasa menghadiri Seminar Pencegahan dan Kesan Penyakit HIV Aids Dalam Masyarakat dan Gereja Tuhan Hari ini di Mimpian Jadi Resort, Pantai Dalit, Tuaran tahun 2010.
Pdt.Jolius John dari BCCM BM Bandaraya dan Saya di Mimpian Jadi Resort.
Menyampaikan Ceramah yang bertajuk, "Praktik Memberi Persepuluhan Dalam Gereja Tuhan" anjuran Jemaat Kumbatang bertempat di Pos Jemaat Dahi.

Gembala Jemaat di Parokhi Sikuati

Shallom...semua anak-anak Tuhan,anggota PCS mahu pun yang bukan anggota PCS.. Kami di Parokhi Sikuati sangat bersyukur kepada Tuhan atas kesempatan yang diberikan oleh Tuhan melalui PCS Pusat untuk memulakan atau perintis kepada Penstrukturan Semula PCS melalui Program Kemandirian yang berdasarkan Slogan dan Konsep pelayanan "Satu Jemaat, Satu Gembala".
Sehingga hari ini pertengahan 2010, kita di Parokhi Sikuati telah menetapkan 7 jemaat yang akan menjadi bakal untuk mandiri dan ada 5 jemaat yang mengamalkan praktikal untuk menjadi bakal mandiri.

Tujuh Jemaat itu adalah seperti berikut:
1. Jemaat Sikuati A. -ada 11 buah gereja bergabung untuk setakat ini.
Pastor yang bertugas: Pdt.Daniel Oduhau.
Pengerusi Majlis Jemaat: P.Tpk.Monurun Angkap
2. Jemaat Sikuati B. -terdiri daripada 3 buah gereja yang bersatu.
Pastor yang bertugas: P.Tpk.Onius Tamaki
Pengerusi Majlis Jemaat: Tn.James Odiak
3. Jemaat Lajung. -tidak ada gereja lain yang bergabung.
Pastor Jemaat: Gem.Madius Angkangon
Pengerusi Majlis Jemaat: Tn.Au Vun Phau Amansai
4. Jemaat Kumbatang. -yang mempunyai 2 buah gereja yang merupakan Pos Jemaatnya
Pastor Jemaat: Pdt.Marakus Itam.
Pengerusi Majlis Jemaat: Tn.Joniun Atajau
5. Jemaat Sikuati D. -terdiri daripada 7 buah gereja yang bersatu.
Pastor yang bertugas: P.Tpk.Kansuh Ipon
Pengerusi Majlis Jemaat: Tn.Mojuning Bidin
6. Jemaat Angkob/Suvil/Kiondut. -tidak ada gereja lain yang bargabung.
Pastor Jemaat: P.Tpk.Jugit Dahwat
Pengerusi Majlis Gereja: Tn.Mosuin Basi
7. Jemaat Parapat Darat. -tidak ada gereja lain yang bergabung.
Pastor Jemaat: Gem.Ronny Bulangau
Pengerusi Maljis Gereja: Tn.Japilin Mojuma.

Daripada tujuh Jemaat yang menjadi bakal mandiri ini, selain daripada Pdt.Daniel Oduhau yang menjadi Gembala Jemaat Sikuati A merangkap Pendeta Parokhi Sikuati, sudah ada dua Jemaat yang telah mempunyai Pastor Penuh Masa yang gajinya telah dihantar ke Pusat dan seterusnya PCS Pusat akan mengurus gaji mereka sama seperti staff Penuh Masa PCS yang lain, Jemaat tersebut adalah Jemaat Kumbatang; Pdt.Marakus Itam dan Jemaat Parapat Darat; Gem.Ronny Bulangau. Mereka ini sudah menjadi staff penuh masa PCS.

Ada lima jemaat yang praktikal bakal Jemaat Mandiri adalah terdiri daripada yang berikut;

1. Gereja PCS Terongkongan Laut.
Gembala Gereja: Gem.Thomas Odiak
Pengerusi Gereja: Tn.Jamain Mangulimbang
2. Gereja PCS Tinutudan
Gembala Gereja: belum ada yang dilantik
Pengerusi Gereja: Tn.Charles Osingko
3. Gereja PCS Kandawayon
Gembala Gereja: P.Tpk.Suyin Asam
Pengerusi Gereja: Tn.Jainal Amambing
4. Gereja PCS Bingolon
Gembala Gereja: belum dilantik
Pengerusi Gereja: Tn.Melson M. Mongingkap
5. Gereja PCS Kabangaan
Gembala Gereja: P.Tpk.Lius Mauzil
Pengerusi Gereja: Tn.Bius Motidong

Sampai di sini saja maklumat perkembangan Parokhi Sikuati yang kita cintai ini. Doakan pelayanan kita seterusnya agar lebih memuliakan dan mengangungkan nama Tuhan kita Yesus Kristus.

Pengendali Blog