Sunday, June 22, 2008

Kepimpinan PCS Labuan

PCS Labuan telah mempunyai beberapa Ahli Jawatankuasa dan pelayan-pelayan yang berperanan penting dalam pelaksanaan semua jenis pelayanan di samping seorang Pastor penuh masanya. Jawatankuasa tersebut adalah terdiri daripada;

1. Majlis Gereja yang dipengerusikan oleh En. Mosibin Makabun.
Tim.Pengerusi: En. Jonis Karatim
Setiausaha: Ev.Samon B. Bpk. Majimil
Pen.Setiausaha: En.Simon Mosunud
Bendahari: En.Jostilin Lamibai

Majlis Gereja merupakan Jawatankuasa Induk semua jenis pelayanan yang dilaksanakan di dalam Gereja ini. Majlis merangka program tahunannya sendiri bersama Pastor bertugas untuk dilaksanakan dalam pelayanan. Walaubagaimana pun sebelum ia dilaksanakan Program Tahunan tersebut hendaklah telah diluluskan oleh Persidangan Tahunan jemaah. PCS Labuan sesuai dengan peraturan Gereja PCS akan mengadakan Persidangan Tahunannya pada bulan Oktober setiap tahun. Pengerusi Majlis Gereja merupakan Pengerusi Persidangan Tahunan tersebut.
Majlis Gereja akan mempastikan agar semua jenis pelayanan dapat berjalan dengan lancar sesuai program yang telah dipersetujui dalam persidangan Gereja dan mesyuarat Majlis Gereja. Pelayanan penatalayanan kewangan, mengurus sumber-sumber kewangan dan kebajikan Pastor mahu kebajikan kecemasan untuk semua anggota jemaah juga di bawah bidang pelayanan Majlis Gereja.

2. Jawatankuasa Pembangunan Gereja dipengerusikan oleh Tn.Patrick B. Majatig
Tim.Pengerusi: En.Simon Mosunud
Setiausaha: En.Jetol Bolongkikik
Pen.Setiusaha: En.Jastin Gapas
Bendahari: En.Mosibin Makabun

Jawatankuasa ini dilantik oleh Majlis Gereja untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan secara fizikal gereja. Jawatankuasa berperanan penting dalam pemeliharaan gedung gereja, peralatan muzik dan kelengkapan-kelengkapan yang perlu dalam gereja. Sumber kewangan bagi Tabung Pembangunan ini adalah datangnya dari derma anggota sendiri dan juga sumbangan dari luar gereja PCS Labuan (dalam dan luar negeri) sendiri.
Visi bagi jawatankuasa ini adalah menyediakan segala kemudahan bagi kelancaran semua jenis pelayanan dalam gereja PCS Labuan. Misi yang merupakan doa jemaah ketika ini adalah mengubahsuai tempat ibadah yang sudah uzur dan sudah kurang selesa bagi jemaat beribadah. Demikian juga dengan peralatan muzik dan ibadah perlu ditambah seperti satu set drum dan Overhead Projector (OHP). Pelayanan penting bagi jawatankuasa ini harus disokong dengan doa oleh semua anggota jemaah PCS.

3. Pelayanan Belia dipengerusikan oleh Ev.Samon B. Bpk.Majimil
Tim.Pengerusi: En.Jastin Gapas
Setiausaha: Pn.Rosemarie Jalanon
Pen.Setiausaha:
Bendahari:

Untuk setakat ini Persekutuan Belia Labuan agak terhad aktivitinya kepada Kebaktian Belia, Persekutuan Doa, Pemahaman Alkitab dan Kelas Konfirmasi. Kebaktian Kebangunan Rohani/Penyegaran Iman diadakan sekali dalam setiap tahun. Selain belia-belia yang bekerja di Labuan terdapat belia-belia PCS yang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Belia-belia ini sangat berperanan penting dalam pelayanan ibadah di jemaah PCS Labuan. Tahun pengajian sesi 2007/8 kita mempunyai Pelajar di KML seramai 34 orang semuanya dan sangat komited di dalam pelayanan. Pada masa itu pelajar-pelajar PCS KML dipengerusikan oleh Sdra.Jobil Sarapon. Pada tahun pengajian sesi 2008/9 ini kita hanya mempunyai 16 pelajar semuanya dan mereka dipengerusikan oleh Sdra.Josne Thomas. Mereka juga mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelayanan. Kita mengucapkan syukur kepada Tuhan yang menghantar mereka ke PCS Labuan. PCS Labuan tidak melepaskan peluang untuk mereka ini dapat didedahkan kepada pelayanan dan pendidikan rohani agar mereka menjadi anggota jemaat PCS yang memiliki identiti yang jelas dalam gereja Tuhan dan menjadi warga jemaat yang mencintai Tuhan dan gerejanya sendiri. Doakan pelayanan belia PCS Labuan ini agar dapat berjalan dalam naungan berkat dan kasih karunia Tuhan.

4. Pelayanan Persekutuan Wanita dipengerusikan oleh Ibu Christina Rastim.
Tim.Pengerusi: Pn.Inongkian Mondorusun
Setiausaha: Pn.Rosemarie Jalanon
Bendahari: Pn.Saimah Mosibin

Pelayanan wanita juga tidak kurang penting dalam gereja. Selain daripada memotivasikan dan mengeratkan lagi persekutuan dikalangan wanita-wanita PCS Labuan, mereka juga sangat berfungsi penting dalam pelayanan dalam sebarang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Gereja mahu pun pelayanan umumnya dalam jemaah. Untuk masa ini anggota PCS wanita dalam persekutuan Wanita PCS Labuan telah mempunyai beberapa kegiatan;
1. Hari Keluarga
2. Kebaktian Wanita sebulan sekali.
3. Juga membantu dalam pelayanan Sekolah Minggu dan Umum
4. Bazaar

5. Pelayanan Sekolah Minggu diketuai oleh Sdri.Stacy Jelnis

Ketua ini dibantu oleh beberapa lagi guru-guru sekolah minggu. Ketua bertanggungjawab untuk menyediakan jadual mengajar di dalam Kebaktian Sekolah Minggu. Pelayanan ini sangat penting kepada anak-anak untuk dapat bertumbuh dan berkembang secara seimbang dari segi rahoni, intelek, emosi, social dan fizikal. Perkembangan yang seimbang membolehkan anak-anak ini dapat mengembangkan potensi dalam dirinya semaksimum yang mungkin. Kita mahu mencorakkan gaya hidup anak-anak kita sesuai dengan firman Tuhan dan keadaan dunia masa kini. Anak-anak tidak ketinggalan dalam mengikuti beberapa aktiviti yang sesuai bagi mereka seperti berikut;
1. Kebaktian Sekolah Minggu setiap minggu.
2. Sukanika sekolah Minggu.
3. Koir Sekolah Minggu.

6. Pelayanan Pastor PCS Labuan
Pelayanan Umum kepada semua anggota berkeluarga dan keseluruhanya.

Pelayanan ini menjurus dan berorintasikan kepada kemantapan, kesatuan dan komitmen para anggota jemaah dalam meningkatkan kerohanian dan kesejahteraan semua anggota. Antara kegiatan pelayanan yang dilaksnakan untuk mencapai perkara ini adalah seperti berikut;

1. Mendoakan semua anggota jemaah PCS.
2. Kunjungan keluarga berjadual dan unformal
3. Kebaktian Keluarga yang berjadual dan undangan keluarga terbabit
4. Kaunseling Pastoral ( Perkongsian Penggembalaan)
5. Khutbah Kebaktian Umum.
6. Pelayanan Kebajikan dan Rekreasi/Sukan.
7. Kebaktian Penyegaran Iman (KPI)
8. Persekutuan Doa
9. Seminar Motivasi Pelayanan.

Pelayanan Pastor PCS Labuan dalam seminggu adalah seperti berikut;
1. Pelayanan kunjungan keluarga ( hari selasa )
2. Persekutuan Doa ( hari Selesa)
3. Masa Pejabat (Hari Rabu, Kahmis dan Jumaat)
4. Kaunseling ( hari Jumaat)
5. Kebaktian Rumahtangga (Malam Khamis)
6. Khutbah semua jenis kebaktian.
7. Pelayanan Rutin; Kebaktian Belia dan Umum.
8. Pelayanan Perjamuan Kudus akan dilaksanakan sekali dalam tiga bulan.
9. Pembaptisan belum lagi pernah diadakan pada 2007 sehingga sekarang ini.

Kita berdoa dan berharap kepada Tuhan kita Yesus Kristus, melalui strategi-strategi pelayanan ini, kita di PCS Labuan akan maju dan mantap dalam pelayanan seiring dengan jemaat-jemaat yang lain dalam PCS. Ini dari segi kerohanian, pelayan dan kewangan gereja. PCS Labuan juga ingin bersama-sama dengan parokhi-parokhi yang mampu berdiri sendiri dari segi kewangan pada tahun 2010 ini.

No comments:

Pengendali Blog