Saturday, July 12, 2008

Pelayanan PCS Labuan Khusus untuk Pelajar KML, UMS-KAL dan ILP Labuan

Inilah wajah Pengerusi Pelajar KML sesi 2008/09; Sdra. Josnee Thomas
Pelajar yang telah berpindah ke Maktab Perguruan Kota Kinabalu; Sdri.LORENICIA FRENILA MASUNDIM

Pelajar KML Batch 2008/9: Sdri. Norlin and Hamy


JAWATANKUASA PELAJAR PCS DI MATRIKULASI LABUAN (KML) 2008/9

PENGERUSI: JOSNE THOMAS

TIM.PENGERUSI: TRACY PRECILLA JASTIN
SETIAUSAHA: RICKSON MAILIN
BENDAHARI: STACY JELNIS

AJK:
1. TERRY H. MADATANG
2. ANJUNRON MAJUNING
3. JACKLIE APIN
4. JUKEPLI AHAU
5. FRISNAH MARANDAN
6. HAMY JOTING
7. NORLIN BUNAWAU
8. BETSY GALAMPAS
9. LORENICIA FRENILA MASUNDIM
10. MIRNAH MAJIDUN


Pelayanan Sekolah Minggu diketuai oleh Sdri. Stacy Jelnis
Kebersihan diketuai oleh Sdra.Josne Thomas
Pelayanan yang dilaksanakan oleh Pelajar-pelajar KML di PCS Labuan adalah seperti berikut;

Pemimpin Kebaktian Belia dan Umum
Persekutuan Doa
Pemahaman Alkitab
Kelas Konfirmasi
Kursus Pemimpin Ibadah dan Penyampaian Khutbah.

PCS Labuan mengucapkan tahniah kepada Cik. LORENICIA FRENILA MASUNDIM
yang telah lulus masuk ke Maktab Perguruan Kota Kinabalu dan masa yang sama kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih atas pelayanan yang telah dilakukannya selama beberapa minggu berbakti di PCS Labuan. Walau pun pada hakikatnya kami memerlukannya dan kami berasa kehilangannya di PCS Labuan tetapi Tuhan tetap menyertainya dan kami doakan semoga kesetiaan dan ketelusannya dalam pelayanan terus diberkati Tuhan. Tuhan juga memelihara dan memberkati pembelajarannya senantiasa.

Monday, July 7, 2008

PCS di bumi dan di syurga

Hari Keluarga PCS Labuan

Kepada Saudara/i ku dalam Kristus Yesus, yang dikasihi dan di hormati.


Silalah membaca Yeremia 1: 2-10;

Saya senang membaca tulisan-tulisan dalam web site PCS dan juga di mana-mana blog anggota PCS. Namun dari sekian banyak mesej satu hal yang saya sangat-sangat tertarik, sehingga saya berdoa untuk itu dan malam selepas saya membacanya saya masih berdoa dan tidak dapat tidur. Apa yang Tuhan mahu saya jawap persoalan itu. This question is touching my heart; I realize that so many friends facing the same case. Bagaimana keanggotaan dan pelayanan kita; bolehkah dua keanggotaan dan pelayanan? Sebelum itu, saya sangat-sangat mohon maaf jika apa yang saya katakan ini mungkin tidak sesuai sama sekali apa lagi menurut kehendak dan rencana Tuhan sendiri, tetapi ini pendapat saya semata-mata, berdasarkan iman saya kepada Tuhan kita Yesus Kristus.

Semasa PCS baru dilahirkan dan memulakan pelayanan pada tahun 1952, saya dan yang seangkatan dengan saya belum dilahirkan. Waktu itu pelayanan PCS bermula di sekitar daerah Kudat yang majoriti anggotanya adalah suku Rungus. Kemudian tahun demi tahun PCS semakin diterima oleh hampir semua suku bumiputera di bahagian Langkon,Bengkoka, Pitas dan Beluran Sandakan. Pada hari ini suku-suku yang ada di dalam gereja kita adalah seperti berikut; Suku Rungus, Tobilung, Kimarangang, Tombonuvo, Sonsogon, Bonggi dan suku-suku campuran. Walau pun PCS adalah gereja yang masih muda pada tahun 1975 tetapi sudah mencapai keanggotaan lebih daripada 20,000 anggota. Pelayanan yang ada pada masa itu dipakai Tuhan luarbiasa sekali. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Allah membuka pelayanan itu ditengah-tengah suku-suku yang menurut dairi Hans Benz akan hanya menunggu masa untuk pupus kerana penyakit bermaharajalela dan kesihatan tidak terurus, banyak yang meninggal begitu saja. Hans Benz kemudian melebarkan sayap pelayanannya kepada suku ini dengan memohon kepada Basel Mission (sekarang mission 21) untuk menghantar misionari bagi suku-suku tersebut dan permohonannya itu diluluskan oleh Basel Mission dan menghantar Honnegger dan isterinya untuk melayani diantara suku-suku tersebut. Mereka inilah yang menyebarkan dan mengistyharkan berita baik kepada orang-orang Rungus, Tobilung, Kimarangang dan Tombonuvo. Mereka mendirikan rumah sakit di Pantai, Sikuati, Dandun dan Tinangol. Juga asrama bagi anak-anak dari kampung tanpa memilih apakah anak itu PCS, SDA atau masih pagan, mereka diterima untuk masuk asrama, yang penting mereka ada peluang untuk belajar.


Saudara/i yang dihormati, pemimpin dahulu sudah memainkan peranan mereka dengan berkesan dihadapan Tuhan, OLEH SEBAB ITU KITA HARUS MENGHORMATI ORANG TUA, ini salah salah satu hukum yang utama dalam hukum sepuluh. Kalau kita menghormati pemimpin; ibubapa, orang lebih tua dan pelopor kita, kita akan panjang umur kita di dunia ini. Sekarang tiba masanya para generasi baru sekarang dipanggil Tuhan untuk memainkan peranannya dalam gereja PCS supaya PCS, yang didirikan Tuhan untuk kita akan panjang umurnya di bumi ini. Saya pasti PCS bukan ditubuhkan oleh Allah untuk sementara waktu sahaja. Jadi mainkan peranan kita dalam PCS untuk kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Kristus.


Pada tahun sekitar 1998/9 semasa kami menghadiri kursus pelayan, banyak yang saya dengar bahawa PCS sudah ada anggota yang bergelar doctor. Kami sangat gembira sekali mengenai perkara itu dan berdoa agar semua akan berjalan dengan baik. Saya tidak begitu ingat tahun bila itu terjadi tetapi peristiwa itu saya ingat dan banyak mengucapkan tahniah kepada keluarga tersebut. Saya ingin katakan disini bahawa, ibu bapa kita, menurut kemampuan, apa yang Tuhan berikan kepada mereka, mereka sudah gunakan semata-mata untuk anak-anaknya, sampai ke akhir hayat mereka. Mereka persembahkan itu dihadapan Tuhan, mereka tidak tahu bagaimana anaknya kemudian, hanya berserah kepada Tuhan; “Tuhan, ini anak kami, perbuatlah menurut kehendak Mu”. Ini doa mereka. Saya berasa keterlaluan saya katakan ini, tetapi kata orang, sejarah itu penting, kerana ia membentuk jati diri. Sekarang dalam hampir semua sektor awam dan swasta sudah ada anggota-anggota PCS yang menjawat jawatan-jawatan dari yang tertinggi sampai ke pengawai rendah...saya imani bahawa Allah tidak membiarkan kita pupus...PCS dipakai Tuhan untuk kelangsungan hidup bangsa-bangsa yang ada dalam PCS ini dibumi hingga sampai ke syurga...


Sekarang saya boleh terus terang mangatakan bahawa semua generasi dalam PCS yang dilahirkan dalam keluarga Kristian denominasi PCS adalah anggota tulin PCS kerana kita dilahirkan dalam PCS, inilah gereja kita, dimana ibu bapa kita membawa kita ke sekolah minggu semasa kecil dulu, pada masa belia dan remaja. Sekarang kita sudah dewasa, tiba masa kita memainkan peranan membawa keluarga sendiri dan anak-anak kita ke gereja kita sendiri PCS. Yang masih ragu-ragu teruskan berdoa, jadi menurut saya jawapan atas pertanyaan, apakah boleh kalau seorang ada dua keanggotaan gereja dan pelayanan. Jawapan untuk keanggotaan; Kita coba bayangkan satu orang menaiki dua perahu, bagaimana susahnya keadaan itu dan apa yang bakal akan terjadi? Saya berpendapat begini, kita melayani boleh dimana-mana gereja tetapi ambillah keputusan untuk menjadi anggota gereja di satu denominasi. Di gereja itulah kita menjadi anggotanya dan kepada gereja itulah kita berbakti. Ini hakiki. Mungkin kita ada persoalan; Tapi bukan gereja asal saya ini yang membawa saya kepada Yesus atau membuka mata rohani saya untuk kenal Yesus dan menerima-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat. Saudara/i, bersyukurlah kepada Tuhan kerana Tuhan memakai gereja lain untuk membangunkan rohani kita dan itu masih wajar, gereja itu telah melaksanakan kehendak Tuhan dalam hidup kita. Meski pun demikian gereja di mana kita dilahirkan itulah gereja yang Tuhan tetapkan bagi kita. Dia memanggil kita untuk lahir, membesar, dan menjadi pelayan Tuhan dalam gereja yang ditentukannya dari semula. Tuhan nanti datang tanya kita, “Aku menetapkan kamu dalam gereja PCS untuk dapat membangunkan gereja Ku ini, tetapi mengapa sekarang kamu lari dari panggilan mu yang asal?”. Jawapannya terpulang kepada individu, mungkin, “Oh, kerana saya kahwin dengan anggota gereja ini” (mungkin jika pihak PCS adalah perempuan sebab wajar mengikuti suami tetapi bagaimana dengan suami yang PCS sebagai Ketua dalam Keluarga?) atau “Ya, kerana tidak ada gereja asal saya ditempat ini”( Apakah mungkin Tuhan menempatkan kamu ditempat yang tidak ada PCS untuk kamu boleh dipakai Tuhan membuka pelayanan PCS ditempat itu?).


Dalam gereja PCS, SIB, BCCM, Anglikan, Pentakosta, Roman Khatolik dan sebagainya, ada masyarakat, bangsa-bangsa dan orang-orang yang dipanggil oleh Tuhan khusus untuk masing-masing gereja tersebut menjadi anggotanya. Kandang kita PCS, kita yang dipanggil Tuhan untuk menjadi domba-domba dalam PCS, kita punya padang ragut sendiri yang ditetapkan oleh Tuhan sebagai Gembala Agung kita, mengapa kita meragut ditempat lain atau masuk ke kandang yang bukan kita ditempatkan pada mulanya, kecoh kita nanti..selagi kita di dalam dunia fana ini kita takluk kepada peraturan dan panggilan Tuhan ini untuk kita. Di Syurga lainlah, sebab di sana kita sudah disempurnakan oleh Allah dan Allah sendiri yang menjadi raja bagi kita.


Jadi ini pendapat saya menurut iman percaya saya melalui Yeremia 1: 2 - 10. Saya sekali lagi minta ampun dan maaf kalau ini menyakitkan atau menyinggung perasaan hati sesiapa sahaja secara peribadi mahu pun seisi keluarga. Tetapi itu bukan maksud kita, jauh dilubuk hati saya, kita ingin melihat anak-anak Tuhan dalam PCS tidak kira dari mana sukunya, apa pun latarbelakang pendidikan dan hidupnya, mari kita tampil di hadapan Tuhan dan bersama-samalah kita merawat, memelihara dan membangunkan gereja yang diamanatkan oleh Tuhan ini kepada kita semua. Akhir sekali PCS tetap membebaskan kita untuk terus berdoa, keputusan ada di tangan kita, apakah kita setia kepada PCS atau sebaliknya. Tetapi Tuhan memerlukan kita berada terus dan melayani dalam PCS dan saya tetap merayu sekali lagi jangan tinggalkan gereja ini dengan kekurangan-kekuranganya dan kelemahan-kelemahannya, janganlah tuntut yang lemah atau yang kurang sempurna itu, mengubah dirinya sendiri tetapi marilah kita bersama-sama menjadi alat Tuhan bagi pemangkin perubahan, pembaharuan dan pembangunan PCS. Bagaimana pun alasan kita jangan tinggalkan PCS, tetapi marilah setia kepada Tuhan dalam membawa gereja ini bagi kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus.…Tuhan memberkati kamu. Amin.

Sunday, July 6, 2008

Pembentukan Post Kebaktian PCS Labuan Bandar

Puji dan syukur kepada Tuhan, hari ini 6hb. Julai 2008 Gereja PCS Labuan sekali lagi mencipta satu sejarah pelayanannya dengan terbentuknya Post Kebaktian di Bandar Labuan. Hari ini telah hadir hampir 20 orang anggota jemaat dan mempunyai semangat yang tinggi untuk dapat membangunkan jemaat ini. Ad-hoc komiti telah pun dibentuk dengan barisan kepemimpinan adalah seperti berikut;

Pengerusi : En.Jasli Majimbok
Setiausaha: Sitibay Chong
Bendahari: Harry Chong.
Muzik: Fairis J.

Kita doakan jemaat mudah ini dapat berkembang dengan baik dan marilah kita menyokong mereka untuk kelanjutan dan perkembangan pelayanan ini bagi kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Kristus. Tuhan memberkati.

Monday, June 30, 2008

Perayaan Ulang Tahun PCS Labuan ke-8

Hadiah Ulang Tahun PCS Labuan ke-8, 2008.

Sempena Ulang Tahun PCS ke-8, bulan Julai 2008 ini, kami di PCS Labuan ingin mohon sokongan doa daripada semua teman-teman agar apa yang kita laksanakan di PCS Labuan sesuai dengan rencana dan kehendak Tuhan sendiri sehingga melaluinya kuasa-Nya dinyatakan sehingga itu mendorong kita untuk terus maju dalam pelayanan.

Doa kita untuk PCS Labuan adalah untuk dapat melayani belia-belia dan anggota jemaat kita yang berada ditengah-tengah kesibukan pekerjaan di bandar Labuan. Oleh itu Majlis Gereja telah memutuskan untuk membuka satu Post Kebaktian di Bandar Labuan. Ini satu pelayanan yang baru bagi kita di PCS Labuan. Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaannya;

Bahan Doa: Pembentukan Gereja PCS Labuan Bandar
Pelaksana: Majlis Gereja PCS Labuan
Tempat: Pusat Bandar Labuan

Pendahuluan

Adalah menjadi saranan Majlis Gereja untuk PCS Labuan dapat terus berkembang dan terus mencari anggota-anggota PCS yang telah bekerja dan menetap di Pulau Labuan ini untuk dapat berbakti pada setiap hari minggu. Untuk itu perlu kerjasama dari semua pihak terutama Pastor bertugas di PCS Labuan untuk dapat melaksanakan pelayanan ini dengan sesegera yang mungkin. Ini untuk kepentingan semua pihak dan pastinya Tuhan menyertai program pelayanan ini. Setelah beberapa bulan dari keputusan tersebut maka kita melangkah dengan iman untuk dapat melaksanakan pelayanan ini.

Rasional dan Kelompok Sasaran.

Majlis Gereja PCS Labuan bersama pelayan penuh masa Pastor Bertugas PCS Labuan telah membuat beberapa tinjauan di beberapa permis perniagaan di kawasan Bandar Labuan dan telah mendapati ada sejumlah kecil(yang sudah ditemui) belia dan anggota PCS yang bekerja. Beberapa di antara mereka sangat jarang pergi ke gereja PCS, bukan kerana tidak mahu pergi beribadah tetapi dihalang oleh beberapa perkara yang menyulitkan mereka terutama sekali masa kerja termasuk hari ahad dan juga jam mula bekerja pada hari ahad itu tidak mengizinkan mereka keluar untuk beribadah. Selain daripada masalah kerja, diikuti pula dengan masalah kenderaan untuk pergi ke gereja PCS di Kg.Bt.Arang, Jalan Kolam agak sukar diperolehi pada awal pagi. Mereka yang tidak mahu ketinggalan dalam beribadah mereka pergi ke gereja lain yang ada mengadakan kebaktian seawal jam 7.00 pagi. Dengan keadaan yang demikian Majlis Gereja membuat keputusan untuk membuka Post Kebaktian ini untuk memudahkan gereja melayani mereka bagi pertumbuhan iman mereka.

Senarai Anggota.

En.Jasli Bin Majimbok
En.Herry Chong
Pn.Henny Chong
Cik.Salina Middit
Cik.Hairin Middit
Sdra.Elisto Jominit
Sdra.Jaidi Amir
Fedli @ Yoong
Rezio Kintal
Elly Mojiom
Apai Jominit
Nirodin Mosingki
En.Fairis Jaikting
Cik.Flornece Jaikting
Cik.Sitibay Chong

Kami kira banyak lagi teman-teman mereka masih belum dapat dihubungi setakat ini. Tetapi mereka yang telah ditemui di atas memberi jaminan bahawa bila ada pelayanan ibadah PCS di Bandar pasti yang lain juga akan turut serta.

Langkah-langkah pembentukan Jemaat PCS Bandar Labuan.

Tahap 1. Pengujudan Post Kebaktian PCS Labuan Bandar.

1. Untuk 6 bulan pertama ianya akan dikategorikan sebagai Post Kebaktian.

2. Dalam tempoh 6 bulan ini iaitu Julai hingga Disember 2008 Majlis Gereja PCS Labuan akan senantiasa memantau segala perkembangan pelayanan di dalamnya.

3. Post Kebaktian ini akan mengadakan kebaktian setiap ahad pada jam 7.00 pagi.

4. Pastor PCS Labuan merupakan Pastor bagi Post Kebaktian ini.

5. Dalam Post Kebaktian ini, Majlis Gereja akan melantik dengan serta-merta AJK Post Kabaktian ini bagi penyalaras pelayanan pada pertemuan pertama kali iaitu pada 6hb.Julai 2008. AJK ini yang terdiri daripada; Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sahaja. AJK ini akan menjaga segala keperluan dalam pelayanan, membincangkan dan melaporkan kepada Pastor PCS Labuan dan Majlis Gereja PCS Labuan mengenai perkembangan pelayanan di jemaat tersebut. Mereka juga adalah wakil Jemaat Bandar Labuan ke Majlis Gereja PCS Labuan dan yang harus melaksanakan segala tindakan yang perlu di Pos Kebaktian Bandar Labuan ini.

6. Dari segi kewangan, jemaat ini benar-benar bermula dengan kosong dan melangkah dengan iman percaya bahawa Tuhan Yesus yang senantiasa mencukupkan orang-orang yang percaya kepada-Nya. Sumber kewangan jemaat ini ialah persembahan dan persepuluhan sahaja. Untuk 6 bulan pertama ini, segala bentuk pendapatan dari Post Kebaktian akan dimasukkan ke Akaun Gereja PCS Labuan yang diurus oleh Majlis Gereja PCS Labuan. Walau bagaimana pun catatan pendapatan tersebut hendaklah dibuat dan disimpan oleh Bendahari PCS Bandar Labuan. AJK Post Kebaktian berhak 100% terhadap kewangan tersebut dan Majlis Gereja akan memproses segala permohonan dari AJK Post Kebaktian dan dengan tidak ada halangan kepada AJK ini menggunakan kewangan ini untuk tujuan pelayanan mereka.

Tahap 2. Pembentukan Jemaat PCS Bandar Labuan.
  1. Selepas 6 bulan pertama ini iaitu pada Januari 2009 jemaat ini akan diisthyarkan sebagai JEMAAT PCS LABUAN BANDAR dan bukan lagi dibawah kelolaan Majlis Gereja PCS Labuan Kg.Batu Arang, jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan dalam pelayanannya;
    a. Jumlah anggota jemaat tidak kurang daripada 50 jiwa yang berumur 17 tahun ke atas. b. Kewangan dapat menampung sewa tempat beribadah, keperluan pelayanan dan dapat menghantar kepada Tabung Gereja PCS Labuan 10% daripada pendapatan jemaatnya selain daripada budget yang ditetapkan oleh PCS Pusat.
    c. Sudah mampu membentuk Majlis Gereja dan pelayan-pelayan sendiri.
    d. Pengurusan kewangan yang baik dan mempunyai Akaun Banknya sendiri.
    e. Pelayanan dapat berjalan dengan lancar dan tertib.
  2. Dalam tempoh ini, dua jemaat PCS Labuan ini, akan sentiasa bekerjasama dalam segala bentuk pelayanan yang perlu sebagai satu denominasi PCS di Labuan.
  3. Pastor Bertugas PCS di Labuan adalah Pastor bagi kedua-dua jemaat ini.

Tahap 3. Jemaat PCS Bandar Labuan Sebagai Jemaat Mandiri.

1. Jemaat PCS Bandar Labuan dalam sasaran 2010 ini akan diisthyarkan sebagai JEMAAT MANDIRI, jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan dalam pelayanannya;

a. Kewangan dapat menampung sewa tempat beribadah, keperluan pelayanan dapat dibiayai dan dapat menghantar ke PCS Pusat budget yang ditetapkan oleh PCS Pusat.
b. Mampu membiayai gaji seorang Pastor penuh masa.
c. Pengurusan Kewangan dan pelayanan sudah mantap, lancar dan tertib.
d. Telah memiliki seorang Pastor penuh masanya sendiri.

2. Dua jemaat PCS di Labuan ini sama-sama telah mandiri, namun masih tetap meneruskan kerjasama yang perlu sebagai satu denominasi PCS di Labuan.

Kesan-kesan sampingan yang akan terjadi.


1. Jika kemandirian sudah dicapai oleh kedua-dua jemaat maka diadakan satu persidangan PCS Labuan bagi membentuk satu Majlis PCS Labuan yang mana diwakili oleh kedua-dua jemaat ini.

2. Nama Jemaat ini dan Majlis Gerejanya haruslah dibezakan oleh tempat kedua-dua jemaat; jika PCS di Kg.Bt.Arang kita namakan, Majlis Gereja PCS Kg.Batu Arang dan yang dibandar, Majlis Gereja PCS Labuan Bandar.

3. Mengadakan Persidangan PCS Labuan yang diwakili oleh anggota kedua-dua jemaat ini selain daripada Persidangan Tahunan secara berasingan bagi kedua-dua jemaat tersebut sesuai dalam Perlembagaan PCS.

4. Dalam persekutuan Interchurch di Labuan, PCS Labuan harus menghantar seorang Pastor sebagai wakilnya. Ini dibuat dengan cara bergilir setiap tahun. Misalnya, Pastor PCS Kg.Batu Arang tahun 2009 tetapi tahun 2010 Pastor PCS Labuan Bandar, demikianlah seterusnya.

Penutup.


Kertas kerja ini hanyalah dasar kita untuk melaksanakan pelayanan ini dengan teratur, lebih jelas dan dapat berjalan dilandasan yang benar. Ini tidak bermaksud menghalang atau menafikan perkara-perkara yang lebih baik dilaksanakan melalui pelayanan ini. Dengan itu ianya sangat fleksibel dan Tuhan kiranya menyertai langkah-langkah kita dalam jemaat PCS Labuan ini keseluruhannya untuk kemuliaan dan keagungan nama Tuhan kita Yesus Kristus.



Sunday, June 22, 2008

Pelayanan Belia PCS Labuan

Pengerusi Pelajar PCS di Kolej Matrikulasi Labuan Sesi 2007/8: Sdra.Jobil Sarapon



Gambar ini menunjukan Kumpulan Koir dari Kolej Matrikulasi sedang menyampaikan kesaksian pujian mereka semasa Kebaktian Umum di bawah pimpinan dan pemuzik Cikgu Jastin Gapas, Tim.Pengerusi Belia PCS Labuan.

Pelayan-Pelayan PCS Labuan


Inilah Pengerusi Majlis Gereja PCS Labuan En.Mosibin Makabun. Beliau orang yang bertanggungjawab dalam segala pelaksanaan pelayanan dalam gereja ini. Semoga beliau terus dikuatkan dan diberkati Tuhan dalam melaksanakan pelayanannya. Tuhan Memberkati.

Memimpin Kebaktian Umum

MEMIMPIN IBADAH DALAM GEREJA

Pendahuluan

Banyak orang yang boleh mengendalikan sesebuah acara di dalam gereja mahu pun di luar gereja. Tetapi untuk mengendalikan sesebuah ibadah dalam gereja perlu persiapan yang bukan hanya dari segi persiapan material atau pengetahuan tetapi sangat penting persiapan iman kita. Ini kerana bilamana kita dapat mempersiapkan diri kita dari segi kerohanian, doa dan pembacaan firman Tuhan, maka bila kita memimpin, kita ada kesunggughan dan kewibawaan kita akan dapat membimbing jemaah datang beribadah kepada Tuhan dengan lebih berkesan lagi.

Bentuk-bentuk Ibadah dalam Gereja.

Memang banyak bentuk ibadah yang kita kenal dan tahu yang diadakan di dalam gereja mahupun di rumah atau di mana-mana. Antara lain ibadah-ibadah itu adalah seperti; Kebaktian Umum, Kebaktian Belia, Kebaktian Sekolah Minggu, Kebaktian Rumah Tangga (KRT), Kebaktian Wanita, Kebaktian Minggu Sengsara, Kebaktian Penyegaran Iman, dsb. Namun untuk seminar singkat ini kita hanya menyentuh tentang Kebaktian Umum kita.

Persiapan Peribadi Sebagai seorang pemimpin Ibadah Kebaktian Umum.

1. Berdoa minta pimpinan dan kekuatan dari Tuhan Yesus sendiri.
2. Sediakan satu catatan dengan tulisan yang jelas agar mudah dibaca apa yang harus kita katakan di atas mimbar dan kepada seluruh jemaah.
3. Berlatih untuk cara penampilan dan pengawalan suara kita.
4. Semua catatan atau material untuk persiapan kita memimpin harus kita simpan dalam satu beg atau fail supaya jangan tercicir atau lupa bila pergi ke gereja

Apa yang harus dilakukan sebelum kebaktian Umum.

1. 30 minit sebelum bermulanya ibadah, seharusnya pemimpin sudah sampai di gereja.
2. Ambil masa untuk bersalaman dengan jemaah. Masa yang sama mempastikan apakah ada kumpulan kuaya atau mana-mana jemaah yang ada kesaksian pujian pada hari minggu itu.
3. 20 minit sebelum ibadah dimulakan, pastikan semua persiapan memimpin sudah ada di atas mimbar pemimpin.
4. 15 minit sebelum ibadah, lebih baik diadakan satu persekutuan doa untuk semua pelayan-pelayan ibadah yang melayani Tuhan dalam ibadah hari tersebut.
5. 3 atau 2 minit sebelum masa ibadah, pemimpin sudah ada di atas mimbar untuk memulakan ibadah pada bila-bila masa sahaja.

Semasa Memimpin Ibadah.

1. Keadaan tubuh dan wajah/airmuka kita harus relaks dan serius. ( namun boleh juga senyum).
2. Pastikan suara kita terkawal namun jelas dan boleh didengar oleh semua jemaah.
3. Harus ada kontak mata/saling memahami dengan pemuzik dalam memulakan sesebuah pujian) itu sebabnya penting ada latihan pemimpin ibadah sebelum memimpin)
4. Pemimpin harus terus ke item atau acara dalam liturgy seterusnya. Tidak perlu ada ulasan yang tidak diperlukan di dalam ibadah.
5. Seorang pemimpin ibadah merupakan seorang pembimbing jemaah, oleh itu ia harus melaksanakan apa yang ada dalam liturgy; jika dalam liturgy mengatakan jemaah berdiri maka pemimpin harus mengarah jemaah untuk berdiri demikian juga sebaliknya.
6. Pemimpin harus memulakan pujian itu terlebih dahulu jika tidak ada gitar atau alat muzik yang lain.

Selepas Ibadah.

1. Pemimpin, pengkhutbah dan pelayan-pelayan ibadah yang lain harus berjabat tangan dengan para jemaah sebelum atau sewaktu bersurai.
2. Mengadakan persekutuan doa sekali lagi untuk mengucap syukur atas pimpinan Tuhan dalam pelayanan hari itu.
3. Kesaksian kita di dalam dan diluar gereja sebaik-baiknya harus kita jaga untuk kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Kristus.
4. Sila evaluasi cara kita memimpin setiap kali kita selesai memimpin. Perbaiki dan mantapkan lagi cara kita memimpin ibadah umum pada masa akan datang.

Bengkel dan Praktikal.

1. Persiapkan satu liturgi ibadah Hari Minggu untuk Kebaktian Umum. Liturgi tersebut haruslah lengkap dengan doanya, puji-pujiannya ( boleh hanya dengan nombor pujian tersebut) dan seorang pengkhutbahnya sekali dan pemuzik kecuali pemungut persembahan.
2. Satu kumpulan harus mencari seorang pemimpin ibadah, pengkhutbah dan pemuzik.
3. Sesebuah kumpulan diberikan masa 30 minit untuk berbincang bagi persiapan dan 30 minit lagi untuk latihan praktikal, termasuk khutbah selama 7 minit sahaja.


Latihan Praktikal Untuk Memimpin Ibadah Dalam Bahasa Rungus.

It ongo boroson sid ponimpunan om gama mangagazad do Liturgi Kebaktian Umum sid Rungus.

1. Kotimpunan: Hiza dot ozom om mogom-ogom momoros no dot...
Kopivosihan do Sasarap/minsosodop sid tongobpinai sokoviai sid ngaran di Yesus Kristus.
Sumuvang tokou no valai do Kinoringan. Om tokou no posodiaon o ginavo tokou, do mangarazou om mengindazou di ngaran do Kinoringan, I Yesus Kristus sid saralom di Sundu do Osusi. Mintadua tokou bahagi di kotimpunan do mingkakat tokou sokoviai.

2. Mangagazad do Mindolongoi:
Mongindazou tokou Kinoringan sid numbur _____. Do mingkakat/mogom-ogom tokou sokoviai.

3. Mangagazad do Mintadua kaadaan do sala:
Mintadua tokou bahagi do kaadaan do sala.
Opongo po it mintadua basaon no it 1 Yohanes 1: 9; “Ong mangakun tokou dit ongokasalaan tokou sid Kinoringan, atatap Yosido sid janji Dau om kasip tokou dot Yosido pada dit ongokasalaan tokou om monusi di tokou antad sid ongokaraatan tokou”.

4. Mangagazad Mamasa do Zabur:
Mongindazou tokou Kinoringan do mitimpa-timpa tokou mamasa do Zabur sid Zabur numbur ______. Tumimpun tokou mitmpa-timpa mamasa…
Opongo po mamasa, basaon it Lukas 11: 28 “Lobi-po osinang it ongoulun di mongining 1di boros do Kinoringan sampai sumuhut do gamaon dau sid koposizon suvab-suvab”.

5. Mongodim do Mingkuaya:
Mongindazou tokou Kinoringan do sokoviai mongining do kuaya, dot kososizan di ngaran do Kinoringan tokou. It Kuaya diti oviton do/di ___________________________. Mindamo do rumikot sid tinoguvangon di tokou sokoviai.

6. Mongodim di Polombus do Boros Kinoringan/ Khutbah:
Tongobpinai sokoviai, biano norikot no I mongining tokou di Boros Kinoringan, jadi posodiaon tokou ot ginavo mongining om hiza diti mongodim tokou dit Pendeta/Pastor dit polombus di Boros Kinoringan dit adau biano.

Aturcara Liturgi Kebaktian Umum sid Bahasa Rungus;

01. Pomintaan dua do Kotimpuunan (mingkakat)

Tumimpuun tokou no dot I kovosihan, kopiondusan om kobinsianan antad sid Kinoringan I Tuhan tokou; it Ama om Yesus Kristus it Anak om I piniizaan di Sundu dot Osusi, mozo-vozo no di tokou sokoviai. Amin

02. Longoi (mingkakat)

-pilion it longoi do mionong-

03.Mamasa Do Kitab/Zabur (mogom-ogom)

-pilion I Zabur dit mionong-

04. Longoi (mogom-ogom)

-pilion it longoi do mionong-

05. Mintadua mindamo do kaadaan do sala. (mogom-ogom)

-imatan sid buuk longoi m/s 151- longoi cetakan ke-13 2007

06. Longoi (mogom-ogom)

-pilion it longoi do mionong-

07. Mongoho do kosipan (mingkakat)

-imatan sid buuk longoi m/s 110- longoi cetakan ke-13 2007

08.Kuaya/Longoi (mogom-ogom)

Ong varo mingkuaya, tapi ong aso obuli gazadon mindolongoi sumodia mongining di Tudukan.

09. Tuturan om Tudukan (mogom-ogom)

Pendeta/Pastor/Penginjil dit natahakan do pelayanan Khutbah.

10. Mintadua do Tudukan om Kotulungan (mogom-ogom)

Pendeta/Pastor/Penginjil dit natahakan do pelayanan Khutbah.

11. Longoi (mogom-ogom)

-pilion it longoi do mionong di Tudukan-

12. Longoi Mongumpug persembahan (mingkakat)

-pilion it longoi do mionong do momungut persembahan-

13. Mintadua do Persembahan & Pomintadua di Tuhan Yesus (mingkakat)

-imatan sid buku nyanyian m/s 152- longoi cetakan ke-13 2007

14. Pengumuman (mogom-ogom)

Pastor/Pengerusi Majlis Gereja.

15. Longoi (mingkakat)

-pilion it longoi do mionong pongovian sambayang-

16. Pinonuhuan dot Asamod (mingkakat)

-imatan sid buuk longoi m/s 153 longoi cetakan ke-13 2007

17. Mintadua do berkat. (mingkakat)

Pendeta/Pastor/Penginjil
-imatan sid buuk longoi m/s 153 longoi cetakan ke-13 2007


Perhatian: It Pemimpin Kebaktian lebih avantang ong monuhu dit ong jemaat mita-tabi-tabi sebelum kumuluar sid ogomon dau atau sid gorija om kada polingan tumbi di ongo ulion do gorija om it ongo Pendeta/Pastor om it ongo sokoviai jemaat. Kinoringan mamarkat di kopiisaan om kopiondusan sid tanga-tanga do jemaat.

Selamat Melayani Tuhan!!! Tuhan Memberkati. Amin

Pengendali Blog