Tuesday, September 14, 2010

Aktiviti Pelayanan Parokhi Sikuati

Gereja PCS Kg.Dampirit, Jemaat Sikuati A.
Kanak-kanak Sekolah Minggu Gereja PCS Sungai Karang Laut.


Hari Keluarga 2010 Gereja PCS Kg.Marabau bertempat di Pantai Kimihang. Di pimpin oleh Pengerusi Gereja Ev.Repin Kolong.

Monday, September 13, 2010

Belia Parokhi Sikuati yang masih menuntut di SMK Sikuati 1(SEMEKSI 1) dan tinggal di Asrama Bantaran Joy Center (ABJC) di Sikuati. Tuhan Memberkati kalian. Amin.
Pelayanan Khutbah semasa Kebaktian Doa antara Gereja-Gereja yang dianjurkan oleh Majlis Gereja-Gereja Kudat (KCC) sempena hari Paskah 2010.
Pdt.Efejus R., Pdt.Daniel O. dan Pdt.Juraya M..semasa menghadiri Seminar Pencegahan dan Kesan Penyakit HIV Aids Dalam Masyarakat dan Gereja Tuhan Hari ini di Mimpian Jadi Resort, Pantai Dalit, Tuaran tahun 2010.
Pdt.Jolius John dari BCCM BM Bandaraya dan Saya di Mimpian Jadi Resort.
Menyampaikan Ceramah yang bertajuk, "Praktik Memberi Persepuluhan Dalam Gereja Tuhan" anjuran Jemaat Kumbatang bertempat di Pos Jemaat Dahi.

Gembala Jemaat di Parokhi Sikuati

Shallom...semua anak-anak Tuhan,anggota PCS mahu pun yang bukan anggota PCS.. Kami di Parokhi Sikuati sangat bersyukur kepada Tuhan atas kesempatan yang diberikan oleh Tuhan melalui PCS Pusat untuk memulakan atau perintis kepada Penstrukturan Semula PCS melalui Program Kemandirian yang berdasarkan Slogan dan Konsep pelayanan "Satu Jemaat, Satu Gembala".
Sehingga hari ini pertengahan 2010, kita di Parokhi Sikuati telah menetapkan 7 jemaat yang akan menjadi bakal untuk mandiri dan ada 5 jemaat yang mengamalkan praktikal untuk menjadi bakal mandiri.

Tujuh Jemaat itu adalah seperti berikut:
1. Jemaat Sikuati A. -ada 11 buah gereja bergabung untuk setakat ini.
Pastor yang bertugas: Pdt.Daniel Oduhau.
Pengerusi Majlis Jemaat: P.Tpk.Monurun Angkap
2. Jemaat Sikuati B. -terdiri daripada 3 buah gereja yang bersatu.
Pastor yang bertugas: P.Tpk.Onius Tamaki
Pengerusi Majlis Jemaat: Tn.James Odiak
3. Jemaat Lajung. -tidak ada gereja lain yang bergabung.
Pastor Jemaat: Gem.Madius Angkangon
Pengerusi Majlis Jemaat: Tn.Au Vun Phau Amansai
4. Jemaat Kumbatang. -yang mempunyai 2 buah gereja yang merupakan Pos Jemaatnya
Pastor Jemaat: Pdt.Marakus Itam.
Pengerusi Majlis Jemaat: Tn.Joniun Atajau
5. Jemaat Sikuati D. -terdiri daripada 7 buah gereja yang bersatu.
Pastor yang bertugas: P.Tpk.Kansuh Ipon
Pengerusi Majlis Jemaat: Tn.Mojuning Bidin
6. Jemaat Angkob/Suvil/Kiondut. -tidak ada gereja lain yang bargabung.
Pastor Jemaat: P.Tpk.Jugit Dahwat
Pengerusi Majlis Gereja: Tn.Mosuin Basi
7. Jemaat Parapat Darat. -tidak ada gereja lain yang bergabung.
Pastor Jemaat: Gem.Ronny Bulangau
Pengerusi Maljis Gereja: Tn.Japilin Mojuma.

Daripada tujuh Jemaat yang menjadi bakal mandiri ini, selain daripada Pdt.Daniel Oduhau yang menjadi Gembala Jemaat Sikuati A merangkap Pendeta Parokhi Sikuati, sudah ada dua Jemaat yang telah mempunyai Pastor Penuh Masa yang gajinya telah dihantar ke Pusat dan seterusnya PCS Pusat akan mengurus gaji mereka sama seperti staff Penuh Masa PCS yang lain, Jemaat tersebut adalah Jemaat Kumbatang; Pdt.Marakus Itam dan Jemaat Parapat Darat; Gem.Ronny Bulangau. Mereka ini sudah menjadi staff penuh masa PCS.

Ada lima jemaat yang praktikal bakal Jemaat Mandiri adalah terdiri daripada yang berikut;

1. Gereja PCS Terongkongan Laut.
Gembala Gereja: Gem.Thomas Odiak
Pengerusi Gereja: Tn.Jamain Mangulimbang
2. Gereja PCS Tinutudan
Gembala Gereja: belum ada yang dilantik
Pengerusi Gereja: Tn.Charles Osingko
3. Gereja PCS Kandawayon
Gembala Gereja: P.Tpk.Suyin Asam
Pengerusi Gereja: Tn.Jainal Amambing
4. Gereja PCS Bingolon
Gembala Gereja: belum dilantik
Pengerusi Gereja: Tn.Melson M. Mongingkap
5. Gereja PCS Kabangaan
Gembala Gereja: P.Tpk.Lius Mauzil
Pengerusi Gereja: Tn.Bius Motidong

Sampai di sini saja maklumat perkembangan Parokhi Sikuati yang kita cintai ini. Doakan pelayanan kita seterusnya agar lebih memuliakan dan mengangungkan nama Tuhan kita Yesus Kristus.

Pengendali Blog