Sunday, December 14, 2008

Pindah Tempat Melayani

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terimakasih kepada EXCO PCS yang telah dipakai Tuhan untuk menghantar kami melayani di PCS Labuan selama 2 tahun (2007 - 2008). Semasa di PCS Labuan banyak pelajaran yang telah saya perolehi dan berkat Tuhan telah menyertai kami sekeluarga.

Pada tahun depan 2009, saya baru diberitahu oleh PCS Pusat bahawa saya akan melayani bukan seperti yang terkandung di dalam Syrat Perlantikan saya sebelum ini. Mereka memberitahu saya bahawa tempat pelayanan yang akan saya layani pada tahun 2009 ini ialah di Parokhi Sikuati. Doakan saya dan keluarga kerana Parokhi Sikuati adalah sebuah Parokhi yang besar dan merupakan "Pilot Project" untuk usaha gereja PCS mengujudnyatakan pelayanan yang berteraskan 'satu jemaah, satu gembala'. Ini juga sebagai satu titik tolak bahawa PCS akan mandiri sepenuhnya pada tahun 2010 ini.

Teman-teman semua, kebanyakan jemaat yang telah disoal selidiki oleh Parokhi, menyatakan rasa terbeban untuk mengambil seorang gembala sidang penuh masa tetapi masalahnya ialah kewangan. Gembala Parokhi bagi Sikuati tidak menerima tunjangan hidup (gaji) dari Parokhi tetapi dari jemaat di mana dia ditempatkan. Jadi Gembala Parokhi adalah juga sebagai Gembala Jemaah di sebuah Jemaah Induk dalam Parokhi Sikuati.

Saya pasti bahawa jemaah sangat tertekan dengan struktur baru dalam pelayanan gereja seperti ini. Mungkin kerana belum biasa atau belum menjiwai sistem pelayanan seperti yang demikian. Namun tidak ada alasan lagi bagi gereja untuk lari dari kaedah yang difikirkan perlu dalam pelaksanaan struktur baru bagi kemandirian jemaat ini di keseluruhan PCS.

Kami sekarang berada di Kampung Marabau sudah dan sedang bersiap untuk pindah ke tempat pelayanan yang baru. Doakan semua proses perpindahan agar dapat berjalan lancar. Tuhan memberkati.

8 comments:

Anonymous said...

Di samping menggembirakan sebilangan org, sebilangan lagi terguris. Buat yang terbaik sesuai dengan rencana Tuhan demi membuktikan segala-galanya.

Ps.Daniel O. said...

Saudara, Anonymous yang dikasihi Tuhan..saya sedar dan tahu mengenainya. Saya secara peribadi tidak dapat mengatakan satu kenyataan yang lebih penting dan menyenangkan semua pihak hanya mohon maaf dan pastinya ada rencana Tuhan yang indah yang tidak terjangkau oleh fikiran dan rencana manusia sedang terjadi ditengah-tengah kita. Saya juga rasa bersalah kerana telah menyebabkan hati sesama saya terguris, doakanlah agar bilur-bilur Yesus dapat memulihkan segala-galanya. Saya tidak terlalu gembira dengan perkara ini..kalau orang lain mungkin gembira, saya tetap bersedih dengan menyedari bahawa tanggungjawab pelayanan bukan hanya satu parokhi sahaja, tetapi setiap jiwa yang hancur dan berasa dipinggirkan. Semoga KASIH YESUS tidak kurang kuasa menjangkau setiap pelayan dan anggota PCS di mana pun berada. Doakanlah supaya saya tidak pentingkan diri sendiri termasuk di dalam cara dan pelaksanaan pelayanan. Tuhan Memberakti mu..

Anonymous said...

ya..ini sekadar pandangan saya secara peribadi.pandangan yg paling dalam.ada masa kita akan berkongsi secara berdepan.saya hanya berkongsi situasi sbg org yg mengetahui sedikit antara dua pihak atau lebih. Buat masa ini saya tidak berani mengatakan bahawa ini rencana Tuhan.Saya lebih senang untuk menunggu buahnya.saya sebenarnya tidak menyembunyikan identiti.sekadar beberapa ketika saja. Selamat Melayani....

Ps.Daniel O. said...

Saya harap tidak ada yang terlalu jauh dari tangan Tuhan untuk segala sesuatu yang terjadi. Inilah sebagian dari 'ASAM GARAM' dalam arus pelayanan gereja. saya kira tidak ada respon yang tepat dan sangat menguntungkan semua pihak selain daripada mematangkan diri sendiri dan berdoa memohon hikmat dan kebijaksanaan dari Tuhan. Orang lain mungkin boleh 'bermain' tapi yang memungkinkan segalanya adalah Tuhan sendiri. Mungkin juga perjalanan hidup atau pelayanan kita seperti Musa di pada pasir tetapi tujuan dan sasaran Tuhan tidak pernah dipesongkan oleh manusia, ke tanah Kanaan juga akhirnya. Terimakasih atas perkongsian itu dan harap kita boleh berjumpa muka dengan muka untuk berkongsi pekerjaaan Tuhan di dalam hidup dan pelayanan masing-masing. MANUSIA DALAM TANGAN TUHAN, TIDAK ADA YANG TERKECUALI...merry Christmas 2008 and Happy New Year 2009. Tuhan memberkati..

RANDAVI said...

Dear Pastor Daniel,

I am very happy that eventually our prayer to supplicate God for you to be transferred to Sikuati Parish has had been answered. As you said, naturally you have had learned many things after had gone through 2 years of serving Labuan Parish. I believed God had enriched you very much in your ministry. Just don't mind what the anonymous said about you. Individuals can never be the same in every aspect.What other person thinks, his emotion, expectation etc cannot be comprehended by the other. We are human, far from perfect, so an imperfect person must not expect perfection from the other imperfect human. Going by that fact, we must be readily forgive each other according to Jesus command. Be happy with your stay in Sikuati. May God bless you without respite.
Your forgiving friend James T. Sumbing.

RANDAVI said...

Dear Pastor Daniel,

I am very happy that eventually our prayer to supplicate God for you to be transferred to Sikuati Parish is answered. I agreed with you that you have had learned many things from your 2 years serving the Labuan Parish.God had enriched and enhanced you at every facet of life. Just don't mind what the anonymous said about you. Individuals are never the same. What a person feels, his/her emotions, expectations, even his/her wants are never the same with the other person.That anonymous should knows that we are only human, far from perfect being.Therefore an imperfect person should not and could not expect perfection from the other imperfect person, right? So just be happy with your stay in Sikuati. May God bless you without respite. Ok? Your friend James T. Sumbing

RANDAVI said...

Pastor Daniel,

Be happy, don't bother the negative comment by anonymous. Even though you are an ordained pastor, you are still a human like every one else in this world. Anonymous should know that as a pastor you had tried your very best to serve Labuan congregation. You might have had done the best but the anonymous expected something else that suit his/her liking.

Ps.Daniel O. said...

Terimakasih atas dorongan yang positif kepada semua, terutama Tuan James T.S. Doakan saya terus agar dapat dipakai Tuhan dan rela berkongsi pengalaman dalam pelayanan dengan semua anggota gereja kita khususnya di Parokhi Sikuati ini. Tuhan memberkati.

Pengendali Blog