Thursday, April 15, 2010

Apakah saya perlu pertahankan gereja PCS?

Saya bersyukur kerana telah dipanggil Tuhan untuk melayani di PCS selama 12 tahun setakat ini. Saya berasa sangat bangga menjadi seorang anggota PCS dan menjadi seorang pekerja dalam gereja ini..namun akhir-akhir ini saya dikejutkan dengan berita-berita dikeliling pelayanan yang mahu berpindah gereja lain atau dinominasi lain..apakah ini bermaksud bahawa akhirnya saya juga harus berpindah ke gereja lain..ataukah saya harus mati-matian mempertahankan gereja PCS ini yang anggotanya semakin kurang..? Mungkin saya silap mengajar firman Tuhan..tentang kesetiaan pada panggilan Tuhan.. Atau inilah buktinya bahawa gereja ini bukan didirikan oleh Tuhan..Menurut saya kalau kita hilang kesetiaan kepada Gereja yang Tuhan panggil kita menjadi salah seorang anggota jemaat-Nya dan dipanggil-Nya menjadi pelayan-Nya dalam gereja tersebut, maka itu sama sahaja tidak pernah setia dan hormat kepada Tuhan yang mendirikan gereja itu. Atau lebih baik saya menyarankan agar kita semua pindah ke gereja lain, tapi saya berasa takut, Tuhan nanti bertanya kepada saya kemana kamu simpan PCS yang saya mandatkan kepada kamu...nantikah saya jawap, semua anak-anak Tuhan sudah pindah ke gereja lain yang mereka suka, sempurna dan Tuhan lebih pelihara gereja itu daripada PCS ini? Apakah saya perlu pertahankan gereja PCS ini atau sebaliknya?

Pengendali Blog