Monday, June 30, 2008

Perayaan Ulang Tahun PCS Labuan ke-8

Hadiah Ulang Tahun PCS Labuan ke-8, 2008.

Sempena Ulang Tahun PCS ke-8, bulan Julai 2008 ini, kami di PCS Labuan ingin mohon sokongan doa daripada semua teman-teman agar apa yang kita laksanakan di PCS Labuan sesuai dengan rencana dan kehendak Tuhan sendiri sehingga melaluinya kuasa-Nya dinyatakan sehingga itu mendorong kita untuk terus maju dalam pelayanan.

Doa kita untuk PCS Labuan adalah untuk dapat melayani belia-belia dan anggota jemaat kita yang berada ditengah-tengah kesibukan pekerjaan di bandar Labuan. Oleh itu Majlis Gereja telah memutuskan untuk membuka satu Post Kebaktian di Bandar Labuan. Ini satu pelayanan yang baru bagi kita di PCS Labuan. Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaannya;

Bahan Doa: Pembentukan Gereja PCS Labuan Bandar
Pelaksana: Majlis Gereja PCS Labuan
Tempat: Pusat Bandar Labuan

Pendahuluan

Adalah menjadi saranan Majlis Gereja untuk PCS Labuan dapat terus berkembang dan terus mencari anggota-anggota PCS yang telah bekerja dan menetap di Pulau Labuan ini untuk dapat berbakti pada setiap hari minggu. Untuk itu perlu kerjasama dari semua pihak terutama Pastor bertugas di PCS Labuan untuk dapat melaksanakan pelayanan ini dengan sesegera yang mungkin. Ini untuk kepentingan semua pihak dan pastinya Tuhan menyertai program pelayanan ini. Setelah beberapa bulan dari keputusan tersebut maka kita melangkah dengan iman untuk dapat melaksanakan pelayanan ini.

Rasional dan Kelompok Sasaran.

Majlis Gereja PCS Labuan bersama pelayan penuh masa Pastor Bertugas PCS Labuan telah membuat beberapa tinjauan di beberapa permis perniagaan di kawasan Bandar Labuan dan telah mendapati ada sejumlah kecil(yang sudah ditemui) belia dan anggota PCS yang bekerja. Beberapa di antara mereka sangat jarang pergi ke gereja PCS, bukan kerana tidak mahu pergi beribadah tetapi dihalang oleh beberapa perkara yang menyulitkan mereka terutama sekali masa kerja termasuk hari ahad dan juga jam mula bekerja pada hari ahad itu tidak mengizinkan mereka keluar untuk beribadah. Selain daripada masalah kerja, diikuti pula dengan masalah kenderaan untuk pergi ke gereja PCS di Kg.Bt.Arang, Jalan Kolam agak sukar diperolehi pada awal pagi. Mereka yang tidak mahu ketinggalan dalam beribadah mereka pergi ke gereja lain yang ada mengadakan kebaktian seawal jam 7.00 pagi. Dengan keadaan yang demikian Majlis Gereja membuat keputusan untuk membuka Post Kebaktian ini untuk memudahkan gereja melayani mereka bagi pertumbuhan iman mereka.

Senarai Anggota.

En.Jasli Bin Majimbok
En.Herry Chong
Pn.Henny Chong
Cik.Salina Middit
Cik.Hairin Middit
Sdra.Elisto Jominit
Sdra.Jaidi Amir
Fedli @ Yoong
Rezio Kintal
Elly Mojiom
Apai Jominit
Nirodin Mosingki
En.Fairis Jaikting
Cik.Flornece Jaikting
Cik.Sitibay Chong

Kami kira banyak lagi teman-teman mereka masih belum dapat dihubungi setakat ini. Tetapi mereka yang telah ditemui di atas memberi jaminan bahawa bila ada pelayanan ibadah PCS di Bandar pasti yang lain juga akan turut serta.

Langkah-langkah pembentukan Jemaat PCS Bandar Labuan.

Tahap 1. Pengujudan Post Kebaktian PCS Labuan Bandar.

1. Untuk 6 bulan pertama ianya akan dikategorikan sebagai Post Kebaktian.

2. Dalam tempoh 6 bulan ini iaitu Julai hingga Disember 2008 Majlis Gereja PCS Labuan akan senantiasa memantau segala perkembangan pelayanan di dalamnya.

3. Post Kebaktian ini akan mengadakan kebaktian setiap ahad pada jam 7.00 pagi.

4. Pastor PCS Labuan merupakan Pastor bagi Post Kebaktian ini.

5. Dalam Post Kebaktian ini, Majlis Gereja akan melantik dengan serta-merta AJK Post Kabaktian ini bagi penyalaras pelayanan pada pertemuan pertama kali iaitu pada 6hb.Julai 2008. AJK ini yang terdiri daripada; Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sahaja. AJK ini akan menjaga segala keperluan dalam pelayanan, membincangkan dan melaporkan kepada Pastor PCS Labuan dan Majlis Gereja PCS Labuan mengenai perkembangan pelayanan di jemaat tersebut. Mereka juga adalah wakil Jemaat Bandar Labuan ke Majlis Gereja PCS Labuan dan yang harus melaksanakan segala tindakan yang perlu di Pos Kebaktian Bandar Labuan ini.

6. Dari segi kewangan, jemaat ini benar-benar bermula dengan kosong dan melangkah dengan iman percaya bahawa Tuhan Yesus yang senantiasa mencukupkan orang-orang yang percaya kepada-Nya. Sumber kewangan jemaat ini ialah persembahan dan persepuluhan sahaja. Untuk 6 bulan pertama ini, segala bentuk pendapatan dari Post Kebaktian akan dimasukkan ke Akaun Gereja PCS Labuan yang diurus oleh Majlis Gereja PCS Labuan. Walau bagaimana pun catatan pendapatan tersebut hendaklah dibuat dan disimpan oleh Bendahari PCS Bandar Labuan. AJK Post Kebaktian berhak 100% terhadap kewangan tersebut dan Majlis Gereja akan memproses segala permohonan dari AJK Post Kebaktian dan dengan tidak ada halangan kepada AJK ini menggunakan kewangan ini untuk tujuan pelayanan mereka.

Tahap 2. Pembentukan Jemaat PCS Bandar Labuan.
  1. Selepas 6 bulan pertama ini iaitu pada Januari 2009 jemaat ini akan diisthyarkan sebagai JEMAAT PCS LABUAN BANDAR dan bukan lagi dibawah kelolaan Majlis Gereja PCS Labuan Kg.Batu Arang, jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan dalam pelayanannya;
    a. Jumlah anggota jemaat tidak kurang daripada 50 jiwa yang berumur 17 tahun ke atas. b. Kewangan dapat menampung sewa tempat beribadah, keperluan pelayanan dan dapat menghantar kepada Tabung Gereja PCS Labuan 10% daripada pendapatan jemaatnya selain daripada budget yang ditetapkan oleh PCS Pusat.
    c. Sudah mampu membentuk Majlis Gereja dan pelayan-pelayan sendiri.
    d. Pengurusan kewangan yang baik dan mempunyai Akaun Banknya sendiri.
    e. Pelayanan dapat berjalan dengan lancar dan tertib.
  2. Dalam tempoh ini, dua jemaat PCS Labuan ini, akan sentiasa bekerjasama dalam segala bentuk pelayanan yang perlu sebagai satu denominasi PCS di Labuan.
  3. Pastor Bertugas PCS di Labuan adalah Pastor bagi kedua-dua jemaat ini.

Tahap 3. Jemaat PCS Bandar Labuan Sebagai Jemaat Mandiri.

1. Jemaat PCS Bandar Labuan dalam sasaran 2010 ini akan diisthyarkan sebagai JEMAAT MANDIRI, jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan dalam pelayanannya;

a. Kewangan dapat menampung sewa tempat beribadah, keperluan pelayanan dapat dibiayai dan dapat menghantar ke PCS Pusat budget yang ditetapkan oleh PCS Pusat.
b. Mampu membiayai gaji seorang Pastor penuh masa.
c. Pengurusan Kewangan dan pelayanan sudah mantap, lancar dan tertib.
d. Telah memiliki seorang Pastor penuh masanya sendiri.

2. Dua jemaat PCS di Labuan ini sama-sama telah mandiri, namun masih tetap meneruskan kerjasama yang perlu sebagai satu denominasi PCS di Labuan.

Kesan-kesan sampingan yang akan terjadi.


1. Jika kemandirian sudah dicapai oleh kedua-dua jemaat maka diadakan satu persidangan PCS Labuan bagi membentuk satu Majlis PCS Labuan yang mana diwakili oleh kedua-dua jemaat ini.

2. Nama Jemaat ini dan Majlis Gerejanya haruslah dibezakan oleh tempat kedua-dua jemaat; jika PCS di Kg.Bt.Arang kita namakan, Majlis Gereja PCS Kg.Batu Arang dan yang dibandar, Majlis Gereja PCS Labuan Bandar.

3. Mengadakan Persidangan PCS Labuan yang diwakili oleh anggota kedua-dua jemaat ini selain daripada Persidangan Tahunan secara berasingan bagi kedua-dua jemaat tersebut sesuai dalam Perlembagaan PCS.

4. Dalam persekutuan Interchurch di Labuan, PCS Labuan harus menghantar seorang Pastor sebagai wakilnya. Ini dibuat dengan cara bergilir setiap tahun. Misalnya, Pastor PCS Kg.Batu Arang tahun 2009 tetapi tahun 2010 Pastor PCS Labuan Bandar, demikianlah seterusnya.

Penutup.


Kertas kerja ini hanyalah dasar kita untuk melaksanakan pelayanan ini dengan teratur, lebih jelas dan dapat berjalan dilandasan yang benar. Ini tidak bermaksud menghalang atau menafikan perkara-perkara yang lebih baik dilaksanakan melalui pelayanan ini. Dengan itu ianya sangat fleksibel dan Tuhan kiranya menyertai langkah-langkah kita dalam jemaat PCS Labuan ini keseluruhannya untuk kemuliaan dan keagungan nama Tuhan kita Yesus Kristus.



Pengendali Blog