Wednesday, December 17, 2008

Kasih Memulihkan Segalanya

Saudara, Anonymous yang dikasihi Tuhan..saya sedar dan tahu mengenainya. Saya secara peribadi tidak dapat mengatakan satu kenyataan yang lebih penting dan menyenangkan semua pihak hanya mohon maaf dan pastinya ada rencana Tuhan yang indah yang tidak terjangkau oleh fikiran dan rencana manusia sedang terjadi ditengah-tengah kita. Saya juga rasa bersalah kerana telah menyebabkan hati sesama saya terguris, doakanlah agar bilur-bilur Yesus dapat memulihkan segala-galanya. Saya tidak terlalu gembira dengan perkara ini..kalau orang lain mungkin gembira, saya tetap bersedih dengan menyedari bahawa tanggungjawab pelayanan bukan hanya satu parokhi sahaja, tetapi setiap jiwa yang hancur dan berasa dipinggirkan. Semoga KASIH YESUS tidak kurang kuasa menjangkau setiap pelayan dan anggota PCS di mana pun berada. Doakanlah supaya saya tidak pentingkan diri sendiri termasuk di dalam cara dan pelaksanaan pelayanan. Tuhan Memberakti mu..

2 comments:

IsOn said...

Shallom! Ps dan semua pembaca blog ini. Dalam setiap keputusan yang kita buat atau orang lain buat untuk kita, tidak ada satu pun yang dapat memuaskan hati semua orang.

Yesus sendiri tidak disenangi oleh orang2 'penting' di kalangan bangsa'Nya' sendiri, tetapi Yesus tidak menoleh ke belakang melainkan terus melakukan kehendak Allah bagiNya.

Saya tetap percaya bahawa Allah bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan kepada orang2 yang percaya kepadaNya, termasuklah perbincangan seperti ini.

Saya ingat saya telah mendoakan Ps secara peribadi sewaktu kita di Labuan dan saya yakin di dalam hati saya bahawa buat masa ini Tuhan memang memanggil Ps untuk melayani di parokhi Sikuati.

Tiada manusia yang sempurna. Demikian juga Ps, saya dan sesiapa pun yang lain. Tetapi jika kita punya hati yang sungguh2 rindu untuk melakukan pekerjaan Tuhan, Tuhan pasti akan melakukan hal yang besar dalam dan melalui hidup kita.

Saya doakan pelayanan Ps maju jaya dan diberkati Tuhan. Bukan hanya di Sikuati, tetapi di mana pun Tuhan memimpin pelayanan Ps. Hanya dorongan dari saya untuk kita semua, hendaklah kita tetap rendah hati di hadapan Tuhan, sentiasa siap mengosongkan diri dan membiarkan Tuhan yang beroperasi dalam dan melalui hidup kita.

Tuhan memberkati kita semua.

Ps.Daniel O. said...

Dr.Nelson, saya secara peribadi sangat bangga dengan kamu. Kamu dipakai Tuhan dalam pekerjaan seharian sama seperti dalam pelayanan di Ladang Tuhan. Kita akan bersama-sama melayani Tuhan dan bersama merelakan dan mengosongkan diri untuk Tuhan berkarya dalam hidup kita di hadapan Tuhan bagi semua jemaat yang dimandatkan-Nya untuk dilayani bagi Dia. Tuhan memberkati. Amin.

Pengendali Blog