Tuesday, May 27, 2008

Pelayanan PCS Labuan.

Shalom!!!

Pada minggu terakhir bulan Mei ini, sebagian anggota jemaat akan balik ke kampung masing-masing sempena cuti sekolah dan Hari Kaamatan. Jadi saya juga tidak barada di sini atas beberapa tanggungjawab keluarga dan pelayanan di luar Labuan yang perlu dilaksanakan. Berikut adalah jadual perjalanan saya selama seminggu ini;

26-27hb. Mei 2008 Pengurusan Sekolah untuk Pembiayaan Pendidikan
di Pejabat Mara Labuan dan Pejabat-pejabat yang berkaitan
dengannya.
28-29hb.Mei 2008 Berangkat ke Kota Kinabalu juga urusan sekolah
anak ke Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu dan masa yang sama mencari
tempat tinggalnya disekitar bandaraya.
30hb.Mei 2008 Urusan keluarga dan pelayanan di Kudat.
31hb.Mei 2008 Urusan pelayanan, khutbah Kebaktian Ucapan Syukur
di Parokhi Pantai bertempat di Gereja Kg.Sinukab, Kanibungon, Pitas.

Untuk Pelayanan di PCS Labuan pada 1 Jun 2008 akan dilaksanakan seperti berikut;

Ibadah 1 Kebaktian Belia Jam 9.00 - 10.30am
Pemimpin: KML
Renungan/Sharing/Kesaksian: KML
Gitaris: Terry H. Madatang
Kolekti: KML

Ibadah 2 Kebaktian Umum Jam 10.30 - 12.00tgh.
Pemimpin: KML
Khutbah: Cikgu Jetol B.
Pemuzik: Terry H. Madatang
Kolekti: KML

Diucapkan ribuan terimakasih atas segala jenis pelayanan yang telah dilakukan dan kiranya Tuhan memberkati kamu semua. Jumpa nanti pada minggu akan datang.

Minggu Pertama bulan Jun 2008.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah menyelesaikan segala urusan keluarga dan pelayanan minggu lalu. Walaubagaimana pun saya amat kesal kerana terlalu lewat kehadiran saya di pelayanan sempena Hari Ucapan Syukur Belia Parokhi Pantai. Saya mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat kelewatan saya. Saya tetap bersyukur kerana kesabaran dan doa pemimpin-pemimpin belia Parokhi Pantai; Pengerusi, Cikgu Jafet tahniah kerana saya mendapat makluman bahawa telah menjadi bapa untuk anak yang pertama, Tuhan terus memberkati Cikgu; pekerjaan dan pelayanan. Setiausaha, Cikgu Jomin M. saya terus berdoa agar persahabatan kita tetap setia sampai kedatangan Yesus ke-2 kali. Terimakasih kepada Cikgu Chang yang telah melayani kami dengan makan minum selepas ibadah tersebut, Tuhan memberkati isteri yang sudah memasak di dapur dan demikian juga pekerjaan dan pelayanan Cikgu di dalam pelayanan belia mahu pun jemaat keseluruhannya. Tuhan memberkati Pdt.Justin Sansalu dan keluarga, Cikgu Mapaham dan keluarga seterusnya kepada semua belia yang hadir pada malam kebaktian ucapan syukur tersebut...kembali mengucap syukur kepada Tuhan..Amin.

Pelayanan mimbar di PCS Labuan pada 8hb. Jun 2008.

Ibadah 1.
Pemimpin: KML
Khutbah: Pastor Daniel O.
Kesaksian: KML
Muzik: KML

Ibadah 2.
Pemimpin: ILP
Khutbah: Pastor Daniel O.
Kesaksian: KML
Kolekti: En.Rastim W.
Muzik: Ev.Samon Majimil

Kebaktian Rumah tangga pada minggu ini tempat Sdra.Musliadi tidak dapat dijalankan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Minggu depan pada 12hb. Jun 2008 kebaktian keluarga bertempat Sdra.Musliadi sekali lagi...bertemu disana.

Pengendali Blog