Ahli Jawatankuasa Parokhi Sikuati untuk Sesi 2009 -2011
   
   
  Gembala/Ketua Pendeta Parokhi: Pdt.Daniel Oduhau
   
  Pengerusi: Tpk.Asoi Ondong
  Tim. Pengerusi: En.Au Vun Phau Amansai
  Setiausaha : Pn.Wellin Esada
  Pen.Setiausaha: En.Joffin Oningkak
  Bendahari : En.Radzin Mosingkan
   
  Ahli:
   
  Pdt. Jastin @ Justin Jiran                -Pembinaan Warga Gereja
  P.Tpk. Onius Tamaki                       -Kesaksian dan Pelayanan
  En.Manuel Akiun                             -Penyelidikan dan Pembangunan
  En.Joniun Atajau                              -Ekonomi dan Kewangan
  Pdt.Edward Modirim Mongurug    -Intergrasi Komuniti
  En.Charles Osingko                          -Sukan dan Rekreasi
  En.Jainal Amambing                        -Tugas-tugas khas
  En.Jominit Kenzin                            -Tugas-tugas khas
  En.Stephen Yaranli                          -Tugas-tugas khas
  En.Mojuning Bidin                           -Tugas-tugas khas
   
   
  Penjelasan Tugas;
   
  Tugas Umum AJK Parokhi;
  - Melaksanakan      segala keputusan Mesyuarat Agung Parokhi berdasarkan Perlembagaan dan Tata      Gereja PCS.
 - Menangani      masalah-masalah yang muncul di luar amanat persidangan Parokhi, baik di      dalam AJK Parokhi itu sendiri mahu pun di jemaah-jemaah serta di      masyarakat umumnya yang ada kaitan dengan agama lain dan juga kerajaan.
 - Menjadi      wakil di dalam Persidangan Sinode Umum PCS
 - Mempersiapkan      program atau perencanaan, dan agenda Parokhi untuk dibawah dan diluluskan      di dalam satu-satu persidangan atau mesyuarat Agung Parokhi.
 -  Mengatur segala bentuk keperluan, AJK      Pelaksana dan sebagainya dalam menganjurkan Mesyuarat Agung khas atau      tergempar mahu pun yang dilaksanakan secara rutin.
 - Melaporkan      semua kegiatan yang ditangani oleh AJK Parokhi kepada Mesyuarat Agung      Parokhi dan ke Persidangan Sinode.
 
   
  - Pendeta      Parokhi; 
 - Melaksanakan       segala bentuk pelayanan penggembalaan dengan dibantu oleh Jawatankuasa       Parokhi, Gembala Sidang, Pembantu-pembantu gembala dan Jawatankuasa       Jemaat masing-masing.
 - Mempengerusikan       mesyuarat Pendeta-Pendeta Jemaat Penuh Masa.
 - Melaksanakan       program yang diarahkan oleh PCS Pusat dan Persidangan Parokhi.
 - Melaporkan       kegiatan pelayanan penggembalaan kepada PCS Pusat.
 - Melaksanakan       tugas pentadbiran dan pengurusan harian Parokhi di Pejabat Parokhi       Sikuati.
 - Menjadi       wakil Parokhi ke Sidang Sinode dan pertemuan-pertemuan di dalam mahu pun       di luar Parokhi Sikuati.
 
   
  - Pengerusi      dan Tim.Pengerusi
 
   
  - Bertanggungjawab       membawa Ahli Jawatankuasa Parokhi untuk melaksanakan tugas yang       diputuskan dalam Persidangan Parokhi.
 - Mengatur       tugas-tugas AJK Parokhi yang meliputi perencanaan, pengorganisasian,       pelaksanaan aktiviti, evalusai dan membuat laporan.
 - Mengatur       tugas-tugas dan aktiviti-aktiviti yang dikira mendesak untuk dilaksanakan       oleh AJK Parokhi di dalam pelayanan Parokhi.
 - Mempastikan       penyusunan laporan ke Mesyuarat Agung Parokhi dan Sidang Sinode dapat       dilaksanakan.
 - Menjadi       wakil Parokhi ke pertemuan-pertemuan gereja di dalam mahu pun di luar       gereja.   
 
   
  - Setiausaha      dan Penolong Setiausaha
 - Membantu       Pengerusi dan Jawatankuasa dalam menyiapkan kertas kerja-kertas kerja dan       pelaksanaan aktiviti Ahli Jawatankuasa Parokhi
 - Melaksanakan       tugas-tugas pejabat Parokhi yang berkaitan dengan AJK Parokhi dan       Pentadbiran Parokhi Sikuati.
 - Merumuskan,       menyiapkan dan menyimpan data-data Mesyuarat Agung Parokhi yang ada       kaitannya dengan pengorganisasian, pelaksanaan keputusan dan penyusunan       fail atau system file yang teratur dan menyenangkan data-data/minit-minit       dan surat-menyurat disimpan dan dapat dicari dengan mudah.
 - Menyimpan       dan menyusun dokumen-dokumen AJK Parokhi yang meliputi dokumen       perencanaan, Dokumen Pengorganisasian, Dokumen Pelaksanaan Tugas AJK       Parokhi, Dokumen Evaluasi Kegiatan dan Dokumen Laporan Parokhi ke Sidang       Sinode.
 - Menangani       perencanaan, meningkatkan keupayaan, melatih dan memperhatikan kelancaran       kerja-kerja di Pejabat Parokhi.
 - Dibantu       oleh Pendeta dan Pengerusi Parokhi dalam melaksanakan tugas-tugas       kesetiausahan yang berkaitan dengan administrasi keseluruhan dan       administrasi kewangan Parokhi.
 
     
  - Bendahari
 - Mengelola       kewangan Parokhi dengan mencari dan merencanakan peningkatan kewangan dan       sumber yang lain yang sesuai dengan pelayanan gereja.
 - Menetapkan       peraturan-peraturan kewangan yang terbaik dan menyusun pengorganisasian       kewangan, mempastikan ketepatan penerimaan dan perbelanjaan kewangan dan       mengevaluasi kewangan Parokhi.
 - Membimbing       dan memberikan pandangan atau saranan kepada Bidang Ekonomi dan Kewangan       Parokhi dalam mengelola dan mengembangkan usaha-usaha Parokhi dalam       memantapkan Kewangan Parokhi.
 - Melaporkan       pelaksanaan tugas kewangan kepada Pendeta Parokhi jika diperlukan.
 - Membuat       laporan kewangan kepada Ahli Jawatankuasa Parokhi bilamana diperlukan       semasa mesyuarat diadakan. 
 - Bertanggungjawab       dalam melaksanakan peraturan pengurusan kewangan di peringkat Parokhi dan       jemaat di seluruh Parokhi.
 
   
  - Bidang      Pembinaan Warga Gereja (PWG)
 - Membuat       program bagi latihan, kursus dan seminar para pemimpin, penginjil,       Pendeta dan Tumpuk, Belia, Wanita dan Pelayanan Sekolah Minggu.
 - Melaksanakan       pelajaran pembinaan warga gereja; Katekisasi (Pelajaran Baptisan) dan       Peneguhan (Konfirmasi).
 - Menganjurkan       Seminar Kepimpinan, Penyegaran Iman atau Kebaktian Kebangunan Rohani dan       Kelas Pemuridan/Pemahaman Alkitab.
 - Bekerjasama       dengan bidang-bidang pelayanan yang lain dalam segala pengendalian yang       berkaitan dengan pembinaan warga gereja di peringkat Parokhi dan jemaat.
 -  Membuat laporan, evaluasi dan       penambahbaikan pelaksanaan tugasnya kepada AJK Parokhi.
 
   
  - Bidang      Kesaksian dan Pelayanan Misi
 - Membuat       perencanaan dan tindakan-lanjut dalam semua bentuk-bentuk buah-buah       pemberitaan penyelamatan Allah.
 - Bekerjasama       dalam meningkatkan tahap kesihatan, kebersihan dan menangani masalah       sosial dan alam sekitar.
 - Mendorong       dan membimbing serta menghantar belia-belia yang berasa terpanggil untuk       belajar secara separuh masa mahu pun penuh masa di Pusat Latihan Alkitab       dan Seminari-seminari yang diiktiraf oleh gereja.
 - Mempastikan       kebajikan dan keperluan para pelajar teologi dapat dipenuhi oleh jemaat       yang menghantarnya ke PLA mahu pun seminari.
 - Melibatkan       diri dan menganjurkan kempen derma darah, kebersihan bandar dan       gotong-royong kemasyarakatan. 
 - Membuat       laporan, evaluasi dan penambahbaikan tugasnya kepada AJK Parokhi.
 
     
  - Bidang      Ekonomi dan Kewangan
 - Membuat       perencanaan dan melaksanakan segala bentuk menetapkan sumber-sumber       kewangan parokhi. 
 - Bekerjasama       dengan Bendahari Parokhi dalam mengelola sumber-sumber kewangan Parokhi.
 - Mendorong       dan membimbing jemaat-jemaat dan gereja-gereja agar tanah-tanah dan       rumah-rumah milik gereja di kawasan Parokhi untuk diusahakan dengan baik.
 - Mengusahakan       tanah-tanah milik PCS di Parokhi Sikuati untuk tanaman yang dapat       menghasilkan kewangan untuk Parokhi.
 - Membuat       laporan, evaluasi dan cadangan penambahbaikan kepada AJK Parokhi.
 
   
  - Bidang      Penyelidikan dan Pembangunan
 - Mendapatkan       dan mendokumentasikan data-data setiap jemaat untuk kegunaan keseluruhan       bidang-bidang di Parokhi Sikuati dan oleh jemaat-jemaat dan gereja-gereja       yang berkenaan.
 - Menyelidiki       satu-satu peraturan yang akan dilaksanakan di dalam  gereja Tuhan di seluruh Parokhi Sikuati       
 - Menyelidiki       dan melaksanakan kaedah-kaedah pelayanan penggembalaan, penstrukturan dan       pengurusan pentadbiran dan kewangan yang baru.
 - Pelayanan       melalui internet dan yang berkaitan dengannya.
 - Melaporkan,       evaluasi dan mencadangkan penambahbaikan tugasnya kepada AJK       Parokhi.  
 
   
  - Bidang      Intergrasi Komuniti
 - Menangani       masalah-masalah kebersamaan dan hubungan kerjasama, baik di dalam gereja       mahu pun di luar gereja.
 - Bekerjasama       dengan denominasi atau gereja-gereja lain dalam menangani masalah       bersama.
 - Mempunyai       kerjasama dengan ketua-ketua kampung atau pun institusi masyarakat yang       ada kaitan dengan gereja.
 - Menjaga       keharmonian kehidupan beragama.
 - Bekerjasama       dengan bidang-bidang yang lain dalam melaksanakan pelayanannya.
 - Membuat       laporan, evaluasi dan penambahbaikan pelaksanaan tugasnya kepada AJK       Parokhi.
 
   
  - Bidang      Sukan dan Rekreasi
 - Membuat       perencanaan dan melaksanakan segala aktiviti riadah, sukan dan rekreasi       di peringkat Parokhi dan Pusat.
 - Menggalakan       perkembangan sukan dan rekreasi di peringkat Parokhi dengan mendorong       penglibatan keseluruhan peringkat umur anggota jemaah di Parokhi.
 - Bekerjsama       dengan semua bidang-bidang bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang ada       kaitan dengan sukan dan rekreasi.
 - Melaporkan       evaluasi dan penambahbaikan tugasnya kepada AJK Parokhi. 
 
   
  - Tugas-tugas      Khas
 - Diberikan       mandate oleh AJK Parokhi untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang dikira       perlu dalam segala bentuk aktiviti yang diselenggarakan oleh AJK Parokhi.
 - Merupakan       satu AJK bertindak bagi pihak Parokhi yang akan menjadi AJK Kecil yang       bertanggungjawab dalam memantau dan menyelia proses kemandirian dan       pelaksanaan pelayanan di setiap jemaah.
 - Membantu       AJK Parokhi dalam membuat perencanaan, kertas kerja dan pelaksanaan untuk       satu-satu kegiatan Parokhi.
 - Membantu       AJK Parokhi dalam membuat laporan pemantauan yang telah dibuat secara       rutin mahu pun yang dilakukan secara khusus.
 - Bekerjsama       dengan Pendeta dan Pengerusi Parokhi, dan Ketua-ketua bidang yang lain       dalam melaksanakan sesuatu pelayanan atau aktiviti diperingkat parokhi dan       Pusat.
 - Membuat       laporan, evaluasi dan penambahbaikan tugasnya kepada AJK Parokhi. 
 
   
  Penutup;
   
  Tugas-tugas yang ada boleh sahaja dikembangkan dan mengikut keperluan semasa. Apa yang kita pentingkan adalah kemajuan pelayanan kita di semua peringkat, Jemaat, Parokhi dan Pusat. Selamat Bertugas, ingatlah bahawa Tuhan tetap menyertai dan mempukan kita untuk melakukan yang terbaik bagi kemuliaan dan hormat bagi Allah, Bapa kita Yesus Kristus dan persekutuan Roh Kudus. Amin