Friday, June 6, 2008

Perkembangan Pengubahsuai dan Tanah PCS Labuan

Majlis Gereja PCS Labuan bersama-sama dengan Jawatankuasa Pembangunan PCS Labuan telah pun bermesyuarat pada bulan April yang lalu dan telah pun menetapkan beberapa resolusi yag berkaitan dengan Pengubahsuaian Gereja PCS Labuan dan Proses Pemilikan Tanah PCS Labuan. Berikut adalah perkembangan keputusan tersebut;

a. Pengubahsuaian Tempat Beribadah.

1. Kedudukan Tabung Bangunan terkini adalah 28,000.00 dan di simpan di Akaun Tabung Pembangunan Gereja PCS Labuan di RHB Bank. Proposal Kos pengubahsuai tersebut adalah RM 32,000.00 pada mulanya tetapi setelah dikira semula kos harga material setelah kenaikan harga maka kos tersebut telah meningkat sebanyak RM7,000.00 menjadikan kos keseluruhan RM35,000.00. Jadi AJK Pembangunan sedang berusaha untuk mendapatkan sumber bagi jumlah pembiayaian kos keseluruhan tersebut. Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua penyumbang yang telah bermurah hati untuk menyumbang di dalam dana ini. Kami akan senantiasa melaporkan perkembangan semasa untuk perkara ini. Doakan agar tahun ini gereja PCS di Labuan dapat diubahsuai untuk keselesaan dan kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Kristus.

2. Untuk masa sekarang ini pengubahsuai masi belum dilaksanakan atas beberapa sebab;
i. Pelan bangunan dalam proses pengesahan oleh Majlis Perbadanan Labuan.
ii. Kos untuk pengubahsuaian masih dalam proses utnuk mendapatkan jumlah bajet keseluruhan. Namun AJK Pembangunan bercadang untuk memulakannya jika sekiranya Pelan bangunan sudah diluluskan dan tanah PCS Labuan dapat dipindahmiliki kepada PCS.

b. Proses Pemilikan Tanah PCS Labuan.

1. Pengerusi AJK Pembangunan PCS Labuan telah pun bertemu dengan Pihak Peguam PCS dan bekas pemilik tanah yang telah pun dibeli oleh PCS dan mendapatkan beberapa maklumat yang penting;
i. Peguam PCS menyarankan agar Surat Perjanjian yang lama tidak diperlukan lagi dan apa yang penting sekarang adalah proses untuk mendapatkan geran tanah yang kedua kerana tanah geran yang pertama sudah dalam tangan peguam. Untuk mendapat geran tanah kedua pemilik tanah asal harus membayar baki hutangnya kepada bank yang berjumlah RM35,000.00. Sebelum Tuan tanah yang asal membayar hutangnya kepada pihak bank berkenaan, geran tanah tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh pihak bank tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, PCS menggesa pemilik tanah untuk membayar hutangnya dengan kadar segera kepada pihak bank. Namun setelah pemilik tanah dihubungi dan dibawa berbincang bersama dengan pihak bank, ia mencadangkan agar PCS membayar hutang itu bagi pihaknya dan ia akan membayar secara ansuran kepada PCS ( ini sudah tentu melibatkan beberapa perkara termasuklah satu surat perjanjian diantara PCS dan pemilik tanah, berkenaan dengan perkara tersebut). Jumlah harga tanah tersebut adalah RM270,000.00 dan telah lunas dibayar.
b). Pihak PCS Pusat telah pun dimaklumkan dengan keadaaan-keadaan tersebut dan telah pun membuat beberapa respon yang positif sebagai langkah drastik dalam usaha mengatasi masalah tersebut; Pihak Pusat ingin berbincang dengan PCS Labuan untuk membayar lebih dahulu hutang pemilik tanah tersebut yang berjumlah RM35,000.00 tersebut dan menuntut pembayaran daripadanya dengan kadar sesegera yang mungkin. Untuk dapat memenuhi pembayaran ini pihak Pusat mencadangkan agar PCS Pusat akan mengeluarkan RM15,000.00 manakala PCS Labuan akan mengeluarkan daripada Tabung Pembangunan PCS Labuan sebanyak RM20,000.00. Langkah ini akan membabitkan beberapa pihak yang menjadi sumber kewangan tersebut, terutama dari PCS Labuan, (kami khuatir pihak-pihak penderma dari dalam dan luar negara tidak menderma lagi, bukan hanya kepada PCS Labuan tetapi juga kepada PCS keseluruhannya) kerana tabung tersebut bukanlah bertujuan untuk membayar hutang tersebut, dan demikian juga dari pihak Pusat. Walaubagaimana pun sasaran PCS yang tidak kurang penting adalah memiliki sepenuhnya tanah PCS Labuan yang sudah dibayar lunas pada tahun 2003 tetapi belum menjadi milik muktamad PCS sehingga sekarang 2008. Walaubagaimana pun sehingga kini cadangan ini masih dalam proses dibawah ke perbincangan dan belum lagi membuat sebarang keputusan yang konkrit. Minggu ke-2 bulan Jun 2008 adalah minggu di mana perbincangan akan dilakukan, ini menurut pemberitahuan kepada kami dari pihak PCS Pusat. Kita tunggu hasil perbincangan tersebut.....

Pengendali Blog