Saturday, May 24, 2008

Selamat Datang Pelajar PCS KML sesi 2008/9

Kami baru saja menyambut para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) batch 2008/9. Mereka telah mendaftar sebagai pelajar pada 11 & 12 Mei 2008, semua berjalan dengan lancar. Untuk kali ini, pelajar baru KML PCS hanya 12 pelajar yang belajar 1 tahun. Walaubagaimana pun kita bersyukur kerana mereka telah kita sambut di KML pada 14hb. Mei yang lalu, bersua muka dengan para pelajar baru tersebut dan ternyata mereka sangat berkomitmen tinggi dalam gereja. Pada minggu pertama mereka di Labuan, kesemua pelajar tersebut, 12 pelajar baru dan 2 pelajar senior telah dapat hadir mengikuti Kebaktian Belia dan Kebaktian Umum. Jumlah keseluruhan pelajar KML tahun 2008 ini adalah 14 pelajar. Namun kemungkinan jumlah ini akan bertambah kerana pada bulan Jun ini akan diadakan pengambilan lagi bagi pelajar yang akan belajar 2 tahun di KML.

Minggu yang akan datang ini pada 25hb.Mei nanti, kebaktian belia akan dipimpin oleh Sdri.Stacy Pricilla Jastin dan kebaktian umum akan dipimpin oleh Pengerusi Pelajar PCS di KML sendiri iaitu Sdra.Josnee Thomas. Bagi pihak Majlis Gereja, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerjasama dari pada para pelajar berkenaan. Doakan kami semoga pelayanan kepada pelajar akan terus dapat bertumbuh dan terus mengalami kebangunan rohani dan nama Tuhan, terus ditinggikan dan dimuliakan. Tuhan memberkati.

Wednesday, May 21, 2008

Welcome To PCS Labuan

Selamat Datang ke laman PCS Labuan Blog. Melalui blog ini semua blogger boleh memberikan pandangan, kritikan, cadangan dan menulis segala sesuatu yang terbuku di dalam hati dan fikiran kita semua terutama yang sesuku dan seagama dengan saya. Walaubagaimana pun untuk memberi penghormatan khusus kepada semua suku dan agama kita tidak menolak jika sekiranya saudara-saudari juga ingin dan mahu bersama-sama dengan kami dalam blog ini.

Saya berbangga dan bersyukur kerana telah diberikan kesempatan oleh Tuhan dilahirkan ke dunia ini dan dijadikan-Nya sebagai bangsa RUNGUS yang dtempatkannya di sebuah negara demokrasi Malaysia, Sabah, Kudat, Sikuati, Kg.Marabau/Bonsiku; bebas beragama bagi mereka yang non-muslim, aman dan makmur walaupun hakikatnya masih banyak yang perlu dibangunkan dan ditingkatkan. Rakyat dan Kerajaan yang Prihatin dan berbudi bahasa, harap-haraplah demikian. Kita doakan semoga pelayanan kita di PCS Labuan juga dapat berkembang dan terus dapat menikmati hal yang sama dari pihak pemerintah di Pulau Mutiara Timur ini.

Semoga dengan blog ini kita bersama-sama mengikuti arus kemajuan gereja yang kita cintai ini. Gbu.

Pengendali Blog