Tuesday, July 29, 2008

Komitment Pelayanan Yang Tinggi dari PCS Pusat

Doa bersama untuk Hari Kanak-kanak PCS Labuan 2008.


Persembahan Kuaya dari Belia PCS Labuan ( Pelajar KML, ILP dan UMSKAL)

Cikgu Jastin Gapas, Tim.Pengerusi Belia PCS Labuan dan Sdra. Terry H. Madatang, pemain muzik yang mengiringi puji-pujian Kebaktian Kesyukuran Hari Ulang Tahun PCS Labuan 2008.
Wakil Presdien PCS, Pdt.Sopirid Masandu, Setiausaha Umum sedang mendoakan pelajar-pelajar baru Matrikulasi Labuan, ILP dan UMSKAL semasa kunjungan ke Jemaah PCS Labuan.

Belia PCS Labuan di Gereja PCS Kg.Bt. Arang , Jln. Kolam semasa Hari Ulang Tahun PCS Labuan ke- 8 pada 27hb. Julai 2008.


Pada 27hb. Julai 2008 sekali lagi PCS Labuan telah merayakan Hari Ulang Tahun yang ke-8. Dalam perayaan ini Majlis Gereja telah mengundang Presiden dan beberapa rakan-rakan sepelayanan di Pusat untuk melaksanakan beberapa pelayanan di PCS Labuan. Namun pada hari itu Presiden PCS Pdt.Jimmy O. Asam tidak dapat hadir kerana ada tugas pelayanan yang harus dihadirinya di Seminari Teologi Sabah (STS), walaubagaimana pun dia menitipkan salam hangat dan berjanji pada masa akan datang, jika tidak ada halangan beliau akan melawat PCS Labuan. Wakil Presiden ialah Setiausaha Umum PCS, Pdt.Sopirid Masandu, P.Tpk.Janios Masingkai dan P.Tpk.Torido Rumanggong yang telah datang ke PCS Labuan, memenuhi undangan PCS Labuan pada kali ini.

Rombongan Pdt.Sopirid Masandu, Setiausaha Umum PCS Pusat telah melawat atau mengunjungi Jemaah PCS Labuan Bandar selain dari pada menghadiri dan melaksanakan pelayanan perasmian HUT dan Pentahbisan Pendeta kepada Ps Daniel Oduhau di Jemaah PCS Labuan, Kg. Bt. Arang. Manakala Pdt.Janios Masingkai pula melayani kita dengan Firman Tuhan pada minggu ini. Acara-acara lain yang telah dilaksanakan sempena HUT PCS Labuan kali ini ialah, Hari Jadi Bersama untuk mereka yang lahir pada bulan Jun dan Julai, Hari Kanak-kanak PCS Labuan yang didoakan oleh P.Tpk.Torido Rumanggong Bendahari PCS Pusat dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pelajar-Pelajar KML 2007-2008 yang diampaikan oleh Pdt. Sopirid M.. Semua acara berjalan lancar, walau pun pertemuan khusus Majlis Gereja dan rombongan PCS Pusat tidak dapat dijalankan atas sebab kesuntukan masa.

Pada kesempatan ini kita ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pdt.Sopirid Masandu, Pdt.Janios Masingkai dan Pdt.Torido Rumanggong kerana sudi bersama-sama dengan kita untuk melaksanakan beberapa pelayanan yang penting untuk PCS Labuan pada kali ini. Tuhan memberkati mereka dan menyertai pelayanan mereka di Ibu Pejabat PCS Pusat.

4 comments:

Anonymous said...

S'dara Pdt. Daniel O,
Puji Tuhan kerana atas kehendak Tuhan, Jemaah PCS Labuan Bandar wujud. Saya telah membaca laporan anda tetapi yang saya terkilan, anda TIDAK SEKALI pun menyebut siapa tuan punya premis yang digunakan, apa lagi mengucapkan terima kasih kepadanya. Kenapa anda susah sangat dan berat mulut menyebut tuan punya premis yang telah baik hati dan rela hati premisnya digunakan untuk tempat beribadah? Beliau telah menanggung banyak risiko yang anda tak faham demi untuk kemuliaan Tuhan dengan membenarkan premisnya digunakan untuk beribadah. Saya tertanya-tanya disini saudara Pendita.Sepatutnya yang anda perlu HIGHLIGHT adalah: 1. Mengapa difikirkan perlu ada tempat beribadah di bandar Labuan? Apa rasionalnya dibuka? 2.Tentang premis itu - yang PCS tidak perlu pun mengeluarkan satu sen untuk menyewa, nytakan dalam laporan anda LOKASI dan NAMA tuannya. 3. Apakah sah dinamakan panggilan Jemaah PCS Labuan Bandar? 4. Apakah tuannya telah bersetuju tentang panggilan tersebut?

Semoga Tuhan memberkati kita semua dengan memberi minda yang tulus dan ikhlas.

Anonymous said...

Daniel, please call me asap or come and see me in my office.
JOHNNY K SOKUROH

Ps.Daniel O. said...

Saudara ku, anonymous..yang dikasihi.. Tuhan.
Saya secara peribadi juga bersyukur kepada Tuhan kerana atas kehendak Tuhan Jemaah PCS Labuan Bandar ini wujud. Permintaan no. 1 - 4, saya kira kalau ini yang dikehendaki, saya dengan rela hati memperkenalkan dan memaparkan semuanya itu dalam blog ini, tapi saya hampir-hampir mengerti semua risiko yang bakal ditanggung oleh kita nanti bukan hanya tuannya...so kita tidak terlalu gopoh untuk melakukannya..tapi kalau permintaan ini dikehendaki oleh tuannya, saya kira tidak ada masalahnya. Kita boleh buat dengan selengkap-lengkapnya..nama. alamat tempat dan sebagainya..diluar tanggungjawab PCS Labuan untuk segala kemungkinan..so fikirlah dulu sebelum bertindak..kita harus menggunakan segala kemudahan yang ada dan pengorbanan yang sudah cukup besar dari tuannya harus dihargai dan bukan terus membebankannya, sebab itu kita jangan menjolok sarang tabuan..saya berasa cukup itu saja, harap saudara anonymous faham apa yang kamu rasa terkilan itu..kalau boleh kamu baca kertas kerja pengujudan jemaah PCS Labuan Bandar ini di blog ini juga, di halaman sebelumnya...boleh baca...dan bagi pendapat. Saya mohon maaf kalau sekiranya ada perkara yang diluar kehendak minda anonymous sendiri..dalam semua perkara ini. Tuhan Memberkati..mu

Ps.Daniel O. said...

Amai, Johnny K.S yang dihormati dan dikasihi..dalam Tuhan.
Kita selalu ada kesempatan untuk bertemu dan saya akan manafaatkan itu untuk berbincang bagi kemajuan pelayanan kita di PCS Labuan. Maaf kerana saya baru dapat peluang mengup-date blog ini hari ini (9/8/2008). Saya secara peribadi mengucapkan terimakasih kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam hal..mokimahap tu mad okoi ogi ot okurang ot kerjasama sidikou sid sokoviai ot hal termasuk sinod kinapamakazan dinot permis dikou..tapi humarap dot varo kadapatan kumibincang, modihim do katagan bahagi kosurutan dinot jemaat tokou sid bandar om torimakasih dinot gama nu monulung om i sid sokoviai o hal..okoi ipat-ipat doa syafaat govitan dahai ikau om songkeluarga di gama mogihim do koposizon om i gama dikou 'pasamba' sid Kinoraingan dino permis dikou bahagi kogunanon sumambayang ipat-ipat minggu ditit jemaah di tokou ditit omulok po..mokimahap Amai, varo no nakahabal sid dohon ako piro ot hal, om oku nga varo respon ku do positif jagi biano gamaon ku ino hal dino sesuai dit kenginan nu om ioku nga amui oruol ot ginavo ku tu, kasip oku dino hal dino dot operlu gamaon..Kinoringan Mamarkat dikau om keluarga..Torimakasih.

Pengendali Blog