Saturday, May 24, 2008

Selamat Datang Pelajar PCS KML sesi 2008/9

Kami baru saja menyambut para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) batch 2008/9. Mereka telah mendaftar sebagai pelajar pada 11 & 12 Mei 2008, semua berjalan dengan lancar. Untuk kali ini, pelajar baru KML PCS hanya 12 pelajar yang belajar 1 tahun. Walaubagaimana pun kita bersyukur kerana mereka telah kita sambut di KML pada 14hb. Mei yang lalu, bersua muka dengan para pelajar baru tersebut dan ternyata mereka sangat berkomitmen tinggi dalam gereja. Pada minggu pertama mereka di Labuan, kesemua pelajar tersebut, 12 pelajar baru dan 2 pelajar senior telah dapat hadir mengikuti Kebaktian Belia dan Kebaktian Umum. Jumlah keseluruhan pelajar KML tahun 2008 ini adalah 14 pelajar. Namun kemungkinan jumlah ini akan bertambah kerana pada bulan Jun ini akan diadakan pengambilan lagi bagi pelajar yang akan belajar 2 tahun di KML.

Minggu yang akan datang ini pada 25hb.Mei nanti, kebaktian belia akan dipimpin oleh Sdri.Stacy Pricilla Jastin dan kebaktian umum akan dipimpin oleh Pengerusi Pelajar PCS di KML sendiri iaitu Sdra.Josnee Thomas. Bagi pihak Majlis Gereja, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerjasama dari pada para pelajar berkenaan. Doakan kami semoga pelayanan kepada pelajar akan terus dapat bertumbuh dan terus mengalami kebangunan rohani dan nama Tuhan, terus ditinggikan dan dimuliakan. Tuhan memberkati.

No comments:

Pengendali Blog